Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

01 May 2022

AEON Malaysia Beri 10 Ribu NFT 'Kuih Raya Kita' PERCUMA

Pada 27hb April 2022, telah berlangsungnya pelancaran siri pertama NFT oleh AEON CO. (M) BHD. (AEON) yang berinspirasikan Raya sempena kempen 'Raya Penuh Makna' pada tahun ini.

Dari kiri: Khalid Gibran, Low Ngai Yuen, Afi Sulaiman, Izzati Suza dan Encik Tsutomu Motomura (Timbalan Pengarah Urusan AEON) di Majlis Pelancaran Siri Pertama NFT Kuih Raya Kita

Siri NFT pertama yang diberi nama Kuih Raya Kita ini memfokuskan kepada lapan jenis kuih raya utama yang sering boleh dijumpai setiap kali hari raya menjelang. Lapan jenis kuih tersebut ialah Tart Nanas, Biskut Mazola, Biskut Coklat Almond London, Biskut Makmur Daun, Biskut Cornflakes, Biskut Dahlia, Biskut Bebola Suji dan Biskut Mentega Semperit.

Siri pertama NFT Kuih Raya kita ini secara tidak langsung menunjukkan kepada dunia bahawa inilah kuih-kuih tradisi Malaysia yang sering kita boleh jumpa ketika Hari Raya. Sebab itulah siri NFT ini diberi nama Kuih Raya Kita.

Bergambar bersama 8 jenis kuih raya kita Siri Pertama NFT

Bercakap mengenai NFT pertama ini, Ketua Pegawai Perdagangan dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen berkata, "Hasrat Kolaborasi ini bukan setakat menyerikan sambutan Hari Raya di dalam ruang digital, malah ianya untuk menyokong karya artis tempatan. Kami menghargai bakat mereka dan ingin mempromosikan hasil kerja mereka seiring dengan tema kesuluruhan kempen Raya kami iaitu Raya Penuh Makna."

Ketua Pegawai Perdagangan dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen

Tambahnya lagi, "Apabila kita memperkenalkan teknologi 'blockchain' bagi memelihara tradisi, seni dan budaya yang kita amalkan selama ini, kita sebenarnya telah memberi nafas baharu terhadap cara sambutan yang selama ini tidak pernah kita fikirkan".

Apabila ditanya mengenai pemilihan lapan kuih raya ini, Low Ngai Yuen menjawab, "Kami juga ingin memuatkan lebih banyak kuih raya lain lagi seperti kuih bahulu. Namun untuk siri pertama ini kami hanya fokus kepada lapan kuih raya sahaja. Pada masa hadapan, mungkin kita akan buat siri seterusnya dengan memasukkan kuih-kuih yang lain".

Berbalik kepada NFT Kuih Raya Kita, siri pertama ini direka oleh Afi Sulaiman iaitu seorang artis dalam bidang makanan. Afi juga merupakan seorang ilustrator dan penulis yang pertama mendapat pengiktirafan di dalam persada krearif Malaysia pada tahun 2019 sebagai Usahawan Seni Muda, Balai Seni Negara.

Afi Sulaiman dengan hasil rekaannya

Afi Sulaiman turut berkongsi serba sedikit mengenai koleksi kerjasama ini bersama AEON, "Ciri seni yang saya hasilkan adalah unik, nostalgia, gembira dan penuh warna warni dengan penekanan kepada budaya tempatan. Saya merasa amat teruja untuk mengetengahkan kuih tradisi Melayu melalui kerjasama dengan AEON. Saya berharap rakyat Malaysia dapat menikmati kuih raya digital yang unik ini sebagaimana saya suka membuatnya".

Sebagai tambahan, pelancaran siri pertama NFT Kuih Raya Kita ini juga mendapat kerjasama daripada Meta Universe Sdn. Bhd (MU). Ini adalah kerana MU mempunyai manfaat tekonologi dan elemen Web3 daripada metaverse iaitu aset digital dan infrasturktur maya. Ini merupakan manfaat besar kerana NFT ini bukan sahaja didagangkan di platfrom semata-mata untuk teknologi 'blockchain' tapi juga dijadikan utiliti dalam dunia metaverse.

Ketua Pegawai Esekutif Meta Universe, Khalid Gibran

Ketua Pegawai Esekutif MU, Khalid Gibran berkara, "Siri NFT ini akan menginovasikan cara AEON berkomunikasi dengan pelanggan mereka. Secara tidak langsung, AEON telah mencipta sentuhan kesetiaan yang berbeza dengan memberikan pelanggan pengalaman terkini  untuk memiliki aset digital dalam ruang digital."

Low Ngai Yuen juga menambah, "Kami mahu melakukan lebih banyak lagi. Ekosistem peruncitan merupakan himpunan produk ikonik terkenal di dunia ini dengan pelbagai kisah dan kenangan yang perlu diabadikan. Sekiranya kita boleh mendigitalkan pengalaman ini, kita akan membawanya kepada sebuah realiti baru secara maya."

Berbalik kepada NFT Kuih Raya Kita, siri ini mempunyai 16 rekaan. 16 rekaan ini dipecahkan kepada 8 rekaan untuk Edisi Pertama dan 8 selebihnya untuk Edisi kedua. Edisi pertama boleh ditebus secara percuma oleh semua ahli member AEON sehingga 1 Mei 2022. Manakala edisi kedua akan dijual RM80 untuk 1 rekaan di Opensea pada 2 Mei nanti. Setiap rekaan adalah terhad kepada 1250 keping sahaja.

Antara lain, AEON juga memperkenalkan NFT edisi istimewa dan terhad melalui Discord yang juga di bawah siri 'Kuih Raya Kita'. Untuk NFT melalui discord ini, rekaan ini adalah berasaskan balang kuih raya yang dihasilkan oleh Izzati Suza. Izzati Suza merupakan artis dan pemilik Kedai Suza di Melaka. 

Izzati Suza bersama rekaannya

Untuk NFT yang dihasilkan Izzati, NFT ini berinspirasikan balang kuih raya dengan tiga rekaan yang berlainan tema. Tema tersebut ialah 'Alas Meja Nenek', 'Quarantine Raya' dan 'Raya Penuh Makna'. Untuk rekaan Izzati, hanya 10 keping sahaja dihasilkan bagi setiap rekaan.

Izzati berkata, "Saya benar-benar cenderung kepada tema Raya AEON untuk tahun ini iaitu Raya Penuh Makna. Ianya amat bermakna apabila kira dapat menyambut Raya bersama yang tersayang apabila telah melalui perintah berkurung selama dua tahun. Semenjak pandemik melanda, ramai daripada kita telah mengamalkan cara hidup digital lantas kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk mendapatkan siri NFT Raya yang unik ini untuk mebjadikan sambutan tahun ini lebih diingati."

Kesimpulan yang boleh saya rumuskan untuk siri pertama AEON NFT Kuih Raya Kita:

Edisi pertama: 

- Koleksi percuma untuk ahli member AEON sehingga 1 Mei. 8 rekaan daripada 16 rekaan siri Kuih Raya Kita.

Edisi kedua:

- Penjualan di OpenSea bermula 2 Mei hingga 13 Mei dengan harga RM80 untuk 1 rekaan. Baki lagi 8 rekaan daripada 16 rekaan NFT Kuih Raya Kita.

Edisi Discord:

- NFT istimewa yang boleh didapati apabila anda mengikuti discord AEON. Ada tiga rekaan sahaja dengan tema berbeza-beza. Terhad kepada 10 keping bagi 1 rekaan.

Nak tahu bagaimana nak tebus NFT edisi pertama percuma dan cara mendapatkan NFT edisi kedua & edisi discord boleh lah layari laman web https://aeonretail.com.my/promotion/kuihrayakita2022/NFT/ . Dapatkan segera sementara masih ada.

Untuk melihat lebih banyak kempen dan promosi Ramadan-Raya AEON, 'Raya Penuh Makna', boleh layari www.aeonretail.com.my 

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com