Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

24 August 2023

Shuib Kini Duta Rasmi Jenama SUPER™

Pagi lebih indah dengan secawan kopi hitam. Kini dah tak susah nak bancuh kopi di pagi hari. SUPER™, yang berdedikasi untuk menyediakan kopi, teh, dan minuman bijirin berkualiti yang sepadan dengan cita rasa rakyat Malaysia, kini memperluaskan penawarannya dengan SUPER™ Klasik, kopi hitam segera yang diperbuat daripada 100% biji kopi Robusta untuk menghasilkan kelazatan kopi yang padu namun halus dan beraroma.

Shuib Kini Duta Rasmi Jenama SUPER™

SUPER™ Klasik merupakan tambahan terkini kepada rangkaian SUPER™ di mana ia bertujuan untuk memenuhi permintaan dinamik yang sentiasa berubah daripada peminat tegar kopi serta peminum teh dan bijirin berkualiti.

Shuib telah dilantik sebagai duta rasmi jenama SUPER™. Beliau merupakan seorang individu yang bekerja keras dan berkongsi cabaran yang sama seperti setiap rakyat Malaysia. Shuib menguruskan tanggungjawab sebagai bapa kepada empat anak kecil sambil bekerja sebagai pengacara radio dan usahawan. 

Fiona Tan, Pengurus Besar Jacobs Douwe Egberts Malaysia, pemilik jenama Kopi SUPER™ berkata, “Di Malaysia, biasanya peminum kopi akan menambah krimer ke kopi, sama ada dalam bentuk susu pekat atau susu sejat. Oleh itu, rakyat Malaysia sentiasa mencari kopi segera yang pekat mengancam dan beraroma supaya kepaduan kopi masih dapat terasa walaupun dengan penambahan krimmer.”

Fiona Tan, Pengurus Besar Jacobs Douwe Egberts Malaysia

“Sejak hari pertama, kami tahu Shuib adalah duta yang sempurna untuk kami kerana beliau mencerminkan pengalaman seorang rakyat Malaysia biasa. Dalam masa baik dan mencabar, kita rakyat Malaysia sentiasa gigih, bekerja dengan sangat tekun, memberikan yang terbaik untuk memperbaiki kehidupan orang di sekeliling kita. Kami sangat bersemangat untuk berkolaborasi dengan Shuib kerana kami berkongsi nilai-nilai ini dan memiliki semangat bersama untuk secawan 'kopi padu' yang hebat untuk membantu kita melepasi aktiviti harian,” tambah Fiona.

Pelancaran SUPER™ Klasik menggambarkan komitmen SUPER™ untuk menaikkan semangat rakyat Malaysia dengan menyediakan minuman yang mudah dan menyegarkan. “Kopi segera di Malaysia bukan sahaja digemari sebab fungsi kemudahannya. Dengan jadual harian yang sibuk, kita perlukan kopi yang pekat mengancam dan berperisa untuk membangkitkan semangat untuk mengharungi cabaran harian. Secawan kopi yang sempurna adalah apa yang diperlukan untuk menyemarakkan perbualan sambil mengekalkan kesegaran sepanjang hari.”

Peraduan SUPER™ ‘Semarakkan Hari Malaysia’ menawarkan hadiah menarik

Jangan ketinggalan untuk menyertai peraduan Sempena Hari Malaysia, SUPER™ ‘Semarakkan Hari Malaysia’ yang bermula pada 16 Ogos - 30 September 2023. Peraduan ini menawarkan peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah menarik seperti Modenas Dominar D250, sesi makan-makan eksklusif bersama Shuib, dan baucar beli-belah bernilai RM21,000. Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu membeli mana-mana satu produk SUPER™ (tertakluk pada terma dan syarat). 

Jom dapatkan SUPER™ Klasik yang terbaharu yang kini boleh didapati di peruncit utama di seluruh Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut tentang Kopi SUPER™ dan barisan produk, kemas kini dan promosi terkini, sila layari Halaman Facebook: https://www.facebook.com/supermalaysia

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com