Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

01 May 2022

Download Aplikasi Marrybrown Untuk Tawaran Berbaloi

Peminat Marrybrown kini boleh memuat turun aplikasi Marrybrown dan tebus tawaran menarik seperti ayam goreng percuma dan banyak lagi.

Aplikasi Marrybrown kini boleh dimuat turun

Untuk merangsang pengguna untuk memuat turun aplikasi dan menggunakan aplikasi ini untuk pembelian di Marrybrown, Marrybrown telah membuat pelbagai tawaran hebat. Tawaran ini lah yang membolehkan pengguna membeli menu Marrybrown dengan harga yang betul-betul berbaloi.

Dalam aplikasi ini terdapat dua jenis tawaran iaitu tawaran harga diskaun  dan tawaran pantas. Tawaran tersebut boleh didapatkan di bahagian ‘deals’ dan setelah anda boleh menebusnya anda boleh melihat tawaran anda di bahagian ‘my rewards’.

Perbezaan tawaran adalah seperti berikut:

Tawaran harga diskaun:

- Tawaran ini sentiasa ada 



- Tiada kuota tapi terhad kepada 1 penebusan  setiap jenis bagi 1 akaun

- Boleh tebus pelbagai jenis tawaran harga diskaun

- Sah boleh digunakan dalam hari yang sama bila anda membuat penebusan

- Contoh: Onion Rings RM3 dari RM3.95, Mushroom Soup RM3.90 daripada RM4.20, Cheesy Burger+Cheesy Wedges RM 10.99 daripada RM 12.89 dan lain-lain lagi

Jangan lupa tebus Ayam Crispy Marrybrown percuma tau

Tawaran pantas:

- Tawaran ini hanya seketika sahaja selalunya pada pukul 12 malam!

- Siapa cepat dia dapat

- Harga menarik dan berbaloi!

- Hanya boleh tebus sahaja mengikut lokasi (Semenanjung, Labuan dan Sabah & Sarawak)

- Sah boleh digunakan dalam hari yang sama bila anda membuat penebusan

- Contoh: RM5 untuk 5 Ketul Ayam Crispy Marrybrown, Buddy Meals RM 1 (untuk 2 set ayam goreng bersama kentang dan air) dan lain-lain lagi

Jadi tawaran-tawaran ini perlu lah anda tebus apabila anda hendak pergi ke Marrybrown ya. Penebusan tidak akan dibawa kepada hari seterusnya jika anda tidak menggunakannya. Tawaran pantas pula harus lah direbut secepat mungkin untuk mendapatkankannya.

Cara menebus dan menggunakan tawaran ini sangat mudah:

1. Muat turun aplikasi Marrybrown dan daftar akaun anda,

2. Pergi ke bahagian ‘deals’

3. Pilih tawaran yang anda inginkan, tekan dan tebus

4. Pergi ke restoran Marrybrown* terdekat dan anda boleh membuat pesanan di kaunter seperti biasa dan bagitau ingin menggunakan tawaran di aplikasi Marrybrown

5. Staf akan mengambil pesanan dan mengimbas code tawaran yang anda tebus di bahagian ‘my rewards’

6. Anda sudah boleh membuat bayaran seperti biasa! 

Lebih menggembirakan, pengguna baharu aplikasi Marrybrown diberi seketul Ayam Crispy Marrybrown secara percuma. Tawaran ini automatik masuk dalam 'my rewards'. Penggunaan juga seperti biasa iaitu dengan tebus di kaunter.

Sebenarnya selain tawaran biasa dan tawaran pantas, ada ketika dan waktunya aplikasi ini menunjukkan tawaran yang anda boleh tebus menggunakan mata ganjaran tau!


Jom muat turun aplikasi Marrybrown dan dapatkan tawaran hebat ini segera di playstore dan appstore atau boleh ke laman web MB app

*Anda hanya boleh menggunakan tawaran yang ditebus di beberapa Marrybrown terpilih sahaja dan anda boleh rujuk di sini Restoran MB terpilih 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut boleh lah hubungi Marrybrown melalui pautan di bawah:

Marrybrown Malaysia

Instagram: @marrybrownmy 

Facebook: @marrybrownMalaysia 

Twitter: @MarrybrownMY

Laman web rasmi: https://marrybrown.my 

#Marrybrown #MarrybrownMY #SomethingDifferent #MBApp



0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com