KUALA LUMPUR: "Saya bangga pakai nama sendiri!" itu jawapan Kak Ell yang terkenal dengan tagline “Memang Cantik” apabila ditanya tentang produk kosmetik keluarannya yang menggunakan nama sendiri.
Kak Ell bersama produk Fairy Glow Oil |
Anak kepada penoreh getah ini, Sharmila Johan, 41, menganggap nama yang diberikan oleh ibu dan bapanya adalah salah satu hadiah terbesar yang membolehkan dia mencapai kejayaan seperti hari ini.
Dia turut menambah yang dirinya jenis yang tidak membeli gelaran Datuk sebagai tiket untuk percaya yang dia akan lebih berjaya.
"Ini macam satu hadiah juga untuk mak dengan ayah sebab pilih nama yang baik untuk saya," tambahnya lagi.
Kak Ell melancarkan produk Fairy Glow Oil pada majlis makan malam Kak Ell Fantasy Night |
Tahun lalu, syarikat yang ditubuhkan oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata ini telah mendapat pengiktirafan Global Best Consumer Brands for Skincare, SME100 Awards 2021 dan Affin BMI Women Entrepreneur Awards 2021.
“Ada yang bertanya tak susah ke pikul tanggungjawab sebagai seorang usahawan, mak dan anak? Saya ‘enjoy’ dan bersyukur macam ni.
"Sebagai wanita, mustahillah saya tak bernafsu nak memiliki barang-barang mewah, kan? Tapi, saya selalu ingatkan diri sendiri supaya tak ‘over’,” tambahnya.
Biarpun memiliki beberapa jenama kereta mewah di rumah, bagi Kak Ell itu semua adalah sekadar pinjaman daripada-Nya, bukan satu simbol kekayaan yang perlu dimegahkan.
Kak Ell Fantasy Night 2022 |
Malah, usahawanita ini berkata yang dia lebih suka untuk menghabiskan duit yang diperolehi untuk memastikan anaknya mendapat pendidikan yang baik, membantu kawan-kawan dan ahli keluarga, menyumbang semula kepada sekolah yang pernah diduduki dan berkongsi dengan ibu bapa.
"Saya nak pesan, walau berjaya macam mana pun, jangan sesekali abaikan tanggungjawab sebagai seorang anak.
Wisma Kak Ell di Shah Alam |
“Syurga bawah tapak kaki ibu. Cikgu saya pesan, orang yang jaga ibu bapanya adalah orang yang berjaya. Cuma dalam setiap sudut dan gerak langkah, saya kena lebih berhati-hati dan disiplin.
“Saya tak boleh main cakap lepas sahaja. Saya ada keluarga dan anak yang perlu dijaga. Malah, saya beruntung kerana pengguna tegar jenama saya sendiri mempertahankan kualiti produk yang dihasilkan hingga ia terus relevan dan dipercayai,” katanya.
Menyambut ulang tahun penubuhan Kak Ell yang ke-4 baru-baru ini, wanita bertudung itu turut memasang impian untuk membimbing lebih ramai orang terutamanya suri rumah dan golongan pelajar untuk berjaya dengan menyertai Team #KakEllStars.
“Saya baru menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Management and Science Universiti (MSU) untuk memberi pengalaman pendidikan yang berbeza kepada pelajar berkenaan,” katanya
Kak Ell turut mensasarkan untuk meraih anggaran jualan produk sebulan sebanyak RM 5 juta.
Kak Ell turut meraikan staf dan ejen terbaiknya |
Penyampai Suria FM, Ajak Shiro dan Suraya Borhan mengendalikan majlis Kak Ell Fantasy Night malam Sabtu lalu |
“Mengikut sejarah rekod lalu dengan hebahan secara meluas produk sebelum ini, jualan tahunan pernah mencecah sehingga RM 34 juta.
"Saya sentiasa percaya apa-apa yang kita buat, usaha memang daripada kita, tapi rezeki semua daripada Allah," katanya lagi.
Pemilik nama yang selalu kedengaran di corong radio Suria FM ini ditemui sewaktu acara Kak Ell Fantasy Night yang berlangsung 15 Oktober lalu di Doubletree by Hilton, Shah Alam.
Turut dilancarkan produk ke-48 syarikat miliknya yang dipanggil sebagai Fairy Glow Oil, sebuah produk saiz poket yang berasaskan gabungan lima minyak terpilih.
Produk terbaharu ini boleh digunakan sekali dengan Glowing Day Cream Kak Ell yang dilancarkan bulan lalu.
Produk Fairy Glow Oil dan Glowing Day Cream Kak Ell |
0 comments:
Post a Comment