Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

16 July 2024

Love is in the Hair: Sentiasa Jelita. Rangkaian Penjagaan Rambut Terpilih Guardian

30% rakyat Malaysia secara aktif mencari penyelesaian rambut di media sosial

Tahun lalu, 30% daripada rakyat Malaysia secara aktif mencari apa yang baik dan tidak baik untuk rambut mereka di laman media sosial seperti TikTok, Youtube, Facebook dan Instagram. Malah, data daripada Google menunjukkan bahawa rakyat Malaysia telah melakukan carian dalam talian untuk mencari punca dan rawatan untuk masalah rambut mereka, di mana sebahagian besar carian tersebut adalah berkenaan keguguran rambut, masalah kelemumur dan kerengsaan kulit kepala.

“Dengan lautan maklumat di internet dan media sosial, dan pelbagai pendapat individu yang berbeza, seseorang boleh menjadi bingung untuk cuba mengenal pasti punca sebenar masalah rambut dan kemungkinan penyelesaian yang terbaik untuk mereka,” kata Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia
Oleh sebab inilah, Guardian Malaysia mendedikasikan bulan Julai 2024 ini untuk segalanya berkaitan ‘mahkota’ setiap insan, dengan kempen Love is in the Hair yang bermula hari ini hingga hujung bulan.  

Melalui kempen ini, Guardian komited untuk menjadi kurator utama jenama, produk dan penyelesaian terbaik untuk penjagaan rambut pelanggan. Dengan barisan jenama terpilih yang merangkumi kategori Anti Rambut Gugur, Penjagaan Kulit Kepala, Warna Rambut dan Kecantikan Rambut, guardian menyediakan langkah pencegahan yang tepat dalam mengatasi masalah rambut gugur, rawatan yang disesuaikan untuk masalah kulit kepala, pilihan warna rambut yang menarik, atau produk penjagaan kecantikan rambut yang mewah. Dengan koleksi jenama berkualiti tinggi yang dipilih susun dengan teliti, guardian ialah destinasi sehenti untuk semua keperluan penjagaan rambut.  

Bagi memulakan kempen ini, satu sesi previu khas jenama dan pakar yang dipilih susun untuk mengatasi pelbagai masalah rambut untuk rakan-rakan media dan pempengaruh telah diadakan di Pusat Membeli-Belah Tropicana Gardens.

Ia merupakan sebuah acara pengalaman deria dimana para tetamu boleh bertanya mengenai masalah utama rambut mereka seperti rambut gugur dan penjagaan kulit kepala, cara memilih warna rambut yang betul serta cara mengekalkan rambut yang sihat kepada pakar-pakar penjagaan rambut di acara tersebut.

Semua tetamu kemudiannya berpeluang mengalami sendiri rangkaian penyelesaian penjagaan rambut yang telah dipilih susun oleh guardian, yang menggunakan bahan-bahan terkini seperti hyaluron, kafein, dan banyak lagi, melalui sesi cucian, rawatan dan dandanan rambut yang menyegarkan, memberikan penampilan yang berseri dan berbeza di penghujung acara.   

“Selain memastikan masalah rambut mereka diselesaikan oleh pakar yang berkelayakan, para tetamu juga dapat mencuba sendiri jenama-jenama penjagaan rambut yang telah kami pilih susun. Hasilnya, mereka berasa cantik dan tampil berkeyakinan dengan penampilan baru mereka,” tambah Anna Ng.

Kepakaran tersendiri Guardian tentang penjagaan rambut akan ditawarkan kepada orang ramai mulai hari ini (10 Julai) hingga 28 Julai 2024 di beberapa lokasi di seluruh Lembah Klang. Pelbagai aktiviti menarik melibatkan jenama penjagaan rambut terkenal terpilih akan berlangsung di Suria KLCC dan Mid Valley Megamall dalam beberapa minggu akan datang, dengan acara kemuncak ‘hair playground’ dijadualkan bermula pada 23 Julai hingga 28 Julai di IOI City Mall, Putrajaya.

“Acara ‘hair playground’ bakal menjadi acara berskala besar dengan pelbagai aktiviti hebat seperti pemeriksaan kulit kepala, khidmat nasihat, pertandingan dandanan   rambut dan warna rambut serta pertunjukan fesyen rambut. Ia adalah acara kemuncak kempen selama sebulan Love is in the Hair kami. Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi acara ruang legar selama seminggu ini, yang bertempat di IOI City Mall,” jelas Anna Ng.

Jenama-jenama yang mengambil bahagian dalam kempen Love is in the Hair ialah  are Aussie, Clear, Garnier, Head&Shoulders, Kundal, L’oreal, Liese, Revlon, Ryo, Sunsilk, mise-en-scene dan 50 Megumi.


“Kami berterima kasih kepada semua rakan-rakan kongsi jenama di atas sokongan mereka dalam menjayakan kempen ini. Dari akar hingga ke hujung rambut, kami di guardian mempunyai salah satu rangkaian penyelesaian penjagaan rambut terpilih yang terluas di Malaysia, untuk membantu anda tampil berseri pada setiap detik kehidupan seharian anda!” kata Anna Ng mengakhiri. 

Facebook: @guardianmy

Instagram: @guardianmy

YouTube: @guardian MY

Telegram:  @guardianMY

#LoveIsInTheHair

#guardianMy

#guardianMalaysia

#haircare

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com