Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

19 January 2024

Guardian & Nivea Ceriakan Kanak-kanak Di Pusat Pendidikan Suriana Di Desa Mentari Dan Desa Ria-RM50,000 Disumbangkan Untuk Pengubahsuaian

Jenama Penjagaan Kulit Nombor Satu, NIVEA dengan kerjasama Guardian Malaysia telah berjaya menyiapkan program pengubahsuaian di dua pusat pendidikan komuniti yang dikendalikan oleh organisasi bukan kerajaan, Persatuan Kebajikan Suriana.

Projek pengubahsuaian Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), yang dinamakan “Share The Care, You Buy, We Donate” ini adalah hasil daripada kempen yang dijalankan oleh NIVEA dan Guardian yang mengumpul RM50,000 untuk menampung kos membaik pulih dua pusat pendidikan.

Sepanjang tempoh kempen dari 2 Oktober hingga 31 Oktober 2023, setiap belian produk NIVEA bernilai RM50 dan ke atas dalam satu resit, RM2 disumbangkan kepada projek CSR ini.

Pantri dan stor baru di Desa Mentari

Kedua-dua pusat pendidikan yang dikendalikan oleh Persatuan Kebajikan Suriana itu bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak miskin bandar menerusi pendidikan yang holistik disamping memperkuatkan sinergi antara penjaga dan ibu bapa melalui penglibatan yang berterusan. Menyediakan sebuah ruang yang selamat untuk kanak-kanak dan ibu bapa merupakan sebahagian daripada matlamat “Transformasi Komuniti Menerusi Pendidikan” persatuan itu. 

Anna Hull, Pengarah Komersil, Guardian Malaysia berkata, “Kami sangat gembira untuk berkolaborasi dengan NIVEA Malaysia khususnya dalam projek CSR pengubahsuaian ini bagi membantu 91 kanak-kanak Desa Mentari di Petaling Jaya dan Desa Ria di Kuala Lumpur. Pusat Pendidikan Suriana memerlukan pembaikan dan pengubahsuaian agar persekitaran pembelajaran yang selesa dan kondusif dapat disediakan untuk kanak-kanak ini belajar dan menimba ilmu. Kami berharap dengan pusat yang telah dibaikpulih ini, Suriana dapat mengambil lebih ramai kanak-kanak kerana senarai menunggu pun agak panjang.”   

Jubin lantai baru dewan di Desa Ria

Ng Hock Guan, Pengurus Negara, Beiersdorf Malaysia dan Singapura, berkata, “NIVEA berbangga menjadi sebahagian daripada projek yang penting dan bermakna ini, yang mana ia juga selaras dengan matlamat CSR kami untuk “Care Beyond Skin”. Kami berharap projek ini akan terus memberi impak baik kepada kanak-kanak miskin bandar, dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada Persatuan Kebajikan Suriana atas usaha-usaha kebajikan yang telah mereka lakukan selama ini. Ucapan terima kasih juga kepada Guardian Malaysia, yang bermurah hati untuk bekerjasama dengan kami dalam projek ini dan kepada semua pengguna setia NIVEA yang telah menyumbang untuk projek yang penting ini,” kata beliau.

Pengubahsuaian yang dilakukan di pusat pendidikan Desa Ria termasuk:

1. Pemasangan Sistem TV Litar Tertutup (CCTV)

2. Jubin lantai baru di dalam dewan

3. Sistem paip air baharu

4. Kipas dinding dan kipas siling baharu

5. Cat baharu

Manakala di pusat pendidikan Desa Mentari, pengubahsuaian termasuk:

1. Sebuah pantri dan bilik stor baharu

2. Penggantian pili, sinki dan paip di dalam tandas

3. Pemasangan rak dan papan putih serta rak kasut beserta kunci di kawasan pintu masuk

Facebook: @Guardianmy 

Instagram: @Guardianmy 

YouTube: @Guardian MY

Telegram:  @GuardianMY

#GuardianMYApp

#guardianMy


0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com