Hujung minggu ni anda pergi mana? Jom ikut Qiss membeli-belah dekat Jalan Jalan Japan di KIPMall Bangi.
Untuk pengetahuan anda, Jalan Jalan Japan akan dibuka di KIPMall Bangi pada 28 Disember 2019 bermula jam 10 pagi tau. Di Bangi ini merupakan cawangan ke 5 Jalan Jalan Japan di Malaysia.
Apa yang menarik kat sini? Qiss masa mula-mula masuk ke Jalan Jalan Japan ni memang dah teruja sangat-sangat bila disambut oleh pekerja yang sangat ramah.
Seterusnya Qiss ke bahagian pakaian wanita dan mula memilih baju yang sesuai untuk Qiss pergi event sebab Qiss dah bosan dengan baju dalam almari Qiss tu.
Teringin juga cari baju dengan design yang baru kan. Di sini banyak pilihan baju perempuan. Ada gaun, mini skirt, skirt, T-shirt, seluar jeans, winter jackets dan pelbagai lagi. Boleh rambang mata dibuatnya.
Ada juga bahagian lelaki yang menawarkan barangan yang cantik dan harga yang murah.
Peralatan sukan juga ada dijual di sini dah sangat murah. Kondisinya juga masih elok untuk digunakan.
Sempat juga Qiss belek-belek beg tangan dan topi. Beg tangan serendah RM5 dan kondisi masih elok ya.
Selain daripada baju ke event Qiss seronok dapat beli baju untuk dipakai jalan-jalan masa cuti sekolah ni. Macam baju kat bawah ni. Cantik sangat kan.
Cantik kan kalau pergi pantai pakai ni |
Baju bawah ni Qiss dapat setelah duduk bertapa selama 2 jam dekat Jalan Jalan Japan KIPMall Bangi.
Baju harga RM5 dan Qiss gabungkan dengan skirt Qiss yang ada kat rumah.
Beg pula berharga RM15 dan banyak ruang penyimpanan.
OOTD dengan baju dan beg dari Jalan Jalan Japan |
Barangan bayi, pinggan mangkuk, patung permainan dan aksesori turut ada dijual di sini dan harganya lebih murah. Jadi anda akan jimat lebih banyak kat sini.
Baby Sling |
Kereta mainan kanak-kanak |
Anak patung |
Tengoklah betapa banyaknya barang kat sini kan. Untuk anda yang nak membeli-belah kat sini dinasihatkan bawa beg dari rumah yang besar-besar tau. Mana tahu terbeli banyak macam Qiss ni nanti.
Jumpa pula kawan yang duduk area sini, katanya datang shopping juga |
Ni lah beg plastik yang besar tu. Agak-agak habis berapa ringgit? |
Pengurus Jalan Jalan Japan yang berasal dari Jepun ini sangat peramah ya. |
Sempat juga bergambar kenangan dengan staff Jalan Jalan Japan cawangan KIPMall Bangi |
Ada lagi 4 cawangan lain Jalan Jalan Japan ni antaranya ialah:
1. Subang One City Mall
2. 1 Shamelin Mall, Cheras
3. Centre Point Seremban
4. M3 Mall, Taman Melati
Jom tengok video Qiss beli apa kat sini...
Jadi jom kita ramai-ramai ke sini pada 28 Disember 2019 nanti.
Untuk promosi serta maklumat lanjut, layari:
Lam tak jumpa Manager JJJ tu.. Die comel and best.. Kirim salam kat die ye.. Hehehe.. Shopping JJJ ni memang best dan terbaik sangat
ReplyDeleteDa lama tringin nk p sini tapi xkesampaian..nie klu dpt masuk sni rambag mata tgok sbb hrga murah2..siap sdia duit aje..hihi
ReplyDeleteSayangnya kat Penang takde lagi Jalan Jalan Japan ni. Bestnya dapat shopping sambil berjimat. Moga- moga nanti adalah cawangan kat Penang.
ReplyDeleteAlahai seronok la shopping JJJ ni .. Beat lagi kalau kita pon dapat pegi sana tapi tak dapat nak terjah jauh sgt huhuhu. Masuk kat sini mesti rambang mata mana nak beli. Semua menarik perhatian ..
ReplyDeletePernah ke jjj di seremban. Dekat je dgn rumah mak mertua. Byk brg. Sarat! Mcm2 ada...
ReplyDeleteYg best ada byk patung anime. Terbaik.
wahh byk qiss shopping, Yes nak pergi nanti, sebelum nih pergi outlet seremban dan puchong ni outlet lagi dekat, Tak sabar nak pergi dengan Fatin yg suka shopping baju preloved cantik2 kat Jalan-jalan Japan
ReplyDeleteWah seronoknya shopping sakan. Btw, ootd kita pun dekat pokok krismas. hahah. Next nak pergi lagi. Best!
ReplyDeleteBestnya dapat shopping kat JJJ..sure byk pilihan. Sis lama dah x prgi. Ingat nak serbu jugaklah kat sini..nk beli baju utk tahun 2020 nanti..hehehe
ReplyDeleteMakin besar JJJ ni! Mouse mommy pun nak pergi cari barang ni! Berbaloi sangat!
ReplyDeleteHee, tak lama dah Jalan jalan japan ni nak bukak kat KIP Mall Bangi .
ReplyDeleteMesti best shopping² nanti. Hehehe.
Macam-macam adoo.
Wah bestnya dah bukak dah kat sini. Senangla org bangi nak dth shopping hehe
ReplyDeleteOii banyak nye shopping. Taw la murah. Haha. Boleh tu beli baju kahwin sini jgk. Tgk ada org share cantik jgk
ReplyDeleteMasuk JJJ ni memang rambang mata jadinya. Rasa nak borong semua yang ada dalam JJJ
ReplyDeleteI love shopping at jjj... Every month end I will sure be there to grab their promo
ReplyDeleteBangi ni dah macam kl kan, macam-macam ada, now Kipmall pula. Perghhh
ReplyDeletepernah masuk JJJ kat one city tahun lepas. kat branch baru ni belum terjah lagi. memang best shopping sini..semua murah2
ReplyDeleteBestnya jadi orang terawal dapat ke outlet tu! Saya hari tu pergi dkt One Shamelin, memang banyak barang2 dalam tu, tak tau nak pilih apa.
ReplyDeleteseriusss bestt masuk jalan jalan japan nii! kat seremban ada satu. bahaya kalau masuk. nak keluar mesti nak 'heret' barang dalam tu. duit dalam purse pun terpaksa diheret keluar sekali kahkahhh
ReplyDeleteTB pun dah pi 2 kali JJJ ni .. tapi yang dekat M3 Mall tu.. fuh macam-macam ada.. tapi TB sempat beli toys je untuk harraz n next baby.. huhu
ReplyDeleteCan't wait to check out JJJ new outlet they seem to have more items compared to the one I always visit, shall check it out soon.
ReplyDeleteBanyak betul pilihan barang. Suka kalaudpt beli mainan anak-anak harga berpatutan kat sini. Diorang ni kalau beli mahal pun main kejap kejap je
ReplyDelete