Beauty. Lifestyle. Review. Collaboration.

02 December 2018

Promosi Kembali ke Sekolah dan Pemeriksaan Kaki Percuma di Sunfeet

Promosi Kembali ke Sekolah oleh Sunfeet International Rehabilitation Center dapat membantu ibu bapa mendapatkan kasut yang sesuai untuk anak-anak pada sesi persekolahan akan datang.

Qiss bersama Dato' Dr. Edmund Lee

Baru-baru ini, Qiss berpeluang melawat ke Sunfeet International Rehabilitation Center yang terletak di Petaling Jaya bagi melihat dan merasai sendiri pengalaman melakukan pemeriksaan kaki.


Dato' Dr. Edmund Lee merupakan pakar Ortotik dan merupakan generasi ketiga yang meneruskan legasi ini. Berjumlah lebih 30,000 pasang kaki yang telah berjaya dirawat oleh Sunfeet.

Hasil dari pemeriksaan di Sunfeet International Rehabilitation Center, Qiss mendapat tahu bahawa kaki sebelah kiri lebih besar berbanding kaki sebelah kanan.



Woww.. patutlah selama ni kalau beli kasut ikut ukuran kaki kanan memang kaki kiri tak muat dan sakit kalau Qiss pakai juga kasut tersebut untuk berjalan. Menurut Dato Dr. Edmund Lee, Qiss memerlukan kasut yang direka khas disebabkan saiz kaki yang tidak sama.



Korang tak rasa ke nak buat pemeriksaan kaki juga? Di Sunfeet International Rehab Center ni ada menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kaki secara percuma. Korang datang je bawa anak-anak dan keluarga datang dan periksa kaki kat sini untuk mengenalpasti tahap kesihatan kaki korang okay.

PROMOSI KEMBALI KE SEKOLAH


Bagi sesi persekolahan yang akan datang, Sunfeet turut mengadakan promosi kembali ke sekolah tau. Bukan apa, seawal usia anak-anak hingga ke umur 14 tahun kita masih boleh membetulkan masalah kaki yang dihadapi dengan mengenakan kasut yang sesuai.



Terdapat beberapa jenis masalah kaki yang dapat dilihat antaranya tapak kaki rata, lengkungan tinggi dan pelbagai lagi. Setiap jenis tapak kaki ini akan memberitahu masalah yang dihidapi oleh diri kita contohnya, sakit belakang, sakit lutut dan lain-lain lagi.




Di Sunfeet, bagi setiap masalah kaki akan ada penyelesaiannya, sama ada mengenakan tapak kasut yang direka khas ataupun kasut yang direka khas bergantung kepada masalah kaki pengguna tersebut. Bagi orang dewasa memakai tapak kasut sokongan pula dapat membantu menyokong struktur kaki.

Benarlah kata orang, mencegah lebih baik dari merawat. Ibu bapa perlu peka dengan tahap kesihatan kaki anak-anak. Kasut sekolah yang selesa dapat menjamin kesihatan yang baik serta menjadikan anak-anak lebih aktif.

Di Sunfeet, terdapat pelbagai pilihan kasut sekolah yang boleh dipilih dan semestinya selesa untuk dipakai. Ibu bapa perlu peka dengan penjagaan kaki anak-anak dan bolehlah bawa mereka ke sini bagi membuat pemeriksaan kaki.









Selain kasut sekolah, Sunfeet turut mengeluarkan beg sekolah yang menyokong tulang belakang pelajar. Seperti sedia maklum, anak-anak kita membawa buku teks serta buku latihan yang berat setiap hari.




Rekaan beg sekolah ini menarik serta dapat mengurangkan sakit belakang para pelajar disebabkan buku-buku yang berat.


Sementara masih cuti sekolah ni, marilah kita ke Sunfeet International Rehabilitation Center bagi mendapatkan pemeriksaan kaki secara percuma dan membeli kasut sekolah serta beg sekolah yang terbaik untuk anak-anak.

Waktu operasi:  
Buka setiap hari

Masa
10AM- 7PM 

 Alamat
Sunfeet International Rehabilitation Centre Block C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor. Contact: 013-912 2939 

Website

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Categories

11.11 11street aabc Ads aesthetic airasia Althea Anchor Android Apparel apps automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review Blogger Blogger review brownies Buffet Buka puasa Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat contest cookies Cozena damansara domain Domino's Domino's pizza Dominos Duit electronic review etw etw6 Event facial Fernleaf fesyen food food review Foodreview forex gadget gayatravel giveaway gold Guardian gula hair removal happyfresh Haqqi Harriston Honor hotel review Income Innphonim blockchain Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor kasut sekolah kelas jahit kembara kembarabloggersjohor klfw Korean Kuih Raya lapetales laser launch lazada Lipstick maiwp makan makanan arab Malaysia matic McCormick McDonald's media Merdeka mobile motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi myvi myvi2018 NASDAQ ngeteh Nimpmos Online onlineshopping onlinetraining pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia Pensonic perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz product product review Projek57 property Putrajaya railway Ramadan Raya realme review Safi sale Shah Alam Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia summit Sunfeet tambah pendapatan Teater technical techno teknologi tengkubutang thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer travel TVC unity unity ribbon upen Waterpark zakat zoo

Google+ Followers

BTemplates.com

Followers

Blogroll

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com