Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

02 November 2022

Konsert ‘Agungnya Cinta’ Bakal Berlangsung 30 Disember 2022

Agungnya Cinta merupakan aktiviti kebajikan kelolaan Yayasan UNITI yang kini menjalin kerjasama dengan Afocus Media Ventures (AMV), produser media Islamik kontemporari menganjurkan inisiatif kutipan dana amal bagi melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan yang telah dirancang.

Antara aktiviti kebajikan yang dijangka akan mendapat manfaat daripada inisiatif Agungnya Cinta ini termasuklah:

• Feet 4 Life

Pemberian kaki palsu percuma kepada lebih 700 OKU Asnaf di seluruh Malaysia, dengan kerjasama Uniti Waqi Sdn. Bhd. dan Kedidi Global Sdn. Bhd.


• 1 Keluarga 1 Graduan

Siri program pendidikan yang membantu memastikan sekurang-kurangnya seorang ahli daripada golongan keluarga B40 untuk layak melanjutkan pelajaran ke IPT

• Tuisyen Percuma

Program tuisyen percuma yang telah dijalankan sejak tahun 2010 untuk meringankan bebanan keluarga dengan membiayai sebahagian daripada kos pendidikan serta menjadi penggerak kepada pelajar untuk terus meningkatkan potensi diri dalam bidang akademik

• Waqaf Tunai ASEAN Mall

Pusat membeli-belah yang bukan saja membekalkan makanan halal dan keperluan penggunaan harian untuk masyarakat setempat, malah juga bertindak sebagai gerbang produk halal wilayah ASEAN dan pelbagai lagi aktiviti yang sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa.

Konsert Agungnya Cinta (KAC2022)

Sebagai satu nilai tambah kepada inisiatif ini, sebuah konsert makan malam dengan pengisian yang dinamakan Konsert Agungnya Cinta : Menyusuri Sirah Baginda akan dianjurkan khas untuk meraikan para penyumbang. 

Dalam konsert ini, riwayat hidup Rasulullah akan diceritakan semula dalam bentuk tazkirah oleh Ustaz Don Daniyal dan Imam Muda Megat Mohd Zaid, diselang-selikan dengan alunan nasyid tentang kehidupan dan perjuangan Baginda oleh kumpulan Raihan, UNIC, Mirwana serta Naim Daniel, di samping persembahan sketsa oleh Man Raja Lawak dan dendangan syair tradisi oleh Galuh Cendra Kirana.

Inisiatif Dana Amal dan Konsert Agungnya Cinta bakal berlangsung pada 30 Disember 2022

Konsert Agungnya Cinta akan berlangsung pada 30 Disember 2022 bermula jam 8.00 – 11.30 malam bertempat di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur. Konsert ini juga bertujuan meraikan para penyumbang dana amal Agungnya Cinta.

Konsert yang dijangka bakal berlangsung selama dua jam ini mampu memuatkan kira-kira 800 orang untuk jamuan makan malam. 


Pakej sumbangan yang boleh dipilih mengikut pilihan masing-masing adalah seperti berikut;

  • Pakej individu bernilai RM250, RM500, RM1,100
  • Pakej Bronze (RM10,000)
  • Pakej Silver (RM20,000)
  • Pakej Gold (RM30,000) 
  • Pakej Platinum (RM50,000)

Sebagai memenuhi permintaan para peminat hiburan Islamik, konsert ini juga akan disiarkan secara langsung atas talian.

Sumbangan untuk inisiatif Agungnya Cinta boleh dibuat menerusi laman sesawang https://kac.amv.events/, sama ada mengikut pakej yang telah ditawarkan atau sebarang jumlah bebas mengikut kemampuan.

UPDATE / TERKINI : Atas permintaan ramai, tiket yang lebih mampu milik telah dibuka.

Kepada yang berminat, boleh https://www.ticket2u.com.my/event/29465?r=kacblogger untuk membeli tiket dengan harga serendah RM88.

Jom meriahkan konsert yang bakal diadakan ini.


0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com