Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

12 July 2021

Jadi Blogger Kerana Minat Menulis

 Assalamualaikum dan hai, 

Semua maklum Qiss dalam penulisan blog masih baru. Tahun ni masuk tahun keempat Qiss menulis di blog qisstiera.com. Blog ni asalnya Qiss buat godek-godek untuk salah satu topik matapelajaran semasa di universiti dulu.

Menulis kerana minat

Tahun 2017, Qiss banyak baca blog blogger lain. Baca cerita dan resepi yang dikongsikan. Mula dari situ Qiss minat nak mula menulis dan berkongsi cerita dan pengalaman dengan pembaca blog Qiss.

Dalam blog Qiss banyak perkongsian menarik seperti makanan, informasi, kecantikan dan pelbagai lagi.

Bila kita minat nak menulis, kita jadi kreatif untuk mengolah ayat agar menjadi seronok untuk orang membaca. Sedikit sebanyak dapat menarik lebih ramai pembaca membaca di blog kita.

Topik dan tajuk

Pemilihan topik dan tajuk juga penting agar masuk dalam carian teratas. Permulaan tajuk seperti cara-cara, bagaimana, tutorial dan tajuk spesifik dapat menarik trafik ke blog.

Pengalaman yang tak dapat dilupakan

Banyak suka duka semasa menulis blog ni. Walaupun suka-suka menulis tapi kadang-kadang tiada idea untuk kita menulis. Fakta dan perkongsian pengalaman sendiri menjadi nilai sesuatu posting.

Qiss suka mencuba sesuatu yang baru. Katakanlah Qiss ikut salah satu program yang dianjurkan kementerian seperti masuk hutan, panjat bukit dan gunung,jungle trekking dan pelbagai lagi.  Habis je program tu, dah rehat sehari dua, Qiss akan mula menulis. Tapi sebenarnya blog Qiss ni yang banyak membawa Qiss untuk masuk ke hutan, cuba tempat baru, cuba makanan baru dan turut serta acara majlis perasmian produk.

Tak pernah masuk hutan, Qiss masuk. Tak pernah cuba produk kecantikan, Qiss cuba. Dari situ Qiss dapat pengalaman untuk menulis dari hasil pemerhatian dan keberkesanan produk.

Sebelum pandemik covid-19 berlaku pernah juga Qiss dapat satu program review filem, masa tu awal-awal lagi habis PKP fasa satu. Panggung wayang pun tak ramai orang, Qiss nak ke bilik air sebelum mula tayangan. Memang sorang-sorang je masa tu. Dah masuk bilik air lega sebab dengar perempuan bercakap-cakap, jadi tak adalah Qiss sorang-sorang masa tu. Bila keluar bilik air, tengok tak ada orang. Tapi positif lagi lah. Sebab ingatkan ada bilik air OKU yang berdekatan rupanya tiada. Masa tu memang dah meremang habis. Tapi selepas tu, Qiss sentiasa beringat untuk berteman kalau ke tandas.

Menyelami budaya dan makanan masyarakat setempat

Sebenarnya banyak tempat bersejarah dan tempat peranginan yang belum pernah Qiss sampai walaupun dalam Malaysia.  Melalui blog jugalah Qiss dapat berkunjung ke tempat-tempat begini dan merasai sendiri pengalaman di tempat tersebut.

Antara tempat yang menarik Qiss pernah kunjungi ialah Jelebu, Negeri Sembilan, Legoland di Johor, Langkawi, Tapak Tsunami di Kota Kuala Muda dan lain-lain. 

Seperti di Jelebu, Negeri Sembilan ni Qiss diperkenalkan dengan adat keturunan Minangkabau, masak lemak Negeri Sembilan serta Air Terjun Lata Kijang. Selama 3 hari 2 malam sepanjang program bagi memperkenalkan tempat menarik di Jelebu, dapatlah Qiss merasa pengalaman lain daripada yang lain.

Ikut tema dan protokol majlis

Bagi program perasmian produk dan majlis rasmi selalunya ada tema yang diberikan dan Qiss sedaya upaya ikut tema bagi menghormati majlis. 

Qiss pernah ikut program sumbangan zakat dan majlis sumbangan ini dihadiri oleh KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah jadi protokol majlis ini agak ketat.

Ada majlis pelancaran produk bertemakan warna merah jambu seperti Mommies Softlaunch Olathee Luslimlabeb, jadi ramai-ramai lah yang memakai warna merah jambu. Seronok dan cantik sangat.

Banyak lagi pengalaman menarik dan cerita menarik sepanjang jadi blogger ni.

Qiss banyak  belajar cara bercakap dan bergaul bersama rakan-rakan blogger, pengurus majlis, menteri dan tetamu kehormat. Satu je kalau jadi blogger ni, tak perlu sombong. Lagi ramai kita kenal, lagi banyak idea dapat dikongsi.

Qiss juga banyak habiskan masa membaca artikel dari luar seperti 2 artikel di bawah. Memang menarik untuk dibaca. 

1.  https://intellifluence.com/blog/alessia-de-bonis-influencer-spotlight

2. https://www.entrepreneur.com/article/373876


Jangan lupa untuk terus membaca blog Qiss.



1 comment:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com