Berakhir sudah hari raya, tiba masa untuk ibu bapa didik anak-anak tentang duit raya yang mereka dapat.
Boleh gunakan formula
70% Simpan
30% Guna untuk beli barang
Untuk anak kecil 1 hingga 6 tahun bolehlah ibu bapa simpankan sepenuhnya di bank.
Tapi untuk anak-anak berumur 7 tahun ke atas ibu bapa boleh mula ajar anak tentang asas kewangan dan kepentingan simpan duit dan cari duit.
Simpan Duit Raya Di Mana?
Anak-anak dapat duit raya ni bolehlah kita didik mereka untuk simpan dan labur duit raya mereka seawal yang boleh.
Di mana nak simpan duit raya anak ni? Qiss dah survey macam-macam dan pilihan Qiss ialah:
1. SSPN
Tahun 2021 pulangan dividen mereka sekitar 3%. Dan ada dua jenis simpanan. Simpanan SSPN Prime serendah RM20 sebulan atau SSPN Plus serendah RM30 sebulan.
SSPN plus ni ada perlindungan takaful sekali. Dua-dua ada pelepasan cukai sehingga RM8000 tau. Sangat berbaloi.
2. ASB
Dengan pulangan dividen yang agak baik iaitu 5% untuk tahun 2021. ASB ni wajib ada untuk setiap anak-anak kita.
3. Tabung Haji
Dengan pulangan dividen sekitar 3.1% untuk tahun 2021. Simpanan Tabung haji juga sangat baik. Boleh juga daftarkan haji untuk anak-anak.
Hanya perlu Rm1300 untuk daftar haji. Untuk simpanan minimum RM2 pun boleh.
4. Sijil Simpanan Premium (SSP BSN)
Sijil simpanan premium BSN ni memang popular dengan hadiah cabutan bertuahnya. Boleh menang wang tunai, kereta, percutian dan macam-macam lagi. Setiap bulan ada pemenang bertuah.
Deposit minimum yang disarankan ialah Rm200 untuk layak dapat cabutan. Minimum umur pula 12 tahun ke atas.
Pulangan dividen pula minimum 0.60% setahun untuk simpanan minimum RM3000. Walaupun tak banyak tapi yang penting didikan menyimpan pada anak-anak.
Ini antara tempat simpanan untuk anak-anak kita. Bolehlah mula didik mereka semasa mereka muda lagi.
Tips Kewangan Selepas Hari Raya
Selepas Hari Raya, penting untuk memulakan semula rutin kewangan yang sihat. Berikut adalah beberapa tips kewangan selepas Hari Raya untuk membantu anda mencapai kestabilan kewangan:
✅1. Buat semakan kewangan untuk menilai perbelanjaan dan simpanan anda.
✅2. Teruskan menyimpan dan melabur untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang anda.
✅3. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu seperti membeli-belah, makan di luar, dan hiburan yang mahal.
✅4. Buat perancangan kewangan jangka panjang untuk mencapai matlamat kewangan anda.
Didik anak tentang kewangan dengan bermain permainan secara online
Game Cash Back |
Game Ice Cream Bar |
Idle Hypermart Empire |
#TipsKewangan #KestabilanKewangan
0 comments:
Post a Comment