Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

04 March 2024

Set The Forgers SPYxFAMILY Kini Boleh Didapati Di Semua Stor Guardian

Para pelanggan guardian kini berpeluang untuk mendapatkan set koleksi SPYxFAMILY terakhir, set The Forgers, untuk melengkapkan kesemua set koleksi eksklusif istimewa SPYxFAMILY guardian mereka.

Set The Forgers SPYxFAMILY kini boleh didapati di Guardian

Set pek kotak The Forgers boleh dibeli mulai 28 Februari 2024 dan ia mengandungi satu buku nota lingkaran, 10 keping pelekat kad lipatan, dan satu poster Lentikular 3D berbingkai hitam. Dijual pada harga RM129, pelanggan boleh mendapatkan set The Forgers dengan membeli barangan bernilai RM20 daripada jenama yang mengambil bahagian seperti Aiken, Bio Essence, Lóreal Dermo-Expertise, Eucerin, Garnier, Lóreal, Maybelline, Nivea Skin, dan Sunsilk, atau RM50 untuk pembelian mana-mana jenama lain dalam satu resit.

Barangan koleksi eksklusif guardian ini adalah berdasarkan siri manga terlaris di Jepun dan siri televisyen adaptasi anime, SPYxFAMILY, yang ditulis dan dilukis oleh Tatsuya Endo. Ia mengisahkan tentang misi penyamaran seorang pengintip yang berkahwin dan mengambil anak angkat sebagai sebahagian daripada usaha penyamarannya, tanpa menyedari bahawa anak angkatnya itu memiliki kuasa telepati dan wanita yang dikahwininya pula ialah pembunuh upahan yang handal. Ketiga-tiga mereka perlu berusaha untuk kekal bersama

SPYxFAMILY telah dipilih sebagai Komik Web Paling Popular Nombor 1 pada 2019 dan ia telah mencecah 480 juta tontonan pada Ogos 2022. Menjelang Disember 2023, SPYxFAMILY mencapai lebih 34 juta edaran, menjadikannya salah satu siri manga terlaris di pasaran. 

Jennifer Wong, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Korporat dan Acara, guardian Malaysia, menyatakan keterujaan beliau berkata, “Kami sangat teruja untuk menawarkan EMPAT set barangan koleksi daripada siri manga dan anime SPYxFAMILY.”

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk mengumpul barangan koleksi edisi terhad hebat daripada salah satu siri manga dan anime paling popular pernah dihasilkan di Jepun ini. Segeralah berkunjung ke stor Guardian berdekatan anda untuk mendapatkan set koleksi anda sebelum terlambat!

Facebook: @guardianmy 

Instagram: @guardianmy 

YouTube: @guardian MY

Telegram:  @guardianMY

#GuardianMYApp

#guardianMy

#guardianspyxfamily


0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com