Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

10 August 2023

Cabaran Polikrisis Berpanjangan Beri Impak Kepada Usahawan Dan Perniagaan

Tanpa sedar, dunia kini berdepan ‘polikrisis’ yang memberi impak secara langsung dan tak langsung kepada orang ramai terutama bangsa usahawan selepas pasca pandemik ketika ini.

Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, polikrisis (polycrisis) yang bermaksud krisis-krisis yang berlaku dalam satu masa menyebabkan impak yang lebih besar kepada semua pihak.

Katanya, kami dapati ramai usahawan di luar sana sedang berdepan cabaran dari segi jualan ekoran perubahan berlaku dari segi strategi, bisnes model dan banyak lagi disebabkan tak ubah ‘game’ bisnes dengan cepat.

Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman ketika ditanya mengenai keadaan bisnes semasa yang dilihat ramai usahawan sedang berdepan isu dan cabaran ekoran polikrisis yang melanda dunia ketika ini.

“Ini bukan perkara baru, sebaliknya sudah dan sedang berlaku yang berpanjangan seperti dibincangkan dalam World Economic Forum di Davos, Switzerland pada Januari lalu.

“Jadi saya bersama RichWorks terpanggil untuk menggerakkan inisiatif menyokong bangsa usahawan dengan persediaan dan bimbingan yang menjuruskan solusi saat ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Pengerusi RichWorks itu, pihaknya menerima banyak maklumat tentang cabaran dihadapi pelbagai industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hingga ada yang tutup bisnes selain jualan bisnes yang merudum.

Cabaran Usahawan Ketika Polikrisis

“Saya tetap percaya dalam setiap cabaran ini sebenarnya mempunyai peluang yang sangat besar bagi mereka yang tahu dan bersedia.

“Perkara lebih penting di dalam bisnes adalah kita tahu siapa ‘musuh’ atau ancaman yang memberi kesan kepada usahawan agar dapat adaptasi, ubah dan bertindak mengikut nasihat yang betul agar saksikan perkembangan luar biasa seperti dialami ramai anak didik saya,” ujarnya.

Sehubungan itu, Dr. Azizan menyeru bangsa usahawan yang berdepan cabaran di atas untuk bertemunya secara langsung di IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam pada 2 & 3 September nanti.

“Sesi ini ditaja sepenuhnya di mana saya sendiri akan jawab persoalan mereka secara terus agar dapat terus buat tindakan nanti. Terdapat 15 cabaran sebenarnya sedang berlaku dan  saya akan kongsikan solusi kepada usahawan ketika ini.

“10XBBB ini hanya bagi usahawan, sebab mereka sendiri lebih tahu apa kesusahan yang dihadapi menjalankan bisnes ketika ini untuk saya berikan solusi buat mereka, insya-Allah,” ujarnya.



Untuk mohon menyertai sesi ini, layari laman web www.binabisnesberjaya.com

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com