Tingkatkan gaya hidup anda dengan Penulen Air LG PuriCare™ ATOM-U, teknologi premium terkini
LG Electronics Malaysia baru-baru ini mengumumkan penjenamaan semula LG Rent-Up kepada LG Subscribe dalam satu sidang media eksklusif yang menampilkan Lee Zii Jia, Pemenang Pingat Gangsa Perseorangan Badminton Lelaki Sukan Olimpik Paris 2024, yang juga merupakan Duta Jenama LG. Oleh yang demikian, Malaysia kini menjadi subsidiari pertama yang melaksanakan model sewa beli eralatan rumah secara menyeluruh, dengan menawarkan transformasi berorientasikan pelanggan yang meningkatkan akses kepada teknologi premium, tanpa beban kewangan pemilikan.
Penjenamaan semula ini mencerminkan perubahan strategik LG daripada konsep pemilikan tradisional kepada model sewa beli yang lebih progresif, sejajar dengan falsafah syarikat, “Life’s Good”, untuk menjadikan teknologi inovatif lebih mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia. Jika “rent” membawa konotasi penggunaan sementara, “subscribe” adalah istilah yang lebih tepat kerana ia menggambarkan pengalaman menyeluruh yang ditawarkan oleh LG – akses berterusan kepada teknologi premium yang disertakan dengan servis layan-diri, servis penyelenggaraan berkala atau servis penyelenggaraan gabungan.
Menurut Encik Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, maklum balas pelanggan yang berharga ini telah mendorong LG Malaysia untuk mengikuti jejak kejayaan Korea, serta menyelaraskan diri dengan subsidiari lain termasuk Thailand, India dan Singapura – dengan mengguna pakai nama yang lebih jelas dan intuitif: LG Subscribe.
“Mengikut Visi Masa Depan 2030 yang telah digariskan di peringkat global, kami berhasrat untuk mentransformasi LG menjadi sebuah Syarikat Solusi Hidup Pintar dengan menghubungkan dan mempertingkatkan pengalaman pelanggan merentasi semua ruang kehidupan, daripada kediaman dan persekitaran komersial hingga ke mobiliti dan platform maya. Kami bergerak melangkaui barangan elektronik pengguna untuk menawarkan penyelesaian pintar yang mempertingkatkan kehidupan seharian,” kata Encik Justin.
“Hari ini merupakan detik penting dalam perjalanan LG untuk mengubah cara rakyat Malaysia menikmati teknologi premium,” kata Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia.
LG Subscribe menawarkan 10 produk utama termasuk inovasi popular seperti sistem penulen air LG PuriCare™, teknologi vakum LG CordZero, penyaman udara LG ArtCool, serta penyelesaian dobi LG WashTower. Pelanggan akan menikmati perkhidmatan servis penyelenggaraan profesional antara 5 hingga 7 tahun, bersama integrasi lancar dengan teknologi pintar LG ThinQ – semuanya dengan pilihan bayaran fleksibel yang disesuaikan mengikut bajet pengguna.
Sejak diperkenalkan, perkhidmatan ini menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan, terutamanya dalam kalangan keluarga muda yang inginkan akses kepada peralatan premium tanpa pelaburan awal yang tinggi. LG Malaysia kekal komited untuk terus mendengar keperluan rakyat Malaysia dan membangunkan penyelesaian yang sesuai dengan gaya hidup mereka yang sentiasa berubah.
“Sebagai individu yang mementingkan prestasi dan fleksibiliti dalam kehidupan, saya benar-benar menghargai bagaimana LG Subscribe memudahkan rakyat Malaysia memiliki produk premium,” kata Lee Zii Jia semasa sidang media eksklusif itu.
“Pendekatan inovatif ini dalam peralatan rumah mencerminkan pemikiran progresif yang turut saya amalkan sebagai atlet untuk sentiasa berkembang, menyesuaikan diri, dan bersedia menghadapi cabaran baharu.”
Bersempena dengan penjenamaan semula ini, LG Malaysia turut melancarkan inovasi terbaharu dalam teknologi penulenan air iaitu Penulen Air LG PuriCare™ ATOM-U. Rekaan bergaya minimalis ini memadankan teknologi canggih dalam rekaan ringkas bawah sinki, sesuai dengan gaya hidup moden sambil memastikan ketersediaan air yang bersih dan tulen. LG PuriCare™ ATOM-U melambangkan komitmen berterusan LG terhadap pembangunan produk yang menyokong kesihatan dan estetik kediaman.
“Penjenamaan semula LG Subscribe bersama pelancaran Penulen Air LG PuriCare™ ATOM-U membuktikan pendekatan holistik kami terhadap inovasi – bukan sekadar dalam pembangunan produk, tetapi juga dalam cara kami meningkatkan akses pengguna kepada teknologi. Falsafah ini akan terus menjadi pemacu utama LG dalam merintis penyelesaian yang meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia, dan kami amat teruja untuk memperkenalkan lebih banyak inovasi yang bermakna pada masa akan datang,” ujar Justin Choi.
Untuk maklumat lanjut mengenai LG Malaysia, sila layari laman rasmi LG di https://www.lg.com/my atau ikuti laman Facebook rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia.
0 comments:
Post a Comment