Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

29 May 2023

Jom Laksanakan Ibadah Korban Di Negara Penuh Konflik Bermula Dari RM800 Sahaja

Menjelang Aidiladha jom kita bantu ringankan penderitaan mereka yang terkesan di negara-negara konflik seperti Syria, Palestin dan Yaman dengan menyertai Qurban 4 Ummah 1444H - 2023M. Anda juga boleh menyertai ibadah korban di Malaysia.

 Qurban 4 Ummah 1444H - 2023M anjuran Persatuan Peduli Insan Malaysia

Kempen Qurban4Ummah yang dianjurkan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia setiap tahun kini membuka peluang untuk orang Malaysia yang ingin melaksanakan ibadah korban di 4 negara berbeza dengan harga serendah RM800 sahaja!

"Kempen Qurban4Ummah tahun ini mensasarkan bantuan utama berbentuk makanan sama ada daging segar mentah atau makanan siap hidang yang akan diagihkan kepada anak-anak yatim, balu, orang-orang tua, orang kurang upaya yang kehilangan anggota badan akibat peperangan serta fakir miskin", kata Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan. 



Selain dari pakej korban serendah RM800 yang akan dilaksanakan di luar negara, Peduli Insan juga amat menghargai semua pihak yang ingin berkongsi rezeki sempena Hari Raya Aidiladha ini. Justeru itu, inisiatif Sedekah Adha juga turut dilancarkan di bawah Kempen ini untuk rakyat Malaysia yang ingin menyumbang serendah RM30 sahaja.


Keistimewaan melaksanakan ibadah korban melalui Kempen Qurban4Ummah Peduli Insan adalah setiap peserta akan menerima gambar dan video sembelihan haiwan korban mereka yang akan dikongsikan secara digital serta sijil penyertaan korban sebagai bukti ibadah korban anda semua dilaksanakan dengan telus. 

Senarai Harga Qurban 4 Ummah 1444H - 2023M

Selain itu juga, Peduli Insan berharap para peminat serta rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan semasa Ikon Kemanusiaan Muhibbah mereka - Inteam, UNIC dan Ustaz Dr Zamri Mantop dapat memberi sokongan dan kebersamaan kepada golongan kurang bernasib baik di Syria, Palestin, Yaman serta di dalam Malaysia sendiri dengan mendaftar pakej korban ataupun melalui sumbangan Sedekah Adha.

Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar korban, boleh berbuat demikian melalui pautan berikut:

https://ezy.la/n5m

Manakala bagi mereka yang ingin menyalurkan sumbangan Sedekah Adha boleh berkongsi rezeki melalui akaun rasmi Bank Islam Pertubuhan Peduli Insan Malaysia bernombor 0704 3011 0620 82.

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com