Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

19 May 2023

HAVOC Food Festival Kembali Dengan Pengisian Program Islamik Sepanjang 2023

HAVOC atau lebih popular sebagai Havoc Food Festival, sememangnya cukup dikenali sebagai festival yang meraikan masyarakat dengan acara hiburan yang gempak. Bagi membentuk kelainan dan menambah nilai bagi acara HAVOC pada tahun ini, Havoc Event & Management Sdn Bhd (HAVOC) dengan bangganya membawakan Program Islamik Havoc Street Food Fest 2023 dalam siri Havoc Festival.

Havoc Event & Management Sdn Bhd (HAVOC) dengan bangganya membawakan Program Islamik Havoc Street Food Fest 2023

Dan untuk tahun 2023 akan dimulakan dengan HAVOC 10.0 iaitu Havoc Street Food Festival 2023 yang akan berlangsung bermula dari 1 hingga 5 Jun di Dataran Serambi Teruntum Kuantan. Festival yang sarat dengan pelbagai aktiviti ini akan bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Antara program yang akan dilaksanakan sepanjang festival adalah seperti Program Ilmu 'Allah Tak Pernah Benci Kita' yang akan berlangsung pada 2 Jun 2023, pukul 9 malam di Dataran Serambi Teruntum Kuantan. Acara ini adakan dikendalikan oleh Syahdu Syahdan selaku moderator dan dilengkap dengan PU Amin dan Da'l Izhar selaku panel. Manakala untuk malam kedua iaitu 3 Jun 2023, pukul 9 malam di lokasi yang sama akan diadakan Malam Berselawat & Qasidah Perdana dengan penampilan khas Habib Nael Bentaher, Habib Mahdi Alhamid, Syeikh Mahmoud Wasobi dan kumpulam Inteam. Hadirin dijemput hadir, masuk adalah percuma dan tempat duduk disediakan. Namun dinasihati kepada semua pengunjung untuk membawa tikar sendiri.

Terdapat banyak vendor makanan yang menyertai, termasuklah selebiriti tanah air yang turut sama memeriahkan acara HAVOC. Cabutan bertuah Xtravaganza turut diadakan dan menawarkan Hadiah Utama iaitu sebuah kereta Perodua Bezza dan motosikal Yamaha RX-Z dan hadiah-hadiah yang lain.

Kenali HAVOC

Havoc Event & Mangement Sdn Bhd (HAVOC) telah mula diperkenalkan sejak tahun 2019 dan dimiliki sepenuhnya oleh syarikat bumputera, Untuk info, HAVOC merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan pengurusan acara seperti festival makanan, automotif, fesyen & kecantikan.

Jenama HAVOC lebih dikenali sebagai sebuah festival makanan yang telah menjelajah diseluruh semenanjung Malaysia bermula di Shah Alam Selangor, Kuantan Pahang, Johor Bahru, MITC Melaka dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Bermulanya dari awal HAVOC 1.0, pihak pengurusan tertinggi syarikat terus mengorak langkah bergerak maju kehadapan dengan meletakkan jenama HAVOC in sebagai jenama rasmi muka hadapan bagi memastikan ia terus kekal berdaya saing serta mendapat tempat dihati pengunjung dan penggemar makanan dan minuman di seluruh Malaysia.

Visi kami adalah untuk menjadi karnival pilihan usahawan dan artis dalam sektor makanan dan minuman yang dapat membantu menaikkan ekonomi serta dapat menyediakan aktiviti kekeluargaan dalam masa yang sama dapat membantu menaikkan sektor pelancongan di Malaysia, Faizul bin Mohd Yusof selaku Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd.

Pada tahun 2020 telah diperkenalkan Havoc Food Festival bersama Tourism Malaysia dalam mempromosikan program Cuti-Cuti Malaysia iaitu "Year Visit Malaysia". Program ini telah mendapat sambutan yang cukup padu iaitu seramai seratus ribu (100,000) orang hadir pada jelajah Havoc 2.0 di Kuantan Pahang.

Manakala pada 2 hingga 5 Mac 2023 lalu, Havoc 9.0 telah berlangsung di Dataran Karnival Stadium Shah Alam dan telah memecahkan rekod karnival sebelum ini. Festival ini telah mencipta sejarah dimana telah menerima kunjungan dari 150,000 orang pengunjung yang hadir. Malah pada Havoc 9.0 telah mula memperkenalkan program Islamik dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan.

Ade Azhar Penaja HAVOC 2023

ADE AZHAR TRADING selaku pembekal ilmiah islamik telah berbesar hati meniadi penaja utama bagi program di HAVOC. Seperti yang kita maklum, ADE AZHAR TRADING SDN BHD (AATSB) merupakan sebuah syarikat yang mengedarkan bahan ilmiah premium dan eksklusif khususnya di sekolah dalam Malaysia di mana produk- produk yang diedarkan hanya boleh diperolehi melalui wakil AATSB sahaja.

AATSB juga mengedarkan produk-produk dari syarikat lain seperti buku Formula Kuasai Tajwid, Ihya Ulumuddin, Ubi Sake, Sambal Goreng Crunchy dan Quran Edisi Raudhah.

Jangan lupa untuk hadir ke lokasi HAVOC sepanjang tahun 2023, antaranya di  Kuantan, Kedah, Terengganu, Melaka, Johor dan Shah Alam. 

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com