Hari ni Qiss nak cerita pasal foundation.
Foundation dalam bidang kecantikan merupakan produk asas sebelum kita pakai bedak, pemerah pipi dan gincu kan.
Baru-baru ni Qiss ada terbaca tentang satu foundation baru dekat 100comments.com.
Baca punya baca tentang foundation ni terus jatuh hati nak dapatkan foundation ni sebagai salah satu koleksi Qiss.
Botol direka khas dan didatangkan dengan dropper applicator supaya tidak comot |
Foundation ni nama dia W7 Genius Foundation. W7 diambil sempena poskod salah satu tempat di West London.
Sangat bertepatan dengan nama dia, foundation ni memang genius sangat. Korang memang akan terkejut dengan hasil dia.
Qiss suka sangat pakai W7 Genius Foundation ni sebab senang nak ratakan kat muka. Tidak bertompok, tidak comot sebab didatangkan dengan "dropper applicator" dan sangat kemas hasilnya.
Teksturnya ringan, tidak terlalu pekat dan rasa macam tak pakai foundation tapi hasilnya sangat cantik.
Didatangkan didalam botol 30ml yang mudah dibawa ke mana sahaja. Memang puas hati dan sangat memudahkan urusan make up seharian.
Yang Qiss guna ni warna Early Tan. Ada lagi 4 warna iaitu Buff, Natural Beige, Fresh Beige dan Sand Beige.
Harganya ialah RM 41.41
Terima kasih 100comments.com sebab pilih Qiss sebagai pemenang foundation hebat ni.
Dekat 100comments.com ni memang website dia aktif sebab orang selalu bagi komen tentang produk yang dorang pakai.
Korang kalau aktif komen produk kat 100comments.com pun mesti boleh menang hadiah best-best macam Qiss.
0 comments:
Post a Comment