Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

25 December 2019

Marrybrown Rai Sambutan Hari Kanak-kanak Bersama Doraemon Dan Lancarkan Pakej Sambutan Hari Jadi

Sambutan hari jadi kini lebih meriah dengan pakej dari Marrybrown.  Marrybrown yang juga merupakan restoran rangkaian makanan halal segera yang terbesar di Malaysia kini telah bekerjasama dengan Doraemon dalam usaha pertama mereka bagi melancarkan pakej sambutan hari jadi bermula pada Disember 2019.

Comel Doraemon ni

Datin Nancy berkata bahawa kerjasama ini merupakan salah satu inisiatif yang bermakna bagi Marrybrown kerana kerjasama ini mampu menghubungkan rakyat Malaysia yang berkongsi minat yang sama.

"Marrybrown sentiasa berada dalam visi menyajikan makanan dan minuman yang mampu menyentuh hati dan menghubungkan rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, tiada halangan dari pihak kami untuk bekerjasama dengan Doraemon kerana kami tahu watak kartun tersebut sentiasa dekat dihati rakyat Malaysia seperti mana makanan kami di Marrybrown," kata Datin Nancy, Pengarah Urusan Marrybrown.


Sambutan Hari Kanak-kanak 

Sempena sambutan hari kanak-kanak Marrybrown telah memilih 100 orang kanak-kanak dari empat buah rumah kebajikan di Lembah Klang untuk meraikan hari yang penuh keseronokan bersama Doraemon.

Kanak-kanak dari rumah kebajikan diraikan oleh Marrybrown dan dapat Kiddy Meals dan Party Pack setiap seorang.




Setiap kanak-kanak diberikan barangan kelengkapan seperti alat tulis dan beg sebagai persediaan ke sekolah bagi tahun 2020.




Pakej Sambutan Hari Jadi di Marrybrown

Orang ramai berpeluang meraikan sambutan hari jadi bersama salah satu daripada watak kartun Jepun yang diminati seluruh dunia iaitu Doraemon.

Doraemon merupakan sebuah siri manga keluaran Jepun yang sangat popular dari Fujiko F Fujio yang diperkenalkan pada tahun 1969, berkisahkan pengembaraan Doraemon, robot jenis kucing dari masa depan.

Pakej Hari Jadi Doraemon boleh didapati secara eksklusif di semua outlet Marrybrown beserta dengan promosi dari Disember 2019 sehingga Mei 2020.

Pakej A RM 130.00 

Pakej B RM 230.00

Pakej C RM 300.00



Dengan kerjasama antara Marrybrown dan Doraemon, Marrybrown akan memberikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak yang ingin menyambut ulang tahun yang penuh bermakna.

"Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Doraemon. Justeru kami dapat memperkenalkan pakej hari jadi. Kami pasti dengan kerjasama ini, akan membawa senyuman dan kenangan yang manis kepada kanak-kanak ini," kata Datin Nancy Liew, Pengarah Urusan Marrybrown.

Bukan setakat kanak-kanak je yang suka Doraemon ni. Ibu bapa pun suka kan. Macam mereka ni.




Qiss dan Kak Jue

Qiss dan Cici

Dengan adanya pakej begini, anak-anak kita akan lebih gembira dan akan ingat sampai bila-bila. Lagi mudah kalau buat sambutan hari jadi di Marrybrown, tak perlu nak penat-penat kemas rumah. Kalau taknak terlepas peluang sambut hari jadi di Marrybrown, anda kena lah tempah sekarang.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang pakej sambutan hari jadi Doraemon ini, sila layari www.marrybrown.com/birthday-party

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com