Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

17 November 2019

Promosi Harga Tiket Masuk Legoland Diskaun Sehingga 35% Dengan Menggunakan Aplikasi Touch ‘n Go eWallet

LEGOLAND merupakan destinasi percutian yang menarik untuk anda dan keluarga sepanjang cuti sekolah ni. Qiss suka masuk Legoland sebab banyak sangat tarikan dan Qiss suka keunikan binaan daripada Lego itu sendiri di sini.

Qiss terlupa sebenarnya bila nak masuk Legoland ni, nak main air susah nak pegang duit semua tu. Jadi nak mudahkan transaksi Qiss kat sini, Qiss gunakan edompet Touch 'n Go. Mestinya Qiss memang dah ada aplikasi ni sebab sekarang Promosi Tealive RM2.50 dan KFC 20% untuk snack plate. Jadi memang untung kalau anda guna aplikasi ni.

Dengan Touch 'n Go eWallet anda boleh guna untuk membeli hampir apa saja dari taman tema berkenaan, seperti tiket masuk, makanan dan minuman, serta barangan cenderamata.

Promosi diskaun 35% untuk tiket harian dan tiket kombo dengan menggunakan aplikasi eWallet Touch 'n Go 


PROMOSI MUSIM CUTI

Semua pelanggan akan dapat menikmati promosi yang berikut sehingga 31 Disember 2019.

Diskaun 35% untuk transaksi sehingga empat (4) tiket harian/tiket kombo LEGOLAND® Malaysia (Dewasa/Anak/Warga Emas) yang dibeli dalam satu resit. Kemasukan hanya sah pada hari pembelian yang sama.

Promosi 10% diskaun untuk cenderamata  - Promosi ini boleh dinikmati di semua kedai cenderamata LEGOLAND®  Malaysia Resort kecuali di kedai cenderamata hotel LEGOLAND®. Promosi ini tidak boleh digunakan untuk barangan cenderamata yang sudah dikenakan diskaun.




Promosi 10% diskaun F&B - promosi ini adalah sah di semua kedai makanan di LEGOLAND® Malaysia kecuali di Bricks Cafe & Bricks Restaurant di LEGOLAND® Hotel. Diskaun ini tidak termasuk caj perkhidmatan yang dikenakan seperti SST.

Makanan kat Market Restoran ni sedap-sedap dan boleh bayar guna ewallet touch 'n Go je.

Burger dia sedap dan roti pun rangup je


Legoland dan Touch 'n Go kini bekerjasama untuk memastikan setiap transaksi pelanggan jadi lebih mudah ketika bercuti di Legoland. Kerjasama ini berlangsung pada masa yang tepat sekali, dengan rekod pelancongan domestik sebanyak 221.3 juta pelawat pada tahun 2018 * yang akan terus meningkat pada tahun 2019.

Dari kalangan pelancong domestik ini, 10.4% daripada mereka memilih untuk melakukan aktiviti riadah ketika bercuti. Ini memberikan peluang kepada Touch 'n Go eWallet untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menyertai gaya hidup tanpa tunai walaupun ketika bercuti.

Taman Tema Air Legoland ni mesra pengunjung dan kanak-kanak. 


Ignatius Ong, CEO TNG Digital Sdn Bhd berkata, "Kami menjadi lebih bersemangat apabila syarikat seperti LEGOLAND® Malaysia Resort berkongsi visi kami untuk mengorak langkah seterusnya dalam memacu Malaysia ke arah transformasi digital. Dengan kehadiran kami di lokasi transaksi, kami bukan saja dapat memperluaskan penggunaan Touch 'n Go eWallet bukan hanya untuk bayaran tol, malah dapat membuktikan  bahawa pembentukan masyarakat tanpa tunai sudah hamper dicapai.  Digabungkan pulan dengan lonjakan pelancongan domestik dan juga ketibaan musim cuti akhir tahun, kerjasama kami dengan LEGOLAND® Malaysia Resort bermula pada masa yang amat tepat.”  


Ignatius Ong, CEO TNG Digital Sdn Bhd dan Kurt Stocks, Pengurus Besar LEGOLAND®  Malaysia Resort semasa pelancaran kerjasama antara Touch 'n Go dan Legoland Malaysia Resort

"Kami gembira untuk bekerjasama dengan Touch 'n Go eWallet untuk menawarkan seisi keluarga satu pengalaman yang lebih sempurna di resort kami. Di LEGOLAND® Malaysia Resort, kami sentiasa menerima teknologi baru dan memperkembangkan tarikan kami supaya semua ahli keluarga dapat meluangkan masa mereka untuk mengukir kenangan manis dan berseronok sambil belajar,” kata Kurt Stocks, Pengurus Besar di LEGOLAND®  Malaysia Resort.


Aktiviti dan permainan menarik di Legoland Malaysia Resort antaranya ialah:

Starwars ni wajib masuk sebab bulan Disember ni bulan terakhir pameran ni

Our kingdom..ehhh

Dah penat berjalan, berhenti kejap main permainan mencabar ni


Banyak binaan Lego yang comel-comel ada di sini

Sambil jalan-jalan mesti akan jumpa maskot. Ambillah peluang bergambar tau.



Legoland Malaysia Resort

Taman tema air Legoland 


Bilik kanak-kanak 



Harga tiket Legoland:



Untuk maklumat lanjut, terkini, dan terma & syarat untuk promosi ini, sila layari https://www.tngdigital.com.my/promotions atau https://www.legoland.com.my/

1 comment:

  1. seronok bila dpt cuti.. lagi2 kalau ada kemudahan mcm ni... salam ukhwah, done follow blog :)

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com