Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

03 February 2022

Dr. Rozmey Perluas Rangkaian Produk 2022

Masih ingat lagi dengan nama Dr. Rozmey yang menjadi popular sekitar 12 tahun lalu?

Satu masa dahulu, Datuk Dr Che Rozmey atau lebih dikenali sebagai Dr Rozmey, merupakan satu nama yang cukup dikenali ramai dengan penampilan yang unik dan memiliki kekayaan jutaan ringgit hasil daripada produk kesihatan beliau sendiri.

Bermula dengan produk langsing keluarannya Jus Mate 5, beliau memberanikan diri menerbitkan filem Dua Alam lakonan Aaron Aziz yang turut menjadi sebutan ketika itu.

Lama menyepi selepas itu, lelaki yang miliki nama sebenar, Dr Che Rozmey Che Din telah mengeluarkan beberapa produk baharu termasuk Kopi Espresso, Mybooster dan NeutralG.

Dr Rozmey bersama produk baharu keluarannya iaitu Kopi Espresso, Mybooster dan NeutralG

“Sejak Covid-19 melanda dunia, saya lihat masyarakat mula mengamalkan gaya hidup sihat kerana bimbang mengenai kesihatan.

"Malah, trend ini semakin meningkat dan pengguna memanfaatkan sains dan teknologi untuk membuat pilihan makanan tambahan yang diambil," katanya yang memiliki kilang sendiri di Kedah.

Tambahnya lagi, masyarakat Malaysia kini lebih bijak memilih makanan tambahan sebagai keperluan nutrisi untuk tujuan kesihatan dan kesejahteraan mereka.

Sebagai individu yang bertanggungjawab dalam industri produk makanan tambahan, Dr. Rozmey turut berkongsi bagaimana Mybooster memberi manfaat kepada orang ramai.

"Produk gantian makanan bukan sahaja perlu memberi manfaat, namun ia penting untuk sesuatu produk mematuhi keperluan kualiti dan mengekalkan standard kualiti," katanya.




Hal ini adalah bagi memberi keyakinan kepada pengguna untuk terus menggunakan produk mereka tanpa sebarang kebimbangan.

Dalam pada itu, Dr. Rozemy yakin Kopi Expresso yang menggunakan 100 peratus herba tulen  itu bakal mendapat sambutan hebat daripada peminat tegar minuman kopi di negara ini.

Kopi Espresso DDR Dr Rozmey

"Produk kami dihasilkan di kilang yang mempunyai tahap piawaian kebersihan dan kualiti tinggi. Kopi Expresso merancang meluaskan lagi pasaran produk sedia ada ke seluruh negara secara runcit menerusi kempen promosi secara agresif di media sosial," katanya.

Berkongsi sasaran jualan 2022, Dr. Rozmey menyasarkan jualan sebanyak RM 100 juta memandangkan ketiga-tiga produk sudah menembusi pasaran Kemboja, Vietnam dan Indonesia.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan orang ramai yang ingin menghasilkan produk sendiri OEM menghubunginya.

“Penghasilan produk kami dijalankan di kilang kami sendiri yang diiktiraf oleh Amalan Pengilangan Baik (GMP) . Sebut sahaja produk yang ingin dihasilkan, kami cuba membantu,” ujarnya.

Selain suplemen kesihatan, Dr. Rozmey turut menghasilkan produk pertanian termasuk Baja DDR, Awesome Pengalak Buah, Bio Shield Gold Racun Organik dan Bio Clear Pereputan Jerami. Tidak ketinggalan, Dr Rozmey masih mengekalkan produk suplemen seperti Mate 5, Kopi Gomo, The Man untuk tenaga lelaki, DDR Queen  Wanita Beauty, DDR King dan Mate 3 Slimming .

Orang ramai yang ingin maklumat lanjut boleh menghubungi beliau di talian 0122627125.

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com