Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

30 October 2023

SW Gitu-Gitu Sdn Berhad Kini Merchant Di O2O QR Smart Store

Saliva Walit merupakan air sarang burung keluaran SW Gitu-Gitu Sdn. Bhd.  kini boleh didapati di O2O QR Smart Store.

Saiful Apek atau nama sebenar beliau ialah Mohd Saifulazam bin Mohammed, 54, kini bergelar usahawan dan berkecimpung dalam bisnes produk air sarang burung Saliva Walit.

“Saya bukan rambang mata bab nak jadi peniaga dan bukan suka-suka nak cagar nama dan bersubahat hanya untuk duit,” ulas Saiful atau lebih mesra disapa 'Apek' ketika ditemui pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama bersama syarikatnya SW Gitu-Gitu Sdn. Bhd. dengan PanPay Holdings Sdn. Bhd., QMis Richwood Pay dan O2O QR Smart Store di Bandar Baru Nilai baru-baru ini.

Majlis menandatangani perjanjian kerjasama syarikat SW Gitu-Gitu Sdn. Bhd. dengan PanPay Holdings Sdn. Bhd., QMis Richwood Pay dan O2O QR Smart Store

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Richwood Ventures Bhd, Datuk Dr Mazlan Ahmad (duduk)  Pengasas SW Gitu-Gitu Sdn Bhd, Noor Azian Mohamed (tiga dari kanan) dan Perunding Kanan Richwood Ventures Berhad, Dr. Mohd Naszri Johari (kiri) dan ramai lagi pengurusan tertinggi syarikat serta para usahawan.

Majlis turut menyaksikan penyerahan geran PanPay Holdings berjumlah RM10,000 kepada Saiful Apek sebagai pengasas bersama SW Gitu-Gitu Sdn. Bhd.

Saiful Apek teruja menerima geran tersebut dan akan memanfaatkan sepenuhnya geran yang diterima ke arah mempertingkat dan meluaskan lagi pasaran produk sarang burung Walit yang diusahakannya itu.

Menurut Saiful Apek, perjanjian yang ditandatangani membenarkan produk sarang burung ‘Saliva Walit’ dijual di 16 rantaian kedai O2O QR Smartstore seluruh negara pada harga mampu milik.

“Produk sarang burung Walit lazimnya terkenal sebagai perniagaanq yang diterajui kaum Cina dan saya melihat potensinya malah kesannya terhadap penyembuhan penyakit apatah lagi diusahakan pula oleh seorang wanita Bumiputera,  saya terus tertarik untuk bersama dalam perniagaan ini,” cerita Apek panjang lebar tentang puncanya beliau tertarik hati untuk menjadi pengasas bersama Saliva Walit.

Berkongsi lanjut, katanya, sebelum mengambil keputusan mengusahakan perniagaan Saliva Walit beliau sendiri ingin mencuba terlebih dahulu.

“Masalah saya lutut sakit bukan sebab naik tangga tetapi turun tangga. Selepas diperkenalkan kepada produk Saliva Walit, sakit yang dialami lega dalam masa hampir tiga bulan setelah meminumnya,” jelas ‘Apek’ menceritakan kenapa beliau bersetuju terlibat dalam perniagaan produk sarang burung.

Kini dengan mengembangkan produk dalam pasaran melalui O2O QR Smart Store, beliau yakin niat syarikat yang bukan semata-mata untuk meraih keuntungan tetapi membantu pesakit kembali sihat menjadi fokus utama syarikatnya.

Dengan matlamatnya untuk membasmi kemiskinan, beliau percaya penjualan di O2O QR Smart Store dapat membantu pengguna menikmati khasiat produk pada harga mampu milik selain bertindak sebagai ejen jualan.

“Seperti yang anda maklum, bisnes sarang burung dimonopoli oleh bangsa Cina dan disebabkan oleh proses menghasilkan air liur burung Walit memakan belanja tinggi sudah tentu harga jualannya mahal. Tetapi melalui jualan di O2O Smartstore kami menawarkan harga mampu milik agar membantu mereka yang kepingan produk berkhasiat ini mampu membelinya,” jelas 'Apek'.

Sumbangan RM2,000 turut diberikan kepada Pusat Jagaan Warga Tua SRA dari Persatuan Zon Ekonomi Perdagangan Pelaburan Asia Pasifik atau ASIAPEZ Association.

Sumbangan turut diberikan kepada Pusat Jagaan Warga Tua SRA dari Persatuan Zon Ekonomi Perdagangan Pelaburan Asia Pasifik atau ASIAPEZ Association

Untuk makluman, O2O QR Smart Store kini melangkah lebih maju dengan memperkenalkan perniagaan “online to offline” berkonsepkan perniagaan peruncitan wakaf yang  membuka peluang kepada usahawan untuk mempamerkan dan menjual produk mereka di dalam kedai fizikal. Sebelum ini produk usahawan IKS hanya dipasarkan secara online, kini pelanggan boleh ke kedai fizikal untuk mendapatkan barangan IKS ini.

O2O QR Smart Store di Bandar Baru Nilai

“Syarikat  menyediakan ruang sejumlah 30% dalam kedai kepada usahawan tanpa sewaan (listing fees),” sambung Dr Mazlan Ahmad.

Menurutnya, selain daripada meletakkan produk di dalam O2O QR Smart Store, pihaknya memperkenalkan QR-Pay yang  menyediakan perkhidmatan pembayaran dalam talian (e-walllet) yang mana konsep pembayaran dalam talian ini merupakan satu-satunya konsep peluang yang baru diperkenalkan pada dunia. 

QR-Pay adalah system pembayaran dalam talian yang telah berada di pasaran sejak setahun yang lalu, dan setakat ini sudah lebih 30k (tiga puluh ribu) pengguna (user) yang telah download aplikasi tersebut. 

“Jumlah deposit pengguna yang menggunakan e-wallet QR-Pay atau kami gelarkan Super Apps kini telah melebihi RM32juta setakat 4 bulan lepas. Lebih menyeronokkan applikasi ini menyediakan konsep cash rebate kepada masyarakat amnya,” tambah Dr. Mazlan sambil memaklumkan PanPay Holdings Sdn Bhd pula adalah syarikat yang mempunyai lesen dibawah Akta 500 daripada KPDNHEP yang menyediakan satu program iaitu Program Pembagunan Usahawan Wakaf. 

Jelas Dr. Mazlan, program tersebut telah berjaya menukar landskap kewangan kepada usahawan di Malaysia waima ada simpanan KWSP untuk setiap ahli di syarikat PanPay. 

Program ini juga menyediakan GERAN untuk setiap program keusahawanan di seluruh Malaysia,” tambahnya.

Sementara itu, Noor Azian Mohamed atau lebih mesra disapa Puan Azie yang bertanggungjawab terhadap proses pengeluaran Saliva Walit memberitahu, berpandukan pada slogan, ‘Keaslian Keutamaan Kami’, keputusan syarikatnya untuk memasarkan produknya ke dalam kedai O2O QR Smart Store dengan niat untuk membantu orang ramai yang mengalami masalah kesihatan.

Puan Noor Azian Mohamed dan Saiful Apek bersama produk Saliva Walit keluaran mereka

Memperlihatkan beberapa testimoni yang disimpan dalam telefon bimbitnya di mana pesakit-pesakit yang mengamalkan minuman Saliva Walit sudah boleh bangun duduk membuatkan dirinya rasa puas dan bersemangat untuk meneruskan perniagaan yang diusahakan dengan modal sendiri itu.

“Selama ini ada pesakit yang terbaring sahaja tetapi setelah minum air sarang burung Saliva Walit mereka dah boleh bangun dan duduk,” Puan Azie bercerita panjang.

Menurut beliau dengan menurunkan harga jualan serendah RM10 untuk sebotol Saliva Walit dalam kandungan 100 ml dengan mengekalkan kualitinya dapatlah pengguna membelinya.

“Ada beberapa jenis Saliva Walit yang kami bekalkan, jika lebih pekat lebih baik untuk pesakit kronik dan itu pun dijual murah pada harga RM125 sebotol sahaja berbanding harga pasaran yang mencecah ratusan ringgit tetapi kandungan sarang burungnya sedikit dan lebih dipenuhi dengan air,” akhiri Puan Azie yang turut mendukung hasrat rakan kongsinya, Saiful Apek  untuk membasmi kemiskinan dan membantu golongan orang susah.

Dalam pada itu, penglibatan SW Gitu-Gitu sebagai ‘merchant’  antara lainnya tertarik dengan sistem perniagaan yang diamalkan PanPay Holdings.

Untuk rekod, program terbabit berjaya menukar landskap kewangan kepada usahawan yang telah mengikutinya waima program yang satu-satunya di Malaysia ini mempunyai simpanan KWSP untuk setiap ahlinya dan paling utama menyediakan geran untuk setiap program keusahawan di seluruh Malaysia sebagaimana yang diterima Saiful Apek.

"Ini merupakan salah satu konsep WAKAF yang diperkenalkan oleh syarikat,” sambung  Dr. Mohd Naszri Johari mengakhiri bicara ketika sesi temubual berlangsung.

Untuk butiran lanjut berhubung konsep perniagaan yang diketengahkan boleh layari laman sosial facebook O2O QR Smart Store atau PanPay Holdings Sdn Bhd.

#SalivaWalit #O2OQRSmartStore #PanPayHoldings #SaifulApek #SarangBurung #SWGituGitu

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com