Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

27 December 2019

Hari Pertama Healthy Beauty Retreat Guardian 2019

Assalamualaikum dan hai,

Kali ni Qiss nak bercerita tentang Healthy Beauty Retreat yang dianjurkan oleh Guardian Malaysia selama 3 Hari 2 Malam yang bertempat di Avillion Hotel Port Dickson.

Peserta Healthy Beauty Retreat 

Qiss rasa bertuah sebab terpilih untuk Retreat kali ni sebab Qiss boleh jumpa Kak Bee, Farah, Zandra, Fafa, Sally dan ramai lagi Blogger Kecantikan dari Malaysia ni. Ada yang Qiss personally jumpa kat event dan memang Qiss baca blog mereka.

Hari pertama

Qiss bertolak dari Kajang pukul 8 pagi dan singgah ambil Sally kat LRT Maluri sebab ke Giant Shah Alam, tempat berkumpul kesemua peserta Healthy Beauty Retreat.

Dah selesai pendaftaran, kami bertolak ke Port Dickson menaiki bas. Perjalanan tak lama, hanya dalam sejam setengah gitu.


First time jumpa Zaza

Sampai di Avillion Hotel kami diberi taklimat oleh Ramzan, pengacara yang sangat berkebolehan dan mampu menceriakan suasana.



Selesai taklimat, Qiss makan tengah hari duduk semeja dengan Zandra, Fafa dan Kak Ayue. Lama tak jumpa Kak Ayue ni. Dulu-dulu jumpa dalam live aje. Sekarang dia dah start live baru. Qiss support aje kan kak..

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada pihak Guardian.



Aktiviti 1 : Ice Breaking

Paling malu bab perkenalkan diri tapi bila dapat pegang mikrofon tu memang best la. Umum orang memang tahu Qiss jarang bercakap. Tapi mungkin itu yang Qiss kena ubah.

Sebelum sesi perkenalkan diri tu Qiss kena jawab satu soalan yang terdapat dalam buku nota yang diberi oleh Guardian.

Soalannya ialah:

Bagi pendapat anda apakah yang membuatkan seseorang tu cantik?

Qiss dah gelabah dah nak jawab apa kan.. tapi Qiss mulakan dengan tanya audience Siapa rasa dia cantik..angkat tangan.. itu yang ramai-ramai angkat tangan masa tu.


Bagi Qiss nak cantik dari luaran kita kena pandai jaga diri, kebersihan dan sentiasa berpakaian kemas dan selesa. Dari segi dalaman pula kena selalu positif. Yang negatif kita buang jauh-jauh.

Aktiviti 2 : Healthy  Living with Guardian Pharmacist 

Selesai pengenalan diri, ada pemeriksaan kesihatan. Cek tekanan darah, cek gula dalam darah dan pelbagai lagi. Tetiba dapat obes. Terlebih dari saranan bmi. Alamak.. kena diet.



Dah habis sesi pemeriksaan kesihatan dengan pegawai farmasi dari Guardian, kita terus check in bilik dan tukar baju untuk aktiviti sukan kat tepi pantai.

Aktiviti 3 : Bola Tampar Pantai

Dimulakan dengan warm up dan seterusnya permainan bola tampar. Lama betul tak main bola tampar. Nak tampar pun tak lepas..malu..


tapi kan.. kumpulan kami menang nombor satu dan dapat hadiah daripada Nurigins serta satu kipas tangan.




Dah menang tu, jomlah balik bilik siap-siap untuk dinner pulak. Selesai dinner kami kena ke dewan semula untuk sesi My Vision Board.

Aktiviti 4 :  My Vision Board


Qiss dah lama tak buat vision board dan kali ni vision board Qiss nampak jugaklah ape yang Qiss nak dalam 5 tahun akan datang.


Rumah, kereta, perkahwinan, keluarga dan gaya hidup sihat jadi pilihan Qiss untuk Qiss capai dalam tempoh 5 tahun ni.

Paling best nak income dari youtube. Jadi Qiss mohon jasa baik korang untuk subscribe Qiss kat YouTube.

Ok..dah selesai. Jom tidur.. kita sambung esok. Untuk hari kedua.

[[ Gambar-gambar cantik ni dari jurugambar therazaklatif ]]

Terima kasih Guardian sudi jemput Qiss.

3 comments:

  1. Memang best aktiviti macam ni. Dapat tambahkan keyakinan kita.. Yeah! Siapa taknak income dari Youtube ti kan.. LeYa dan Otomen Taro hampir sampai ke sasarannya.. Lama kami berusaha keras menaikkan jenama LeYa FaiZoL Channel. Hehe..

    ReplyDelete
  2. Wah seronok dpt pergi trip mcm ni, dpt menimba pengalaman dan ilmu baru

    ReplyDelete
  3. Bestnya... semua pompuan hahaha...

    Btw... i support semua impian u dalam tempoh 5 tahun nie.. support je... xhulur...

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com