Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

12 March 2024

Malaysia International Machinery Fair (MIMF) 35 Perkenalkan 5 Tema Teknologi Tinggi Terbaru

Pra pelancaran Malaysia International Machinery Fair (MIMF) yang ke-35 telah berlangsung di MITEC dengan kehadiran persatuan dan juga ahli korporat dari gabungan negara Malaysia dan China.

Malaysia International Machinery Fair (MIMF) 35 Perkenalkan 5 Tema Teknologi Tinggi

Sempena 50 tahun jalinan usahasama negara Malaysia dan China dalam sektor perdagangan menampilkan pelbagai industri baharu dengan teknologi baharu.

Pameran dan forum MIMF ke 35 yang bakal berlangsung pada 11-13 Julai 2023 menarik para usahawan dari Malaysia, Brunei, Singapura dan China untuk memiliki teknologi terkini yang mampu meningkatkan pengeluaran produk mereka pada masa depan.


5 Teknologi Tinggi Baharu yang bakal dipamerkan antaranya:

1. Teknologi Baharu

2. Teknik Baharu

3. Pasaran Ekonomi Baharu

4. Material Baharu

5. Produk Baharu

5 Kategori Khusus Teknologi Baharu

1. Penggunaan teknologi pintar yang mengetengahkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pengoperasian mesin pembungkusan, penimbang, pembuatan dan sebagainya.

2. LED-Light Malaysia. Kategori ini menampilkan pameran LED yang terdiri dari papan pemuka LED, fasad LED dan peralatan fotografi.

3. My-Plas. Pameran berasaskan acuan dan plastik dalam pembuatan makanan dan pelbagai.

4. My-Pack Pro. Pameran mengenai mesin pembungkusan, pembuatan label dan pemotongan.

5. My-Bakery. Kelengkapan teknologi bakeri termasuklah mesin pembancuh, mesin pengadun, mesin penyahidrat dan lain-lain.

Dato' Chong Chong Tik, Presiden Malaysia Promas International Business Society (PROMAS)

MIMF kali ini mensasarkan sebanyak 72% pempamer luar negara terutama dari China, Hong Kong, Taiwan, Thailand, Singapura dan banyak lagi.

Manakala 28% terdiri daripada usahawan dan pameran dalam negara yang dibawakan oleh Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM).

Kelebihan MIMF

1. Jangkaan pengungjung sebanyak 7000+ dari pelbagai kelas profession

2. Penyertaan lebih 100 dewan perniagaan Malaysia dan China

3. Mendapat sokongan kerajaan Malaysia

4. Memperluas jaringan perniagaan 

5. Informasi yang tepat dan meluas untuk pengunjung

Sokongan dari Dewan Perniagaan Malaysia

Penganjuran MIMF melalui Malaysia China International Trade Link Association (MACITA) dengan sokongan Malaysia External Trade Development Corporation (MATRED), Federation of Malaysian Business Associations, Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM), Malaysia Promas International Business Society (PROMAS) dan banyak lagi.

Orang ramai terutama pemain industri dan usahawan digalakkan hadir ke pameran MIMF ini bagi mendapatkan teknologi baharu dari 5 aspek tersebut.

Malaysia International Machinery Fair (MIMF) yang ke-35 bakal berlangsung pada:

Tarikh: 11 hingga 13 Julai 2024

Lokasi: Hall 1,2,3,4,5 dan 6 MITEC

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com