Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

29 April 2024

Guardian Lancar Rangkaian Penjagaan Diri Eco-Garden | Produk Kesihatan Dan Kecantikan Yang Lestari Jenama Sendiri Pertamanya

Sempena Hari Bumi 2024, guardian hari ini telah mengumumkan pelancaran rangkaian penjagaan diri yang lestari jenama sendiri pertamanya Guardian Eco-Garden. 

Guardian Lancar Rangkaian Penjagaan Diri Eco-Garden | Produk Kesihatan Dan Kecantikan Yang Lestari Jenama Sendiri Pertamanya

Diperbuat daripada 100% bahan-bahan organik yang diperakui dan minyak sawit mass-balance yang mampan, dan dibotol menggunakan 100% bahan boleh dikitar semula, rangkaian Eco-Garden baharu mendukung konsep Guardian #DoubleTheNatural (gandingan dua bahan-bahan semula jadi) yang memberikan dua manfaat berganda kuasa alam semulajadi, untuk menyembuh dan memulihkan ke dalam setiap rumah.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia berkata, “Rangkaian Eco-Garden kami akan membantu pelanggan menikmati penyembuhan ajaib alam semula jadi, diilhamkan oleh alam semula jadi untuk pengalaman pembersihan yang sensual pada harga yang mampu dimiliki.

Dirumus dengan kebaikan alam semula jadi, rangkaian Eco-Garden mengubah kamar mandi anda menjadi oasis yang tenang, menghimpunkan esensi taman yang   nyaman mendamaikan.

“Kami sedar bahawa pelanggan kami mencari produk asli semula jadi dan bersih yang diproses dan dihasilkan secara mampan menggunakan bahan-bahan berkesan yang tidak membahayakan alam sekitar. Produk penjagaan diri Eco-Garden memenuhi keperluan pelanggan ini pada harga yang berpatutan sekali gus menafikan mitos bahawa produk yang mampan adalah mahal. Mereka boleh memilih produk semula jadi yang selamat untuk alam sekitar dan mendapat nilai yang hebat untuk wang mereka.”

Menampilkan manfaat semula jadi secara mampan, dengan Eco-Garden Guardian

Barisan produk termasuk tujuh rangkaian yang pelbagai, yang memenuhi faedah fungsi tertentu daripada bahan-bahan semula jadi seperti;

1. Pelembap Ultra – Macadamia dan Shea Butter

2. Kawalan Rambut Gugur – Kopi dan Ginseng

3. Membaiki dan Menguatkan – Argan dan Camellia

4. Lembut dan Licin – Avokado dan Buah Zaitun

5. Anti-Kelemumur – Halia dan Tea Tree

6. Pembersihan Mendalam – Bergamot dan Peppermint

7. Menenangkan – Aloe Vera dan Chamomile



 Manfaat-manfaat luar biasa termasuk:

· Macadamia & Shea Butter, yang memberikan kelembapan ultra untuk rambut anda, dan bahan-bahan semula jadi yang memastikan kulit kekal anjal, dimanja dan dipelihara.

· Camellia & Argan, yang membantu merawat dan menguatkan rambut, dengan bahan-bahan berkhasiat dan menyegarkan, untuk rambut kuat yang lembut dan mudah diurus.

· Avokado & Buah Zaitun, rawatan sempurna untuk rambut dan kulit yang kering dan tidak terurus, dengan bahan-bahan yang menyuburkan dan melembapkan untuk hasil yang halus dan licin bak sutera.

Rangkaian produk penjagaan diri Eco-Garden baharu terdiri daripada Syampu, Perapi, Minyak Rambut, Krim Mandian Badan, Krim Tangan, Losyen dan Rawatan Badan dan ia boleh didapati di semua stor Guardian dan di stor dalam talian.


Di majlis pelancaran media yang diadakan di The Nursery, Taman Tugu, Kuala Lumpur, para wartawan dan pempengaruh media sosial telah berkerjasama dengan Precious Plastics untuk mengitar semula penutup botol yang dibawa oleh peserta ke acara tersebut.



Facebook: @guardianmy 

Instagram: @guardianmy 

YouTube: @guardian MY

Telegram:  @guardianMY

#guardianMYApp

#guardianMy


0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com