Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

10 October 2023

"Bidadari Berselawat" Di Festival Ummah Mega Haflah 2023

Seramai 500 orang peserta muslimat mengikuti Festival Ummah Mega Haflah, sempena sambutan Maulidur Rasul. Festival ini berlangsung dengan jayanya pada 7 Oktober 2023 bersamaan 22 Rabiulawal 1445H bertempat di Dewan Orkid, Wisma PKPS Seksyen 14, Shah Alam.

Sepanjang perjalanan program, tidak henti-henti alunan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Festival Ummah Mega Haflah 2023

Hidupkan jiwa dengan membaca Al-Quran dan berada di majlis-majlis ilmu.

Festival ini mengumpulkan Para Asatizah yang dikenali ramai iaitu,Ustazah Huda Edayu (Tokoh Hari Wanita Daie Influencer Ummah 2022, Ustazah Sharifah Khasif (Tokoh Hari Wanita Daie Mukminat Ummah 2022, Dr. Robiah K.Hamzah ( Ikon Muslimah Nona 2023), Ustazah Sofizah Mousin (Johan Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2022), Ustazah Awatif (Johan Qariah Tilawah Al-Quran MTQ Pulau Pinang), Ustazah Noor Suhaiza (Johan Qariah Tilawah Al-Quran MTQ Wilayah 2015,2017). Manakala, Aisyah Hijanah dan Salimah Habibi bagi slot Perkongsian Influencer.

Dr. Robiah K.Hamzah (Ikon Muslimah Nona 2023)


Sepanjang majlis para jemputan turut diperdengarkan alunan Qasidah merdu dari Kumpulan Rahmatul Ihsan (Haflah) dan diserikan juga dengan maulid daripada Hadroh Srikandi Al Fath (Maulid Dhiya Al Ulami), yang diterbangkan jauh dari Sabah.

 

Kumpulan Rahmatul Ihsan (Haflah)

Hadroh Srikandi Al Fath (Maulid Dhiya Al Ulami), yang diterbangkan jauh dari Sabah

Sedikit pengisian yang dapat Qiss kongsikan bila berada dalam majlis ini ialah, sebagai wanita, kita perlu membaca Al-Quran dan beramal dengannya. Bertepatan dengan slogan ‘Bidadari Berselawat Wanita Peneman Syurga (Hurun Ain) Semarak Cahaya Al-Quran”, festival yang julung-julung kalinya diadakan ini bertujuan menjadi platform penyebaran dakwah dan dimulakan dengan tetamu muslimat.

Festival yang dianjurkan oleh Datuk Hajjah Rozzana binti Dato’ Haji Rahmat yang juga merupakan Pengasas #MyInfaqIhsan yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan berdakwah dengan #SweetTalkKeSyurga.

Kebetulan tarikh yang dipilih jatuh pada hari kelahiran ke 56 beliau dan beliau turut diraikan semasa majlis tersebut. Pemilihan Surah Al-Asr menjadi titik utama perkongsian Datuk Hajjah Rozzana yang menyifatkan sesungguh masa itu sangat berharga. Gunakan masa umur kita untuk membantu orang disekeliling kita dan tambahkan amal sebelum dijemput pulang ke negeri abadi.

Datuk Hajjah Rozzana binti Dato’ Haji Rahmat meraikan ulangtahun ke 56

Mereka yang mempelajari dan mengamalkan Al-Quran pasti sedar dan yakin bahawa Al-Quran itu adalah Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Tujuan festival ini adalah untuk lebih memahami maksud & terjemahannya supaya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.

Penganjuran festival ini juga diharapkan, dilihat sebagai usaha memartabatkan al-Quran. “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayatnya dan untuk orang yang berakal sempurna beringat Mengambil iktibar.” (Surah Sad, ayat 29)

Semoga segala perkongsian yang dicurahkan oleh para asatizah dalam festival ini dapat dimanfaatkan semaksima mungkin dalam amalan kehidupan seharian kita. Semoga kita akan terus istiqomah dalam usaha memartabatkan Al-Quran kepada kesejahteraan ummah.



Menurut Datuk Hajjah Rozzana binti Dato’ Haji Rahmat festival ini akan dijadikan acara tahunan dan akan dibuka penyertaan kepada kaum muslimin juga.

Untuk Festival Ummah Mega Haflah yang berlangsung setiap peserta dikenakan bayaran pendaftaran RM45. Manakala RM35 kepada hanya 100 peserta terawal yang mendaftar dalam tempoh ‘early bird’.

@festivalummah_megahaflah

#festivalummahmegahaflah

#festivalummah

#megahaflah

#bidadariberselawat

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com