Friday, May 25, 2018

Haqqi l Koleksi Umrah dan Haji serta Rekaan Baju Muslimah Eksklusif Aidilfitri

Assalamualaikum semua, macam mana puasa korang? Ok ke tu?? Harap ok je kan.


Sempena bulan Ramadan ni ramai yang ambil kesempatan untuk menunaikan Umrah dan menunaikan ibadat di kota Mekah. Seronok malah terasa dekat dengan pencipta kita bila kita berada di sana.

Kebiasaannya, sebelum berangkat menunaikan umrah kita akan membeli beberapa kelengkapan persalinan dan sebagainya untuk mempersiapkan diri ketika berada di Mekah. Maklum sajalah cuaca dekat sana tak sama dengan cuaca Malaysia.







Di Haqqi, kelengkapan Haji dan Umrah yang disediakan dapat memenuhi kriteria kehendak pelanggan. Daripada musim sejuk sehinggalah musim panas, Haqqi menyediakan kesemuanya.

Melewati baris-baris baju serta telekung, hati Qiss terpaut kepada telekung dengan motif renda yang menarik.



Sempat juga dapatkan sepasang telekung untuk digunakan sepanjang Bulan Ramadan ni. Alhamdulillah Seronok rasanya.


Kedai Haqqi ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu dua bahagian diletakan baju-baju eksklusif sempena Hari Raya yang akan tiba dan satu bahagian lagi diletakan kelengkapan Haji dan Umrah.














Bagi yang berniat nak beli telekung ataupun kelengkapan Haji dan Umrah boleh lah datang ke Haqqi Shah Alam. Korang juga boleh dapatkan baju raya kat sini tau. Kesemuanya cantik-cantik dan sopan serta menutup aurat.

Butik Haqqi Shah Alam
No. 13 & 15, Jalan Plumbum S7/S,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor.
Tel: 03 – 5523 4798

Thursday, May 24, 2018

Jakel Barulah Raya l Beraya dengan koleksi Baju Raya JAKEL SHAH ALAM

Seperti tahun-tahun sebelum ni, persiapan baju raya keluarga Qiss semuanya beli siap sebab mudah dan banyak design untuk dipilih.

Tahun ni Qiss nak beraya dengan baju raya koleksi dari JAKEL SHAH ALAM. Sementara tengah belek-belek baju, terdengar pula bunyi riuh rendah di luar Jakel Mall Shah Alam ni.

Rupa-rupanya Duta Jakel Yang juga artis terkenal di Malaysia iaitu Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Lara Alana (SCHAWALARA), Nabil Ahmad, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar, Harith Iskander dan juga Upin dan Ipin tampil untuk mempromosikan koleksi mereka. Duta -duta Jakel ini turut membuatkan lelongan khas untuk mempromosikan koleksi mereka tahun ini.

Harith Iskander

Scha Al-Yahya


Koleksi kurta Awal Ashaari

Hairul Azreen, Hanis Zalikha dan Yusuf Iskandar

Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari

Tentu tidak lengkap jika berbaju Melayu tanpa samping. Pada tahun ini Jakel tampil dengan satu kelainan iaitu Kain Samping Benang. Kain Samping Benang ini selesa dipakai sepanjang masa dan hanya boleh didapati di Jakel sahaja.

Untuk baju Melayu, terdapat beberapa koleksi yang seringkali menjadi pilihan Qiss iaitu Baju Melayu Aaron Aziz, Baju Melayu Nabil Ahmad, Baju Melayu Awal Ashaari dan juga Baju Melayu Harith Iskander.





Berbaju Melayu di hari raya pertama, Hari Raya kedua kita pakai kurta lah pula. Koleksi Hairul Azreen menjadi pilihan hati sebab fabrik yang digunakan ialah cotton berkualiti dan menyerap peluh. Di bahagian lengan boleh dilipat dan mesra wuduk.



Untuk baju kurung, koleksi Ayda Hebat menjadi pilihan Qiss sebab banyak pattern menarik kebanyakannya corak printed terkini.

Untuk kanak-kanak, boleh cuba koleksi baju Melayu dari Upin dan Ipin. Siap ada gambar Upin dan Ipin dekat poket baju tau.



Sedondon satu keluarga.

Bagi ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana yang inginkan baju raya sedondon boleh dapatkan koleksi SCHAWALARA dan juga Hairul, Hanis dan Yusuf. Koleksi-koleksi ini boleh didapati di Jakel dan semuanya cantik-cantik.






Aplikasi BOOST

Di musim perayaan ini Jakel bekerjasama dengan Boost iaitu salah satu  aplikasi pembayaran dalam talian yang memudahkan transaksi belian dengan tidak menggunakan tunai dan pelanggan akan mendapat mata ganjaran setiap kali transaksi pembayaran dilakukan.


Jadi bagi korang yang nakkan kemudahan serta lebih ganjaran kenalah download a
aplikasi BOOST ni.


Sumbangan

Jakel Shah Alam turut menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak yang yang memerlukan sempena bulan yang mulia ini di Majlis Sembang Santai Jakel Barulah Raya.



Nampak tak Qiss dah borong baju raya dekat Jakel ni. Jangan tak tahu, dengan setiap pembelian baju Melayu, pelanggan akan dapat kain ela bercorak secara percuma. Ape tunggu lagi tu? Jom la pi JAKEL SHAH ALAM sekarang.


Gambar credit to: Dboy

Kongsikan detik manis korang memakai baju koleksi Duta Jakel dengan memuat naik gambar di media sosial korang dan jangan lupa caption ni--->>> Jakel Barulah Raya..... #jakelbarulahraya
#ingatrayaingatjakel
#jakelshahalam

Website: Jakel

Thursday, May 17, 2018

Ramadan l Buffet Singgah Rasa by TAMU Hotel & Suites


TAMU Hotel & Suites meraikan kedatangan Bulan Ramadan dengan menyediakan pelbagai jenis makanan yang terdiri daripada 13 gerai berbeza. Antaranya Antarabangsa, India, Sup dan pelbagai lagi.

Keunikan hotel ini adalah para tetamu akan menjamu selera di Suasana @ 27, tingkat 27 dengan pemandangan Indah waktu senja Kuala Lumpur Yang dapat dilihat melalui Coffee House ini.



Terletak Di tengah-tengah Bandar Kuala Lumpur dari hotel ini kita dapat lihat limpahan cahaya lampu dari Menara KL dan KLCC.

Chef Selebriti iaitu Chef Sabri Hassan merupakan chef yang akan menyediakan menu untuk hidangan para tetamu.

Jom tengok menu yang disediakan oleh TAMU Hotels & Suites ni.

Timur TENGAH 



- kambing panggang Dan Nasi Mandy
- Ayam Morocco

Lauk pauk


Pajeri Nenas




India
Kambing Kashmiri
Ayam Tandoori

Pelbagai menu menarik disini




Pecal

Nasi Impit

Sate Daging





SUP
Sup Gear Box & Bubur Lambuk




Antarabangsa
- Beef Goulash
- Seafood Brochette with Lemon Butter Sauce
- Jalapeno sausage with Onions
- Grilled Saba Mackerel with Wasabi sauce




Aiskrim Turki disediakan untuk tetamu dan dibawa masuk secara khas untuk memberi kelainan kepada para tetamu.






Bahan-bahan untuk ABC
Kalau bagi Qiss memang berbaloi dengan harga sebab semua makanan dia sedap-sedap dan cukup rasa.

Ni semua sedap..fuhhh..

Bersama Achik

Geng kuat kuat makan

Harga:

RM 119.00 seorang

Hubungi:
+603 2603 1999 @ +6017 398 0664 untuk pertanyaan dan tempahan.

TAMU Hotel & Suites, Kuala Lumpur 
120 Jalan Raja Abdullah 
Kampong Bharu 
50300, Kuala Lumpur

Haqqi l Koleksi Umrah dan Haji serta Rekaan Baju Muslimah Eksklusif Aidilfitri

Assalamualaikum semua, macam mana puasa korang? Ok ke tu?? Harap ok je kan. Sempena bulan Ramadan ni ramai yang ambil kesempatan untuk ...