DEWAN Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia atau kini lebih dikenali sebagai DPUM meraikan 40 usahawan termasuk 10 agensi kerajaan dalam sebuah majlis penghargaan yang berlangsung baru-baru ini.
‘Malam 1000 Kenangan Jasamu Di Kenang’ diadakan di Hotel Grand Barakah, Ampang mengumpulkan para usahawan dari pelbagai bangsa seluruh negara serta agensi yang telah banyak membantu DPUM terdiri dari MITI, MARA, ANGKASA, SME Bank, TEKUN, FAMA, SIRIM, PERNAS, MATRADE, PERKESO dan MOTAC.
Penerima anugerah DPUM Gambar ihsan, farizasaidin.com |
Syarikat Excell Way Worldwide Sdn Bhd menerima Anugerah Usahawan Kilang GMP Terbaik dan SHRF Food Industries Sdn Bhd., menerima Anugerah Food Industri Korporat Terbaik.
“Sejak DPUM bermula pada 2013 lalu kami banyak melahirkan usahawan-usahawan berjaya walau pun tanpa sebarang bantuan atau geran daripada Kerajaan,” ujar Presiden DPUM, Datuk Seri Abu Hassan Mohd Nor.
Hasrat Datuk Seri Abu Hassan untuk melihat ahli usahawannya berjaya membuatkan beliau bertekad untuk membantu usahawan melalui DPUM ini. Di dalam dewan ini para usahawan turut bersama membantu antara satu sama lain sehingga berjaya memasarkan produk masing-masing di luar negara.
Presiden DPUM, Datuk Seri Abu Hassan Mohd Nor |
Objektif penganjuran Malam 1000 Kenangan yang julung kali diadakan DPUM bukan sahaja untuk menghargai ahli-ahli usahawan yang telah berjaya sejak DPUM ditubuhkan tetapi juga merupakan 'serampang dua mata' dalam usaha menarik ahli-ahli baharu. “Sehingga hari ini DPUM mempunyai 15,000 ahli-ahli yang aktif terdiri dari kalangan usahawan Melayu tempatan dan usahawan-usahawan dari Indonesia, China dan Thailand,” ujar Datuk Seri Abu Hasan ketika ditemui.
Beliau mengalu-alukan para usahawan kecil mahupun yang sudah berjaya menyertai DPUM sebagai platfom ke arah perniagaan yang lebih global.
“Ramai artis popular yang kini menceburi bidang perniagaan seperti Haqiem Rusli, Ogy Ahmad Daud serta artis veteran seperti Abon dan ramai lagi turut menjadi ahli DPUM. Yuran keahlian biasa cuma RM150 setahun manakala untuk usahawan Korporat adalah RM500 setahun.,” tambah Datuk Seri Abu Hassan.
“Konsep kami adalah saling bantu-membantu apabila seorang usahawan menghadapi masalah kerana kami bukan pertubuhan yang mendapat bantuan kewangan bulanan. Cara kami membantu adalah dengan merapatkan hubungan usahawan dengan agensi-agensi kerajaan yang mereka sukar berhubung kecuali melalui DPUM di mana saya sendiri yang akan tampil sebagai ‘orang tengah’,” jelas Datuk Seri Abu Hasan jujur sambil memberitahu bakal membuat sebuah studio tiga tingkat di mana pihaknya akan menyediakan khidmat pembuatan jingle untuk korporat dan sebagainya untuk disiarkan melalui saluran mytvusahawan yang akan diterbitkan secara dalam talian.
Turut hadir memeriahkan majlis yang juga tetamu Kehormat Dr. Raja Putra Shah dari RHEA Corporation Sdn Bhd, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU, Dato Norman Abdul Halim, Pengarah Urusan Sharifah Food Industries Sdn Bhd, Hajah Rohani Borhan dan Pengarah Urusan Excell Way Worldwide Sdn Bhd., Desmond Hiew.“Kami sentiasa melaksanakan program bimbingan kepada golongan usahawan bagi membantu mereka berjaya sekali gus menghasilkan produk berkualiti dari aspek pembungkusan dan rangkaian perniagaan agar dapat menembusi pasaran global,” tambahnya.
Pada Majlis Malam 1000 Kenangan yang berlangsung, turut dipamerkan beberapa gerai usahawan berjaya antaranya produk jenama Sharifah yang menghasilkan pes dan makanan segera dalam pek mahu pun produk jenama Harumanis serta gerai teh tarik.
Menariknya, selain persembahan daripada artis-artis baru dan lama seperti Haqiem Rusli, Dato Malek Redzuan, Keena Mentor dan Herman Tino turut dipersembahkan sketsa drama pendek yang menceritakan secara ringkas perjalanan seorang usahawan kecil yang hampir gagal tetapi diselamatkan oleh DPUM sehingga berjaya ke tahap antarabangsa, lakonan anak-anak dari DPUM.Untuk maklumat lanjut mengenai DPUM boleh lawati laman web atau platform sosial media @dpukm atau terus ke pejabat di 30-2 Jalan Usahawan, Setapak, Kuala Lumpur.
#DPUM #dewanperniagaanusahawanmalaysia
0 comments:
Post a Comment