Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

21 November 2019

Taman Tema Air Inflasi Angry Birds Tarikan Baru Cuti Sekolah 2019

Angry Birds ni Qiss suka main permainan dia masa belajar dulu. Nak belajar ke bermain? Main permainan untuk hilangkan stress masa belajar..ehh pening pulak. Tapi yang pasti Qiss suka je main game Angry Birds ni. Best tau game dia.

Bukan setakat permainan saja tapi ada juga filem berdasarkan watak permainan Angry Birds ni tau. Berikutan daripada tayangan global The Angry Birds Movie 2 baru baru
ini, Angry Birds Splash Water World akan menjadi pilihan utama aktiviti kanak-kanak dan seisi keluarga di Setia EcoHill, Semenyih sepanjang musim cuti sekolah pada tahun 2019.

Hari ni, Qiss ke Taman Tema Air Inflasi Mudah Alih terbesar di dunia dan taman ini akan dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 22 November 2019 selama 2 bulan sebelum meneruskan aktiviti jelajahnya di seluruh pelusuk Asia.

Konsep Taman Tema Air Angry Birds yang baru diperluaskan ini adalah satu inisiatif yang baik dan tepat pada masanya sebagai sebahagian daripada kempen Visit Truly Asia Malaysia 2020.



Tuan Mohd Akbal Setia, Pengarah Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (MTPB), bagi pihak Datuk Musa B. Yusof, Ketua Pengarah Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (MTPB) merasmikan Majlis Perasmian Taman Tema Inflasi Mudah Air Angry Birds Splash Water World yang pertama di dunia.

Ini merupakan sebuah kerjasama antara Rovio Entertainment Corp dan One Universal Production Sdn Bhd (OUP)
Malaysia sempena ulang tahun ke-10 Angry Birds dan majlis perasmian telah diadakan di Setia Ecohill, Semenyih. Turut hadir pada majlis itu ialah Encik Muhammad Hanafi Bin Jalalludin, Ahli Majlis Kajang dan En. Magendaran Marimuthu, Setiausaha Kehormat Malaysian Association of Amusement Themepark & Family Attractions (MAATFA).

Mr. Choo Set Yuen, Head of Technical of S P Setia Berhad  Mr. Chris Choy, Senior Manager of Sales & Marketing of S P Setia Berhad, Mr. Edwin Yeoh, Manager of Book of Records, Tuan Mohd Akbal Setia, Director Tourism Malaysia Central Region of The Malaysia Tourism Promotion Board, Mr. Alvin Lee, CEO of One Universal Production Sdn Bhd  Mr. Magendran Marimuthu, Honirary Secretary of The Malaysian Association Themepark & Family Attractions  (MAAFTA) & Mr. Christopher Wong, Chief Operating Officer of Malaysia Book of Records.


Tuan Mohd Akbal Setia, Pengarah Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (MTPB), bagi
pihak Datuk Musa B. Yusof, Ketua Pengarah Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (MTPB) berkata, "Saya gembira dapat menyaksikan kerjasama di antara Rovio Entertainment dan One Universal Production. Saya amat berbesar hati dalam merasmikan majlis pelancaran Angry
Birds Splash Water World pertama di dunia sempena kempen Visit Truly Asia Malaysia 2020.

Kami percaya bahawa taman tema air ini telah dibina secara strategik lalu dilancarkan di Malaysia dan ini merupakan satu usaha untuk mencapai matlamat tarikan pengunjung kami sebanyak 30 juta pelancong untuk tahun 2020."


Ning Baizura turut membawa keluarga ke sini untuk bergembira bersama Angry Birds 


Watak-watak utama yang turut menjadi kegilaan kanak kanak termasuk Red, Chuck, Bom, Terence, Eagle Mighty, dan tentu saja, Hatchlings akan berada di Angry Birds Splash Water World.

Ruhainies pun dah tak sabar nak bermain di taman tema air ni

Kemuncak bagi Taman Tema Air ini adalah permainan gelongsor air Angry Birds dan
halangan yang memaparkan Red, Chuck, Bom, Mighty Eagle dan Terence. Antara gelongsor yang tertinggi terdapat di Taman Tema Air tersebut adalah sebuah gelongsor yang berketinggian 12 meter dan pasti gelongsor ini bakal memberikan keseronokan berganda kepada para pengunjung.

Comel-comel karakter Angry Birds 


Terdapat juga perarakan watak-watak utama Angry Birds, sesi ramah mesra bersama peminat dan aktiviti menari untuk menghiburkan orang ramai.


Sesi bergambar bersama maskot Angry Birds

Angry Birds Splash Water World akan mula beroperasi selama dua bulan, bermula dari 22 November 2019 dan berakhir pada 5 Januari 2020. Hanya 1,500 tiket akan dijual untuk pengunjung setiap hari. Ini bagi memastikan segala operasi berjalan lancar dan pihak penganjur mampu untuk memberikan pengalaman yang hebat untuk semua pengunjung.

Menurut Alvin Lee, Ketua Pegawai Eksekutif One Universal Production berkata, "Kami sangat berdedikasi dalam membawakan sebuah pengalaman taman tema yang berbeza dan menarik dengan memberikan idea-idea inovatif seperti Angry Birds Splash Water World pertama di dunia. Kami percaya dalam kesungguhan kami dalam menyediakan produk dan perkhidmatan
unik serta menarik ini bakal menyumbangkan satu pengalaman menyeronokkan untuk setiap pengunjung.




Kami berharap dengan adanya aktiviti seperti ini, ikatan kekeluargaan bagi setiap
pengunjung kami bakal menjadi lebih erat. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsi kami, rakan rakan media dan para tetamu dalam menyokong Taman Tema Air Angry Birds Splash Water World."

Akhir sekali, terdapat juga kedai jualan mudah alih Angry Birds yang akan menjual pelbagai jenis barangan eksklusif Angry Birds dengan harga yang sangat berpatutan. Ini adalah satu lokasi yang sempurna untuk para pengunjung bagi membeli hadiah dan barangan untuk perayaan Krismas dan Tahun Baru 2020.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai pembelian tiket, sila kunjungi ke laman sesawang https://www.ticket2u.com.my/event/15739

TANDA PAGAR RASMI:
#AngryBirdsMalaysia
#AngryBirdsSplash #OneUniversalProduction

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com