Jangan lepaskan peluang untuk ke Aeon Mall Shah Alam dan sertai aktiviti menarik Pokémon TCG ke 25 yang berlangsung dari 17 Mei hingga 29 Mei 2022 ini.
Pameran Pokémon Trading Card Games (TCG) ke-25 turut dimeriahkan dengan tarian dari Pikachu |
Pameran Pameran Pokémon TCG yang ke-25 ini mula dilancarkan pada 28 Januari 2022 di AEON MALL Metro Prima, Kepong. Pelancaran tersebut menjadikan AEON Mall Metro Prima sebagai pusat beli belah pertama di Malaysia yang menganjurkan Pameran Pokémon TCG bersempena sambutan ulang tahunnya yang ke-25.
Pameran seterusnya diadakan di MyTOWNKL, Cheras pada 18 hingga 27 Mac 2022 dan di AEON MALL Bukit Tinggi dari 12 hingga 24 April 2022.
AEON Mall Shah Alam menjadi lokasi terakhir serta penutup untuk acara tahun ini.
Jangan lupa bergambar kenang-kenangan di props yang disediakan |
Pameran ini diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 Pokémon TCG. Pokémon sangat popular di kalangan peminat di Malaysia serta di rantau Asia Tenggara semenjak 1990-an.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk peminat Pokémon. Antaranya ialah:
- Pada hujung minggu Sabtu dan Ahad sahaja. Tarikh 21, 22, 28 dan 29hb Mei sahaja.
- Pikachu Jalan-Jalan @ Pikachu Walkabout : 3pm
- Persembahan Tarian Pikachu @ Pikachu Dance Show: 5pm & 7pm
- Sesi Bertemu Peminat Pikachu @ Pikachu Meet & Greet
Pameran seperti ini dapat menarik lebih ramai pengunjung serta peminat Pokémon untuk datang dan merasai sendiri kemeriahan pameran ini. AEON juga bukan setakat tempat membeli belah tapi turut memberikan pengalaman baru lagi menyeronokkan kepada para pelanggan untuk mencipta kenangan.
Penjualan Barangan Pokémon (Pokémon Merchandise )
Barangan dan patung Pokémon yang dibawakan daripada Jepun untuk peminat di Malaysia.
Pameran Pokémon TCG yang ke 25 tahun:
Tempat: Centre Court, Aeon Mall Shah Alam.
Masa: 10 pagi - 10 malam
Tarikh: 17 - 29hb Mei 2022
Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh layari laman web ini Pokémon TCG (Dalam Bahasa Inggeris).
**Semua aktiviti berlangsung pada setiap hari pada pukul 10 pagi hingga 10 malam kecuali jika dinyatakan pada hari dan masa tertentu.
0 comments:
Post a Comment