Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

20 July 2023

Munawwareen Anjur Program Tausiyah 1 Muharram 'Hijrah: Melangkah Dengan Cinta'

Jenama fesyen Islamik, Munawwareen mengimarahkan Sambutan Awal Muharram dengan menganjurkan program Tausiyah 1 Muharram “Hijrah, Melangkah dengan Cinta" bertemakan Raudah Jiwa yang julung kalinya diadakan dengan kerjasama Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa. 

Barisan panel jemputan terdiri daripada Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Prof Madya Dr. Sharifah Hayaati, Ustazah Nony, juga panel istimewa Puan Masitah Mohd Afandy dan Irma Hasmie selaku moderator bagi program Tausiyah 1 Muharram “Hijrah, Melangkah dengan Cinta” bersama Datin Hajah Aliza Abu Bakar, Pengasas Munawwareen 

Program terbuka yang hanya disertai para Muslimah ini berkonsepkan 'sharing session' di antara panel jemputan dan juga tetamu yang diraikan. Seramai 500 para muslimah menghadiri majlis ilmiah ini yang bermula seawal jam 9 pagi. 

Pembuka tahun 1445H, program ini juga mengangkat topik hijrah yang dilalui, sama ada suka ataupun duka dan bagaimana konsep hijrah itu sendiri diterapkan dalam kehidupan yang semakin mencabar juga menyuntik azam baru dan semangat yang kuat untuk laluan tahun baru 1445H. 

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam seluruh dunia kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Justeru, Munawwareen mengambil inisiatif menyampaikan dakwah melalui program sebegini di samping meraikan kedatangan bulan yang mulia ini dengan semangat hijrah, yakni niat untuk melakukan perubahan dalam pelbagai aspek. 

Panel istimewa Puan Masitah Mohd Afandy

Barisan panel jemputan terdiri daripada Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Prof Madya Dr. Sharifah Hayaati, Ustazah Nony, juga panel istimewa Puan Masitah Mohd Afandy dan Irma Hasmie selaku moderator bagi program Tausiyah 1 Muharram “Hijrah, Melangkah dengan Cinta”. Program ini juga turut mengundang kumpulan Qasidah Tahfiz As-Safiyyah bagi bersama-sama memeriahkan majlis dengan alunan seni suara yang mengandungi unsur unsur dakwah Islamiyah, doa kepada Allah SWT dan puji-pujian kepada Rasulullah SAW.

Perkongsian ketiga-tiga panel amat menyentuh hati dan bersesuai dengan permulaan buka buku baru tahun baru ini dengan Cinta. Tanpa cinta tiadalah kekuatan dalam melaksanakan ibadah seharian.

Selain cinta kepada Allah dan Rasul, panel turut berkongsi kemudahan hidup apabila kita sayang menyayangi antara satu sama lain, ipar duai, keluarga, kawan-kawan dan juga jiran.

Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati menekankan 3 aspek kehidupan iaitu Hamdalah, Maghfirah dan Hawqalah.

Program Awal Muharram ini juga adalah salah satu inisiatif memperkenalkan kolaborasi strategik jenama Munawwareen bersama Pertubuhan Kebajikan Projek Kengkawan, untuk membawa Jemaah OKU Penglihatan (SBM) dan OKU Pendengaran (MFD) menunaikan Ibadah Umrah pada bulan Oktober 2023. 

Projek Langkah Kerdil Menuju Baitullah 2.0 ini juga bertujuan merealisasikan Impian lebih kurang 40 orang ahli pertubuhan mengerjakan umrah buat pertama kalinya. 

Datin Hajah Aliza Abu Bakar berkata, "Bajet untuk menunaikan umrah ini bagi seorang adalah RM9000 dan kami masih memerlukan dalam RM200,000 lagi bagi merealisasikan impian mereka ini. Kebanyakan sumbangan adalah dari pelanggan Munawwareen dan juga rakan-rakan rapat saya sendiri. Kami juga akan berkolaborasi dan membuka tabung sumbangan bagi mencukupkan dana.

Program Tausiyah 1 Muharram ini merupakan projek semi mega di mana sebelum ini turut diadakan perkongsian dalam kumpulan yang kecil. Baru kini Munawwareen tampil membuka peluang kepada pelanggan dan muslimah yang ingin hadir ke majlis ilmu seperti ini.

Kami akan meneruskan lagi program seperti ini kerana mendapat sambutan. Program akan berkisar tentang tarikh-tarikh yang penting seperti Maulidur Rasul dan Awal Muharram. Kemungkinan akan diadakan bacaan Doa Selamat sebelum para jemaah Projek Langkah Kerdil Menuju Baitullah 2.0 berangkat menunaikan umrah nanti."

Layari www.munawwareen.com.my atau hubungi Cik Liza Jemaan di talian 014-2155392 untuk sebarang Info tambahan.

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com