Dah penat berjalan, kami kelaparan dan menuju ke MRT. Daripada stesen MRT Pavilion kami turun MRT Pasar Seni dan berjalan ke Kafe Luckin Kopi. Kafe ini terletak di Jalan Panggong, Kuala Lumpur. Anda hanya perlu berjalan dalam 5 minit untuk sampai ke kafe ini dari stesen MRT Pasar Seni.
Bagi yang ingin datang bersama keluarga, tempat letak kereta juga ada berhadapan dengan kafe ini tetapi selalu penuh. Kalau nak senang, naik MRT je.
Tak sah kalau tak tangkap gambar depan pintu masuk ni kan.
Menu kat sini semua sedap-sedap dan Qiss sempat order beberapa jenis makanan paling famous yang terdapat kat sini seperti:
Luckin Toast
RM12.90
Luckin Kopi Kaw Peng
RM4.90
Nasi Lemak Sambal Petai
RM5.90
Hainanese Chicken Chop
RM16.90
Petai Pasta
RM20.90
Salted Egg Chicken Rice
RM11.90
Cheesy Chicken & Fries
RM26.90
Egg on Toast
RM4.90
Petai Bun
RM12.90
Mee Siam dan Rendang Ayam
RM12.90
ABC
RM8.90
Dalam banyak-banyak hidangan, Qiss suka Nasi Lemak Salted Egg Chicken dan Pasta Petai. Memang ngam rasa pasta tu bila makan dengan sambal petai. Qiss memang cadangkan kat anda menu tu. Tapi kena tahan pedas sikit lah ye.
Yang bagusnya kafe ni walaupun banyak pelanggan tapi mereka ada sistem nombor giliran dengan jumlah orang untuk satu meja. Jadi bila nombor dipanggil baru kita masuk dan duduk di meja yang disediakan.
Sambil menunggu tu kita makan keropok dulu ya.
Kafe ni pun cantik dan banyak tempat menarik untuk bergambar. Tengok jelah gambar Zandra, Fafa dan Qiss ni. Berbaloi juga anda makan kat sini tau.
Untuk maklumat lanjut
mengenai Luckin Kopi:
FB:
IG:
Alamat:
14, Jalan Panggong
50000 Kuala Lumpur
No telefon:
03-28562811
0 comments:
Post a Comment