70% Gen Z memerlukan Penghantaran Lancar untuk ‘Check-Out’ dalam Talian
Kajian pasaran ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan Pembeli-belah Generasi Z di Era Digital’ hasil kolaborasi Shopee dan Kantar mendapati 70% rakyat Malaysia Gen Z akan membeli dalam talian jika mereka yakin adanya pengalaman penghantaran yang lancar. Responden yang ditinjau mengutamakan penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum dan boleh dihantar keesokan harinya setiap kali mereka ‘check out’.
Dua pertiga Gen Z yang ditinjau mengatakan keyakinan terhadap Shopee adalah kerana praktis pemenuhan pesanan. Mereka sering mengambil maklum tentang pilihan penghantaran fleksibel platform, jaminan tepat waktu testimoni pelanggan tentang penghantaran produk yang diterima dalam keadaan yang baik, dan menggunakan jejak pesanan secara langsung secara konsisten untuk ketenangan minda. Kajian ini juga mendapati 70% Gen Z lebih berkemungkinan untuk beralih dari platform media sosial ke web e-dagang seperti Shopee untuk melengkapkan pembelian.
Memahami sifat pembelian yang sering berubah ini, Shopee memperkenalkan program Jaminan Tepat Waktu bermula 6 Mei. Dengan melaksanakan Jaminan Tepat Waktu, Shopee memenuhi keutamaan penting pelanggan untuk penghantaran tepat waktu lalu mengukuhkan keyakinan pembeli dan pacu pembelian berulang di platform.
Ming Kit Tan, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia berkata “Gen Z inginkan pengalaman membeli-belah lancar dengan khidmat efisien dan telus sepanjang perjalanan pembelian. Dengan mengutamakan pelanggan dan meningkatkan pengalaman membeli-belah secara keseluruhan, kami telah memperkenalkan program 15-Hari Pengembalian Percuma, Tanpa Soal* untuk memperkasakan pembeli dengan fleksibiliti tanpa tandingan, membolehkan pengembalian ‘Bertukar Fikiran’ terhadap produk yang layak dengan proses lancar dan mudah. Dengan mengutamakan keperluan pengguna, kami berazam untuk membina asas kepercayaan yang kukuh, dan memupul ketenangan minda untuk semua pengguna Shopee melalui perhatian konsisten terhadapa kerisauan dan keutamaaan mereka.”Untuk menyokong keperluan yang sentiasa berubah dan untuk memberikan khidmat yang lebih baik kepada pelanggan, SPX Express, rakan logistik Shopee proaktif mengembangkan kapasiti penghantaran dan kawasan yang dihantar sepanjang 2024. Rangkaian meluas yang merangkumi lebih 140 hab dan gudang, dan rangkaian 1,200 pusat perkhidmatan yang membekalkan pembeli dengan penghantaran tepat waktu dan kesenangan untuk mengambil barang di pusat self-collection.
SPX Express juga mengukuhkan kaedah yang mengutamakan pelanggan dengan meluaskan pusat self-collection kepada 700 di luar Lembah Klang dalam masa enam bulan. Peralihan strategik ini membolehkan pembeli mengintegrasikan pengambilan atau penghantaran pakej mereka ke dalam rutin harian.
0 comments:
Post a Comment