Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

08 November 2022

WAWASANITA Lancar Portal Sempena AGM Ke-25

Persatuan WAWASANITA telah mewujudkan sebuah platform untuk usahawan-usahawan bernaung dibawahnya bagi memperkenalkan pasaran produk IKS mereka kepasaran tempatan dan antarabangsa dibawah platform WAWASANITA MALAYSIA. 

Ahli Jawatan Kuasa Wawasanita bagi penggal 2022

Mesyuarat Agung Wawasanita Ke-25 telah diadakan pada 5 November 2022 di Restoran Rebung Chef Ismail Jalan Bukit Aman Kuala Lumpur. Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia (WAWASANITA) merupakan sebuah badan NGO yang ditubuhkan pada 13 Februari 1996 yang diasaskan oleh Yang Berusaha Puan Hjh Noor Hayati Bte Ab Rahman dan kini dipimpin oleh Datin Norli Binti Hj Alias selaku Presiden WAWASANITA MALAYSIA yang telah memimpin WAWASANITA selama 6 penggal.

Datin Norli Binti Hj. Alias, Presiden Wawasanita Malaysia

WAWASANITA juga telah mewujudkan jaringan kerjasama bersama rakan-rakan diluar negara bagi memperkenalkan produk ke Global dalam usaha memberikan pulangan yang baik kepada usahawan-usahawan WAWASANITA serta menjadi sebagai penyumbang utama ekonomi negara serta menstabilkan ekonomi negara agar produk Malaysia ini dapat dikenali dengan menembusi pasaran tempatan dan luar negara. 

Program B2B (Business to Business) dan beberapa MOU telah berjaya diadakan antara WAWASANITA dan Persatuan-persatuan di luar negara dengan jayanya.

WAWASANITA telah menganjurkan seminar perniagaan, sesi perbincangan dan misi perniagaan di peringkat domestik dan antarabangsa dengan jayanya. Disamping itu, juga WAWASANITA juga telah menganjurkan pelbagai acara kebajikan dan sosial membantu masyarakat.

Wawasanita di Trade Expo Indonesia

WAWASANITA juga telah menyediakan platform SME Go Global dengan menganjurkan Trade mission membawa ahli-ahli ke pelbagai negara seperti London United Kingdom, Indonesia, Korea, Mynmar, Arab Saudi dan banyak lagi. WAWASANITA juga telah merangka, merancang perjalanan utnuk usahawannya bagi tahun 2023 bukan sahaja di peringkat global malah juga di peringkat tempatan dimana Trade Matching yang akan diadakan disetiap negeri-negeri yang akan dilancarkan tidak lama lagi insyallah.

Wawasanita di Korea

Perjalanan WAWASANITA yang berjaya menandakan 25 tahun penubuhannya: Hubungan Antarabangsa dan Inisiatif Khas telah dimulakan oleh presiden, Datin Norli Hj Alias dengan tuntutan keterangkuman pasaran berskala besar sehingga kini. Sebagai Presiden yang dilantik Datin Norli @ Norlaili Hj. Alias sejak 5 tahun yang lalu, pengalaman beliau banyak terlibat dalam struktur Pembangunan Keusahawanan yang berkesan. Dibawah pimpinan dan bimbingan beliau, kini telah berjaya mengembangkan perniagaan dari permulaan hingga berjuta-juta dalam jualan tahunan melalui pelan perniagaannya yang berkesan dan perancangan strategik yang sangat baik, komunikasi yang berkesan, teknik jualan kreatif dan pemasaran yang inovatif. 

Datin Norli, Presiden Wawasanita Malaysia

Pengalaman, kemahiran serta kepakaran beliau dalam Sektor Kewangan dan Pemulihan Kredit, Mix Marketing, Komunikasi Berkesan dan Pakar dalam Analisis Kredit banyak membantu usahawan-usahawan dalam memahami perniagaan masing-masing dengan lebih baik lagi. Beliau merupakan pemangkin usahawan mikro dan mempunyai pengalaman perbankan dan pembiayaan selama lebih 23 tahun (HYBRID).

AGM ini telah dihadiri oleh 70 ahli dan turut hadir Agensi seperti CGC, SME Bank Bahagian Pembiayaan , Exim Bank dan Maxis dari unit Transformasi Digital. Sesi pembentangan oleh Majlis Tertinggi dan Exco 2021/2023, aktiviti sepanjang 2021/2022, pembentangan Kewangan dan keahlian.

Pelancaran Portal Wawasanita Malaysia

WAWASANITA juga telah melancarkan Portal Wawasanita (Soft launch) oleh Exco Digital Transformasi. 

Pelancaran Portal Wawasanita

WAWASANITA juga mengalukan para usahawan-usahawan diluar yang ingin mencari peluang untuk memasarkan produk keluar negara dan tempatan bersama WAWASANITA dan mencari platform untuk bernaung, kini usahawan-usahawan boleh merujuk ke laman sesawang www.wawasanitamalaysia.org.com.my.

Wawasanita Bantu Usahawan Memperkenalkan Produk di Pasaran Tempatan dan Antarabangsa




Beruntung jadi ahli Wawasanita, bagi usahawan yang menjadi ahli Wawasanita pelbagai kemudahan dan platform perniagaan disediakan bagi membantu usahawan memasarkan produk mereka dan mencapai keuntungan lebih besar. Pelbagai inisiatif turut dijalankan seperti harga rendah untuk membina laman web tersendiri dan juga memberi tunjuk ajar serta nasihat pembungkusan produk yang lebih menarik.



Inshaa Allah dengan kepakaran dan kekuatan ahli-ahli WAWASANITA dan barisan AJK nya yang berpengalaman WAWASANITA mampu melangkah dan menerokai pasaran Antarabangsa.

Tidak dilupakan bantuan buat ahli yang terkesan akibat kebakaran yang melanda semasa perayaan Deepavali baru-baru ini. Derma kilat dijalankan semasa AGM tersebut dan sumbangan diberikan kepada Puan Hasyimah bagi meringankan beban beliau sedikit sebanyak.

Puan Hasyimah menerima sumbangan daripada ahli Wawasanita Malaysia


1 comment:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com