Pusat Pengagihan Bukit Raja Baharu Pacu Kecekapan, Mempertingkatkan Pengalaman Pengguna
SPX Express (SPX), rakan logistik dipercayai Shopee meraikan kenaikan prestasi kecekapan e-dagang seluruh negara dengan pembukaan Pusat Pengagihan Bukit Raja baharu di Klang, Selangor. Sejak Januari 2024, SPX telah mencapai penambahbaikan 30% dalam waktu penghantaran terhadap bungkusan yang dihantar dari kawasan Lembah Klang ke luar Lembah Klang. SPX berterusan menambah baik keseluruhan rangkaian logistik di seluruh Malaysia; 50% pelanggan kini boleh menerima pesanan mereka dalam masa tidak lebih tiga hari.
Pusat Pengagihan SPX Express di Bukit Raja |
“Pusat Pengagihan Bukit Raja menunjukkan perkembangan penting dalam kebolehan perkhidmatan SPX Express dalam sektor e-dagang. Pelaburan strategik ini membolehkan kami untuk meningkatkan tawaran nilai buat vendor e-dagang, terutamanya mereka yang beroperasi di luar kawasan Lembah Klang. Dengan sistem gudang dan pengurusan pengagihan terbaik, kami telah menyaksikan penambahbaikan berkali ganda dalam efisiensi pengendalian. Melihat ke depan, kami komited untuk melakukan penambahbaikan berterusan dan merancang untuk mengintegrasikan teknologi canggih di pusat-pusat operasi kami sepanjang tahun, agar kami boleh mencapai kapasiti operasi 1.5 juta bungkusan pada akhir tahun,” kata Cheah Lee Sun, Ketua SPX Express Malaysia.
Cheah Lee Sun, Ketua SPX Express Malaysia |
Rangkaian logistik teguh SPX membawakan perkhidmatan sama rata buat perniagaan-perniagaan di Malaysia. Penjual kecil-kecilan, jenama bebas, dan pelanggan seluruh negara boleh menikmati penghantaran boleh dipercayai, mampu milik, dan efisien, hasil teknologi dalaman SPX dan pasukan kurier dan pengagih (sorter) berdedikasi. Ini memperkasakan usahawan untuk mencapai perkembangan mampan, dipacu oleh purata waktu penghantaran yang lebih pantas buat pesanan e-dagang mereka.
SPX menyokong keterangkuman di tempat kerja sejak 2021. Dengan melancarkan program inovatif, SPX memperkasakan pasukan mereka - dari pekerja fasiliti ke penyelia pasukan - untuk mencapai keseimbangan kerja dan kehidupan, dan memupuk semangat kuat berkomuniti. Pembukaan Pusat Pengagihan Bukit Raja telah menjana 400 pekerjaan sepenuh masa dan separuh masa baharu buat individu di negeri Selangor. Pelaburan ketara ini mencipta peluang buat rakyat Malaysia untuk meningkatkan taraf hidup dan memberi kembali kepada komuniti tempatan.
0 comments:
Post a Comment