Qiss kalau makan kat tempat best dan sedap mesti Qiss rasa nak share dengan korang.
Kali ni Qiss Minum Petang yang Istimewa dibawakan oleh Oceania Buffet Restaurant, Summit Hotel Subang USJ.
Pelbagai menu menarik yang disediakan seperti, Kampung Fried Rice, Mee Goreng Mamak, Butter Oats Prawn, Deep Fried Fish Finger, kek, manisan dan buah-buahan.
Qiss suka nasi goreng kampung dan mee goreng mamak ni sebab sedap dan boleh makan dengan lauk pauk yang disediakan ni
Kek dan puding ni memang sedap.
Semua menu dia sedap-sedap dan Qiss memang cadangkan korang rasa semua menu yang ada.
Bagi peminat mee, selain Mee Goreng Mamak, Oceania Buffet Restaurant turut menyediakan kaunter mee sup tau.
Ada juga kaunter Cream of Potatoes dan ABC. Berkonsepkan layan diri, korang boleh buat sendiri ABC ni tau.
Yang ni meatball baked cheese, sedap sangat-sangat. Dua tiga kali tambah juga ni.
Rasai juga pilihan Seafood on Ice yang segar dan menyelerakan. Macam-macam ada, semuanya diletakkan di atas ais.
Ada juga kari daging dan special untuk perayaan Krismas ada makanan yang dipanggang seperti ayam belanda, kambing dan daging lembu.
Puding roti dan sos kastad |
Special Hi-Tea ini berlangsung dari 22 Disember 2018 hingga 1 Januari 2019. Bermula seawal jam 12 tengah hari sehingga jam 4 petang.
RM 55.00 untuk dewasa
RM 38.00 untuk kanak-kanak
Korang yang berdekatan dengan Summit Hotel Subang USJ ni jangan lupa datang dan nikmati makanan kat sini.
Sekiranya korang datang pada tarikh-tarikh ini, 22/12, 23/12, 25/12, 29/12 dan 30/12 korang akan dihiburkan dengan persembahan menarik seperti Magic Shows, Badut dan Real-life Superhero.
Jangan lupa sertai juga "Monthly Lucky Draw" dengan hanya berbelanja sebanyak RM50 di Oceania Buffet Restaurant. Hadiah menarik disediakan.
Untuk tempahan:
No. Tel: +603 80233000 ext 3021
FB: SUMMIT HOTEL SUBANG USJ
IG: #HOTELSUMMITSUBANGUSJ
wahh sedap ni Qiss...hujan2 ni rasa lapar la pulak
ReplyDeleteWahhh.... Menarik dan mengancam betul makanan yang dihidangkan.. terus terasa lapar.. Hehe..
ReplyDelete