Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

24 May 2022

Berbaloi Ke Rumah Siap Dalam Masa Yang Singkat?

Rumahku, Syurgaku. Seronok bila ada rumah sendiri tapi malangnya rumah yang diimpikan tidak menjadi kenyataan.

Kerana percayakan kawan, rumah yang ingin dibina dilepaskan sepenuhnya tanggungjawab kepada kontraktor tersebut. Cantik rumah bila dah siap tapi banyak masalah yang muncul meskipun belum cukup setahun siap dibina.

Rumah yang siap dibina

Rumah ni dibina atas tanah sendiri dan lebih 300 ribu ringgit dihabiskan. Namun lihatlah sendiri hasilnya. Dibina semasa PKP tahun 2020. Bulan 3 dan siap sepenuhnya bulan 8 tahun 2020. Bahan-bahan yang digunakan adalah bahan murah tak setanding harga yang dibayar.

Masalah rumah 

1. Bumbung bocor.

Masalah yang paling menyakitkan hati dan buat tak lena tidur malam. Bumbung dibahagian tempat letak kereta ini dibina mendatar dan mendatangkan masalah bila saluran paip terlalu kecil bagi menampung air hujan yang turun. Ini menyebabkan kebocoran dan pernah hampir kena meter TNB. Risau. Mujurlah bumbung bahagian dalam rumah tidak banyak bahagian yang bocor.

2. Tiada longkang dan air hujan bertakung dilantai.

Rumah yang dibina jenis Semi-D tetapi kontraktor tidak menitik beratkan kesamaan dalam pembinaan. Contohnya, sebelah rumah lantai naik 4 inci dari tanah, manakala lagi sebelah hanya naik dua inci. 

Masalah timbul apabila kerap hujan. Tiada longkang untuk alirkan air. Jadi air dari halaman bertakung ditempat letak kereta bahagian depan rumah kerana lantai tinggi sebelah. 

Selalu berharap hujan cepat berhenti agar air tak masuk dalam rumah. Sedihkan!

3. Dinding Retak.

Tanah asal adalah tanah gambut. Mungkin disebabkan masa yang suntuk jadi kontraktor terus naikkan rumah tanpa menunggu tanah betul-betul padat dan akhirnya tak sampai setahun nampaklah line retak macam ni. Kalau retak sahaja mungkin masih boleh terima tapi kalau hujan lebat air masuk melalui celah dinding dan menyebabkan banjir didalam bilik.

Kontraktor hanya tampal dinding yang bocor ni macam ni je. Tak ada inisiatif langsung.

Langkah penyelesaian.

1. Upah kontraktor untuk baiki keseluruhan rumah. 

Beratus ribu dah habis untuk bina rumah takkan nak keluarkan duit lagi. Mesti makan banyak masa dan buang duit sahaja.

2. Jual rumah dan beli rumah baru.

Masih dalam perangcangan untuk jual rumah ni dan Qiss pun dah buat kira-kira dekat https://www.mortgagecalculator.uk/ berapa nilai rumah dan berapa yang Qiss dapat untuk bayar rumah yang baru.

Senang dan mudah menggunakan kalkulator ini untuk buat kira-kira. Meskipun, duduk di Malaysia namun kiraannya tak jauh beza.

Korang nak beli rumah atau buat gadai janji tu boleh cuba ni: 

https://www.mortgagecalculator.uk/remortgage/ 

Boleh la buat kira-kira dan bajet berapa yang anda dapat sama ada berbaloi ataupun tidak.

Doakan Qiss dapat rumah baru walaupun dah sayang kat rumah ni.




0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com