Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

17 June 2019

NK Fashion Week Membuka Peluang Pereka Fesyen Tempatan Menampilkan Koleksi Mereka Di Tengah Kota Raya London

Bagi penggiat fesyen di Malaysia, jika mereka dapat menyertai acara fesyen yang diadakan di luar negara ia dapat menaikkan nama mereka sekaligus dapat memperkenalkan rekaan mereka di peringkat antarabangsa.


Norish Kareem yang merupakan pengasas  kepada Norish Kareem Couture, Norish Kareem Cosmetics dan Norish Kareem London akan menganjurkan acara fesyen antarabangsa iaitu NK Fashion Week (NKFW) pada September ini.

Dianjurkan oleh Norish Kareem London, acara ini akan disertai oleh beberapa pereka Malaysia iaitu Fana Couture, Lila Majnun, Angie Jewels & Co., Ummiriaz International, Mimi Wahida dan beberapa pereka lain dari dalam dan luar Negara.

Fashion week ini akan berkolaberasi dengan strategic partner iaitu MATRADE (Malaysia Ministry of Trade). NKLFW ini dijangka akan diadakan di tengah-tengah kota London dan dihadiri oleh penggiat fesyen dari seluruh negara. Ini adalah minggu acara fesyen yang julung kali dianjurkan oleh pihak Norish Kareem. Kami berharap ia akan berjalan lancar dengan sokongan dari semua pihak.

Gabungan batik dan songket menjadi pilihan Lila Majnun untuk diketengahkan.


Norish Kareem berhasrat untuk mengetengahkan pereka Malaysia di pentas dunia dan memberi mereka pendedahan kepada industri fesyen antarabangsa. Norish Kareem juga menyediakan ruang placement di butik Norish Kareem London untuk pereka di seluruh dunia  mempamerkan jenama mereka di Kota London dan sekaligus menembusi pasaran UK dan Eropah. Ia tidak terhad hanya pada pakaian malah kosmetik dan aksesori.

Corak abstrak menjadi pilihan Mimi Wahida


NKFW juga di jangka akan diadakan di Doha, Qatar pada November ini berkoleberasi dengan agensi kerajaan Qatar. Norish Kareem berharap untuk menjadikan label NKFW sebagai satu organiser fashion antarabangsa yang mengadakan fashion week di pusat fashion dunia seperti London, Doha, New York, Paris dan Dubai.

Rekaan dari Norish Kareem


"Bukan mudah sesebuah jenama untuk menembusi pasaran antarabangsa contohnya di Kota London kerana saya pernah merasainya. Oleh itu, salah satu sumbangan saya kepada dunia fashion adalah memberi peluang kepada designer2 yang ingin menempatkan koleksi mereka di tengah2 kota London. Saya memberi keutamaan kepada designer Malaysia yang ingin pergi ke peringkat Global dan yakin terhadap jenama mereka" - Norish Kareem

Semoga semua pereka fesyen dapat merebut peluang ini tanda sokongan kepada industri fesyen tempatan.

Designer-designer yang berminat menyertai NK Fashion Week boleh menghubungi di email sales@norishkareem.com.

Website : www.norishkareem.com

Ig : norishkareemlondon_official

Ig : norishkareemfashionweek
Read More

13 June 2019

PETUA MUDAH DI DAPUR GUNA JE REMPAH RATUS MAK SITI

Dinihari pulang bekerja dah lewat walaupun menaiki pengangkutan awam, sampai kat rumah dah lapar. Takde masa nak tumbuk bahan sendiri. Cara Mudah, Qiss guna je rempah ratus Mak Siti.

Selalu hujung minggu Qiss akan ke pasaraya terdekat untuk membeli-belah barang dapur.  Bila dah beli barang dapur tu, Qiss beli juga rempah ratus Mak Siti sebab nak tumbuk sendiri memang ambil masa kan. Dengan adanya rempah ratus Mak Siti ni, kerja memasak kat dapur jadi lebih mudah.



Beli paket besar je terus


Resepi di belakang pek

Bagi yang jarang masak mesti lupa bahan memasak yang kena ada dalam masakan. Korang tengok je belakang pek ni. Ada resepi tau. Mudah kan?


Penubuhan

Pada awalnya Mak Siti ditubuhkan untuk menyara keluarga pada ketika itu secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan sekeluarga. Berkat usaha dan pengedaran yang pada masa itu dibuat di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil akhirnya Mak Siti dikenali.

40 tahun dalam pasaran, Rempah Mak Siti memang sangat terkenal di Johor Bharu. Produk yang ‘wajib’ ada didalam dapur rumah ini menjadi kesukaan ramai kerana kelainan rasanya yang bebas dari penggunaan perasa, pewarna dan juga pengawet.


Kemunculan resepi turun temurun yang asli ini sebenarnya ada jalan cerita, pahit manis buat  Puan Siti Khawa Jannah dan suaminya Tuan Mohd Hafizan Yusoff yang menyambung legasi perniagaan keluarganya.

Puan Siti dulu selalu tertekan kerana di bahunya terpikul harapan dan beban untuk memajukan bisnes keluarga sedangkan beliau tidak mempunyai pengalaman. Selepas beliau habis belajar dan terjun dalam dunia bisnes keluarga, keadaan bisnesnya adalah tidak tentu arah. Berlaku penyelewengan di kalangan pekerja dan ramai pekerja yang tidak percaya kemampuannya.

Meneruskan bisnes yang dah bertapak sejak turun temurun bukan satu tugas yang mudah lagi-lagi nak pastikan perniagaannya akan terus bertahan dan menjadi legasi satu hari nanti.
Sampai satu tahap beliau rasakan yang sales dah stagnant, tidak ada perubahan dan beliau anggap pasaran dah mula tepu dan tiada lagi masa depan untuk perniagaannya di Malaysia.


Puan Siti Khawa Jannah Nasuha yang merupakan Pengurus Besar Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah membuat pembaharuan serta penjenamaan baru rempah ratus MAK SITI daripada paket biasa sehingga sekarang diperkenalkan rempah ratus di dalam botol.

Rempah Mak Siti adalah produk yang semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sesuai bagi vegetarians.

Produk utama adalah Serbuk rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan, Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Punjut, Sup Soto dan Raja Sup. Kini produk rempah ratus Mak Siti ada dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket (TESCO, Giant, Aeon Big, JUSCO dan Mydin).

Penggemar rempah ratus Mak Siti

Syarikat kini mempelbagaikan lagi jenis produk dengan menghasilkan produk rempah dalam botol seperti Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit. Produk-produk ini telah mula diperkenalkan semasa Expo MIHAS 2017 baru-baru ini dan  mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Pengalaman

Sebelum meneruskan legasi keluarga, Siti Khawa menimba pengalaman kerja daripada bawah. Siti Khawa pernah menimba pengalaman bekerja sebagai pelayan restoran, juga sebagai kerani di sebuah firma audit dan perakaunan.

Setelah itu, Siti Khawa diberi mandat oleh keluarganya untuk meneruskan legasi keluarga. Minat yang mendalam Siti Khawa dalam perniagaan sebenarnya timbul sejak kecil lagi. Semasa berumur sekitar 8-10 tahun, Siti Khawa telah mulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Siti Khawa tidak perasan akan minat tersebut sehinggalah pada masa itu, Siti Khawa berniaga air dan jajan di kawasan perumahan beliau. Perasaan berniaga pada masa itu hanyalah sekadar suka-suka.

Perniagaan kedua yang diceburi adalah apabila beliau cuba berniaga keronsang dan rantai tangan dan leher yang dibuat sendiri daripada manik yang dipelajari oleh seorang kenalan. Dan perniagaan ketiga adalah apabila beliau mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan sebagai seorang pustakawan kerana terdapat terlalu banyak buku yang dibaca beliau kemudian dipinjamkan kepada kawan-kawannya dimana pinjaman buku tersebut memerlukan deposit. Ketiga-tiga pernigaan tersebut dilalui semasa beliau di zaman sekolah rendah lagi.

Cabaran

Sewaktu mula-mula bekerja dengan Mak Siti adalah antara detik mencabar ketika itu. Beberapa situasi dimana pada ketika itu Siti Khawa masih muda dan mentah dalam selok belok ilmu perkilangan sehinggalah pengedaran. Antara cabaran lain pada ketika itu adalah untuk menjaga team yang rata-rata nya lebih matang daripada Siti Khawa pada ketika itu.

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan termasuklah penyelewengan oleh pekerja yang lebih matang daripada siti Khawa pada ketika itu yang melibatkan sejumlah amaun ratusan ribu ringgit. Walaubagaiamanapun, pengalaman- pengalaman ini yang mendewasakan siti Khawa. Atas sebab itu, siti Khawa bertekad untuk benar-benar mempelajari ilmu dan selok- belok perniagaan walau apa pun terjadi.

Persaingan produk bukanlah perkara utama Siti Khawa. Siti Khawa akan hanya fokus kepada pesaingan yang melibatkan diri sendiri iaitu “ adakah tahun ini kita buat lebih baik daripada tahun sebelumnya”.


Setiap kali apabila merasa mahu putus asa, sebenarnya di saat itulah saat yang kita patut bangkit dan melawan perasaan itu. Siti Khawa juga tidak gemar melayan perasaan sedih terlalu lama. “Sekiranya ada sesuatu cabaran berlaku, Siti Khawa yakin itu adalah proses pembelajaran untuk ke peringkat yang lebih baik dan seterusnya”ujarnya.

Perancangan mereka untuk 2019 adalah untuk memperluaskan lagi jenama Rempah Mak Siti ke seluruh negeri dan juga untuk memberi pendedahan kepada pengguna Mak Siti yang kini, mereka boleh peroleh produk Mak Siti di dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa.

Tonggak utama Puan Siti khawa semestilah ibu dan bapanya, ibu dan bapanya adalah seorang yang amat kuat bekerja dan berusaha dalam memperbaiki kehidupan. Ini adalah kerana pada asalnya keluarga ini bukanlah daripada kalangan keluarga orang berada. Tidak asing lagi bila diperkatakan perniagaan rempah ratus yang terkenal iaitu MAK SITI . Lebih 35 tahun perniagaan rempah ratus ini diusahakan oleh Pengasas Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Nasuha Kasin (Pengarah Urusan) dan Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah).



Kilang Mak Siti pada awalnya diusahakan di 2 lot rumah kedai sahaja. Diatas lot kedai tersebut dimana keluarga kecil ini meneruskan kehidupan sebagai peniaga. Tidak kenal erti siang dan malam kerana disulah perusahaan rempah dan disitulah juga tempat tinggal.



Pada tahun 2000, keluarga ini mengambil keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor apabila perniagaan mereka semakin berkembang. Disana sana mereka beroperasi di atas tanah seluas 3200 ekar. Di Muar tersebut pelbagai aktiviti dijalankan antaranya perladangan, pemprosesan rempah ratus sehinggalah pengedaran rempah ratus. Ladang ini juga penah dinobatkan sebagai Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 species rempah ratus dan herba.

Ladang dan kilang   terletak di Batu 12, Jalan Muar-Pagoh, Muar, Johor  yang merangkumi  kawasan seluas 3,200 ekar. Ladang ini juga telah mendapat pengiktirafan sebagai “ The Largest Herbs & Spices Plantation’ oleh The Malaysia Book of Records (MBR).

Restoran

Selain daripada mengusahakan ladang Rempah Ratus Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah) atau lebih dikenali sebagai Mak Siti juga mengusahakan sebuah restoran . “Melayu sememangnya terkenal dengan nilai dan elemen tradisional yang diwarisi dari zaman ke zaman. Bahan-bahan masakan yang sering digunakan seperti cili, serai, ketumbar, santan kelapa dan rempah ratus dilihat terus kekal hingga hari ini dan membuatkan rasa serta keenakannya tidak banyak berubah”.ujar Mak Siti

Walau apa cara sekali pun, masakan Melayu tetap dilihat sebagai antara masakan yang unik dan enak dengan gabungan rasa manis, pedas, masin dan masam. Jika ditanya rahsia keenakan masakan Melayu sudah tentu disebabkan rempah asli atau bahan asas yang segar.

Bagi Mak Siti, keistimewaan hidangan yang ditawarkan pihaknya terletak pada konsep masakan ibu yang disediakan oleh beliau sendiri.

Misalnya, kesemua hidangan yang disajikan di sini menghidangkan masakan Melayu tradisional yang pastinya berpatutan dengan harga yang ditawarkan.

Kami menawarkan lebih kurang 40 jenis masakan Melayu asli tanpa masakan gabungan (fusion Food) seperti yang ditawarkan di mana-mana restoran lain yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur.

Dari pelbagai variasi lauk-pauk seperti gulai sayur nangka, ikan bakar, pecal, sayur lodeh, daging masak lada hitam dan ulam pastinya membangkitkan selera mereka yang menggemari masakan Melayu asli.

Mak Siti berkata, restorannya ini mempunyai penggemarnya tersendiri. Bukan setakat orang Melayu, Cina malah pelancong asing juga berminat dan gemar pada masakan Melayu .

Seperkara lagi yang menarik tentang restoran ini ialah masakannya tidak menggunakan perasa tiruan seperti MSG. Sebaliknya, Mak Siti memilih untuk mempelbagaikan rempah dan herba Melayu asli daripada Rempah Ratus Mak Siti serta memastikan pemilihan bahan mentah seperti sayur, ikan, ayam, daging segar supaya kualiti keenakan masakan sentiasa terjamin.


Bahan-bahan yang digunakan dalam rempah ini terdiri daripada bahan yang segar dan bebas daripada sebarang bahan awet serta ejen pewarna. Dengan adanya rempah ratus yang dihasilkan menggunakan bahan segar dan dikisar menurut standard kualiti cukup tinggi, pastinya mudah untuk sesiapa menyediakan pelbagai resipi kegemaran di rumah tanpa perlu risau rasa masakan berubah daripada kebiasaan.

“Di sini, kami mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Pelanggan boleh memilih menu daripada pembuka selera, salad, sup, masakan laut dengan harga berpatutan. Kami juga menyediakan menu percubaan, iaitu hidangan dalam kuantiti kecil untuk tujuan rasa.

Dengan cara ini tetamu kami dapat merasa lebih keistimewaan dan membuat pilihan yang sesuai dengan cita rasa mereka,” ujar anak kelahiran Perak ini.

Kalau berkesempatan nak juga Qiss ke restoran Mak Siti ni boleh juga merasa hidangan menu di sana kan. Jadi korang yang bekerja seharian tu kalau nak masak, guna je rempah ratus Mak Siti ni. Lauk pauk bertambah sedap dan menjimatkan masa memasak.



FB Page : Rempah Ratus Mak Siti

IG : @rempahratusmaksiti

Website : http://www.maksiti.com

Whatsapp : 017-330 9330

Read More

SURIA KLCC FESTIVAL BORNEO ANTARABANGSA MERAIKAN KECEMERLANGAN SENI DAN BUDAYA BORNEO

Kalau tanya Qiss, pernah pergi Borneo tak? Mesti Qiss akan jawab tak pernah. Tapi memang betul pun tak pernah.

BORNEO adalah tanah yang kaya dengan kepelbagaian seni dan budaya, mempunyai  lebih daripada 50 kumpulan etnik dan sub-etnik yang hidup harmoni di pulau 743,330 kilometer persegi.

Walaupun tidak semua orang berpeluang melawat Borneo dan mengalami kesenian dan budaya pulau unik ini, Suria KLCC dengan kerjasama Persatuan Warisan Sabah & Sarawak Kuala Lumpur dan Selangor membawa Borneo kepada anda di Suria KLCC Centre Court dari 12 hingga 14 Jun 2019.


Ini adalah tahun ketiga Suria KLCC bekerjasama dengan persatuan itu melalui International Borneo Fest 2019. "Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada acara ini yang menggalakkan keharmonian dalam kepelbagaian etnik, tradisi, seni dan budaya di Borneo, khususnya di Sabah dan Sarawak. Sesetengah daripada kita mungkin tidak berpeluang untuk melawat Sabah dan Sarawak, maka Fest Borneo Antarabangsa 2019 adalah di sini untuk memberi mereka peluang untuk meneroka kedua-dua negeri, " kata Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC, Andrew Brien pada pelancaran Pesta Borneo Antarabangsa di Kuala Lumpur hari ini.


Pesta Borneo Antarabangsa telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat Tuan Haji Khalid Abdul Samad. Turut hadir ialah Pengerusi Suria KLCC Sdn Bhd, Datuk Hashim Wahir, Pengerusi dan penasihat Dr Lawrence John, Ketua Pegawai Operasi Suria KLCC, Francis Tan dan Suria KLCC Pengurus Besar, Ben Chong.

Acara utama Festival Antarabangsa Borneo ialah Anugerah Pereka Borneo dan Duta Besar Miss & Mister 2019. Pada tahun ini, 12 pereka berasaskan Sabah dan Sarawak akan mempamerkan koleksi eksklusif mereka dan mereka adalah Hardi Roman, Marcel Gatisi, Amythen Chiew Phin, Recheal Binti Paul , Joanna Jane, Dexter Dylen Dunstan, Ahmad Fikri Gompul, Lo Teck Hua, Melanie Dewok atau Bidayuh, Dorothy Anak James, Deasy Divinne Juanis dan Ahzwansyah Ahmad. Jangan lepaskan peluang untuk membeli koleksi eksklusif pereka ini yang hanya terdapat di Pesta Borneo Antarabangsa.




Sementara itu, Dr Lawrence berkata Festival Borneo Antarabangsa merupakan platform yang baik untuk pereka muda ini untuk mempamerkan koleksi mereka. Tiga (3) pereka terbaik akan diberi Peluang untuk memaparkan koleksi mereka di pesta terakhir Festival Antarabangsa Borneo yang akan diadakan di London menjelang akhir tahun ini. "Kami berharap pengalaman di London akan membantu membina keyakinan mereka untuk meneruskan usaha ke pasaran antarabangsa. Matlamat persatuan tidak terhad untuk mempromosikan seni dan budaya Borneo, tetapi juga untuk membangun bakat yang akan membesarkan bukan sahaja Borneo tetapi nama negara kita, " kata Dr Lawrence.




Selain anugerah pereka dan pelukis kecantikan, pembeli dan pelawat boleh menyertai cabaran makan "Sago cacing" dan ini kali pertama dianjurkan. "Sago cacing" atau "Butod" di kalangan penduduk tempatan di Borneo dianggap sebagai makanan istimewa dan sumber pendapatan utama bagi banyak isi rumah di masyarakat luar bandar. Ini protein tinggi, grub tinggi lemak boleh kering, panggang atau goreng. Korang boleh cuba makan semasa masih hidup. Rasa yang hidup itu digambarkan sebagai berkrim seperti toffee cair yang lembut tanpa sebarang kesilapan yang mungkin dikaitkan dengan larva makan. Oleh itu, jangan terlepas peluang untuk mengalami makan cacing Sago.



Kegiatan lain selama tiga (3) hari berlangsung termasuk demonstrasi tenunan keranjang dari suku Penan. Belajar seni bakul tenun dari Penans menggunakan jerami pine, willow, daun pandan, pandanus odoratissimus (mengkuang) dan rotan dari awal.

Sekiranya anda ingin mengalami hidup seperti Penan, kunjungi gerai Pelancongan Sarawak untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang homestay Penan. Suku kaum Penan baru-baru ini mula mengambil pengunjung.



Pembeli dan pelawat juga boleh menemui makanan dan minuman asli Sabah dan Sarawak seperti kek lapis, kue lada hitam, herba tradisional, kuah laksa Sarawak, wain beras dan beras organik berasas "Beras Wangi Keladi" yang ditanam hanya di Kampung Tambutuon, Kota Belud.





Terdapat juga beg dan aksesori yang diperbuat daripada manik, batu permata dan kayu. Kami juga telah merangkul persembahan kebudayaan sepanjang tiga (3) hari acara.





Untuk maklumat lebih lanjut mengenai International Borneo Fest 2019 dan jadual persembahan, layari www.suriaklcc.com.my
 FB: Suria KLCC
 IG: @suriaklccmall
Address: Kuala Lumpur City Centre, 50088, Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-2382 2828
Read More

29 May 2019

Shopping Baju Melayu Dan Baju Kurung Berkualiti Sempena Hari Raya Di BMO 1980

Oo..oh.. cantik berseri-seri,
Tua dan muda berpakaian serba baru.
Lagu raya dah berkumandang kat radio. Macam lupa sesuatu.. Alamak! Baju raya tak beli lagi.

Jadinya terus buat keputusan balik kerja awal lepas tu terus ajak satu keluarga shopping raya.

Alhamdulillah, akhirnya baju raya tahun ni dapat sedondon satu keluarga tau. Bukan apa, macam lama sangat tak berpakaian sedondon. Maklumlah ayah suka warna lain, umi suka warna lain, adik Qiss suka warna lain, Qiss pun suka warna lain. Haaa.. kalau dah gitu camna nak sedondon satu keluarga.

Satu keluarga sedondon memilih warna hijau

Membuat persiapan last minit untuk baju raya ni agak mencabar. Banyak saiz dah habis. Warna yang kita suka pula ada tapi tak ada saiz. Rasa nak menangis guling-guling kat kedai tu.


Jadi lepas terawih semalam, Qiss ajak ayah, umi dan adik ke BMO 1980 yang terletak di Taman Dagang, Ampang. Selalu dah dengar nama butik ni tapi belum berkesempatan nak ke sana. Bila sampai je depan butik.. wahhh banyaknya baju cantik-cantik. Mata terpukau dek pelbagai baju yang ada. Suka betul dengan design dan pattern baju yang ada kat butik ni.

Pelbagai pilihan warna, design dan setanjak

Kalau korang nak tahu, BMO ni singkatan bagi Baju Melayu Omar. Tapi dorang tak jual baju Melayu je. Dorang ada koleksi semua baju tradisional termasuklah tanjak dan capal.

Kebiasaan orang lelaki ni citarasa mereka berbeza, ada yang suka pakai kasut dan ada juga yang suka pakai capal. Sebab tu juga BMO turut menjual koleksi capal dan semuanya cantik dan berkualiti. Untuk capal kesemuanya ada lima warna.


Baju Melayu mereka ada pelbagai rekaan terkini seperti Baju Melayu Tenun Pahang, Baju Melayu Klasik saiz dewasa dan kanak-kanak dan eksklusif nya di BMO ada menjual setanjak atau panggilan lainnya ialah tengkolok. BMO 1980 turut  menjual kurta seperti Kurta Ima, Kurta Klasik dan Kurta Handstitch.

Pilih warna dan pilih design sekali

Antara produk yang dijual

Tasbih

Pernah ditemuramah secara eksklusif oleh Majalah Nona dan Karangkraf, BMO sememangnya menjadi pilihan pelanggan tetap mereka yang sememangnya memilih kain yang berkualiti serta jahitan yang kemas.


Kepelbagaian rekaan yang mengikut trend terkini membuatkan BMO lebih terkenal dalam kalangan belia yang mementingkan citarasa fesyen masa kini.

Membuat keputusan untuk memilih warna agak memeningkan. Sebab banyak betul pilihan warna yang ada.

Pilih warna kain yang korang suka

Baju Kurung kanak-kanak

Mujurlah kesemuanya sepakat memilih warna hijau.

BMO turut menjual Baju Kurung untuk pelanggan wanita. Terdapat beberapa rekaan seperti Baju Kurung Kedah , Baju Kurung Tenun Pahang dan Baju Kurung Moden dengan perincian lace (Kurung Mawar Top Lace). Kesemuanya cantik-cantik sampai tak tahu nak pilih design yang mana satu.

Pilih warna sedondon tak mudah ye


KHIDMAT ALTERATION ON THE SPOT

Korang janganlah tanya berapa jam kitaorang sekeluarga dalam kedai tu. Lama tau tak..hahaha Kitaorang cuba baju sampai puas hati tau. Yelah, kalau tak cuba kita tak tahu apa yang tak kena dengan baju tu kan. Yang bagusnya kat BMO ni mereka menyediakan khidmat alteration untuk memendekkan kain, kaki seluar on the spot kecuali kalau ada alteration yang rumit memang kena bagi masa sehari dua untuk disiapkan.



BMO turut mengambil tempahan mengikut ukuran pelanggan, disebabkan itulah pelanggan masih setia berkunjung kesini bagi menempah pakaian tidak kiralah sama ada Baju Raya Aidilfitri, Baju Raya Aidiladha, kenduri kahwin untuk dulang boys dan dulang girls ataupun baju sedondon sekeluarga.


Promosi 365 hari


TEMPAHAN RAYA AIDILADHA DIBUKA

Untuk korang yang tinggal sekitar Ampang dan nak tempah baju untuk Raya Haji nanti bolehlah risik-risik BMO 1980 ni. Korang mesti puas hati dengan hasil jahitan mereka sebab BMO 1980 juga merupakan supplier uniform bagi cabin crew dan juruterbang. Jadi tentunya BMO 1980 memberi hasil yang terbaik.

BMO 1980 memang serba boleh dalam bidang  jahitan kerana pengasas BMO sendiri sangat arif dalam bidang pembuatan baju lelaki dan carta saiz ukuran badan.


BUKA SEHINGGA JAM 2.00 PAGI

Pusing-pusing satu kedai, cuba baju dari satu rekaan ke satu rekaan lain, wahh tengok jam dah dekat jam satu pagi. Mujurlah sepanjang bulan Ramadan ni BMO tutup pada jam dua pagi. Haa.. seronok shopping malam-malam sebab sejuk je tau. Lagipun kalau penat tunggu puan isteri shopping, suami boleh minum kopi kat kedai makan sebelahnya. Gitulah kalau nak raya. Para isteri pasti sibuk membeli-belah.

Bersama adik dalam persalinan Baju Kurung Kedah dan Kurung Mawar

Korang yang berhasrat nak datang shopping kat sini boleh datang ramai-ramai ke BMO 1980 dan sempena Hari Raya Aidilfitri ni, BMO akan beroperasi sehingga 3 Jun 2019 sahaja. 4 Jun 2019, BMO akan mula bercuti tau.

Terima kasih kepada pihak BMO 1980 atas layanan terbaik dan sanggup melayan Qiss dengan keluarga memilih baju raya.


Untuk maklumat lanjut hubungi:
BMO.1980
G-5, Jalan Dagang B/3a, Taman Dagang, 68000 Ampang, Selangor
03-4288 4238
https://g.co/kgs/LuZvUa
Facebook: https://www.facebook.com/BMO.WEARS/
Instagram: https://www.instagram.com/bmo.1980/
Read More

27 May 2019

TOUCH ‘N GO EWALLET MENGAMBIL ALIH KAMPONG BHARU UNTUK BAZAR RAMADAN ‘KASHLESS’ SEMPENA #RAYASEMPOI

Touch ‘n Go eWallet membawakan teknologi secara lebih inklusif dalam kehidupan seharian melalui pembukaan Bazar Ramadan tanpa tunai pertama yang dimeriahkan dengan aktiviti-aktiviti menarik, pulangan wang serta pelbagai ganjaran.

Para pengunjung bazar boleh memberi penghormatan buat warisan tradisi Melayu di Kampong Bharu Mengetengahkan inisiatif #zerofoodwastage dan #sayno2plastic bersama-sama Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah.



Sambutan Ramadan tahun ini mendapat satu suntikan inovasi baru apabila Touch ‘n Go eWallet (eWallet) diaktifkan di setiap sudut Bazar Ramadan Kampong Bharu. Bazar ‘Kashless’ ini menerima sentuhan moden yang menggambarkan semangat #RayaSempoi daripada eWallet tersebut.

Para pengguna eWallet kini boleh membuat pembayaran pelbagai juadah iftar di kira-kira 400 pengusaha di bazar dengan mengimbas kod QR peniaga. Sebaik juadah dibeli, pengunjung boleh memilih untuk berbuka puasa bersama-sama orang ramai di Halaman Sempoi yang terletak di Rumah Warisan.



“Kami ingin berhubung dengan komuniti melalui teknologi yang lebih inklusif, secara tidak langsung membawa manfaat kepada para pengguna dan juga peniaga. Bazar Ramadan ‘Kashless’ ini merupakan salah satu inisiatif kami untuk memberi inspirasi kepada orang ramai mengenai sistem eWallet sekaligus menjadikan ia satu kelaziman dalam kehidupan seharian,” kata Syahrunizam Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd.

Pengunjung pasti akan teruja dengan pelbagai aktiviti menarik di bazar tersebut termasuklah jumlah pulangan wang bernilai RM1,000,000 menerusi Ketupat Runtuh, ataupun pembelian barangan eksklusif menerusi Hadiah Extra Sempoi dan banyak lagi.

Berpaksikan amalan bersedekah di bulan Ramadan, para pengunjung yang berada di Masjid Jamek Kampong Bharu juga boleh membuat derma ikhlas melalui eWallet dengan mengimbas kod-kod QR yang terdapat di sekitar kawasan masjid.



Bazar Ramadan ‘Kashless’ ini terletak di tengah-tengah Kampong Bharu, sebuah kawasan yang amat terkenal dengan sejarahnya serta dipenuhi pelbagai makanan tempatan. Sebagai sebuah perkampungan Melayu terakhir yang terletak di tengah-tengah ibu kota, pengunjung kerap memenuhi bazar ini bagi merasai sendiri suasana Ramadan serta tidak ketinggalan untuk mencuba juadah tempatan yang dijual.

Pengunjung juga boleh mengambil peluang ini untuk mempelajari sejarah Rumah Warisan dan Kelab Sultan Sulaiman dengan lebih mendalam.



#Zerofoodwastage & #sayno2plastic

Di bulan Ramadan, jumlah pembaziran makanan yang direkodkan meningkat sebanyak 15 hingga 20 peratus. Mengambil kira kesederhanaan sebagai tunjang kepada bulan mulia ini, Touch ‘n Go eWallet memulakan satu program yang memastikan sebarang lebihan makanan di bazar akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Lebihan makanan tersebut akan dikumpul dan dibungkus oleh sukarelawan sebelum diagihkan kepada gelandangan serta golongan miskin bandar. Inisiatif ini diterajui serta disokong oleh Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah, dengan kolaborasi Kechara Soup Kitchen.

Puteri Negeri Selangor ini yang juga penyokong kuat bagi amalan elakkan pembaziran makanan telah mengunjungi bazar ‘kashless’ dan mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di Masjid Jamek. Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah telah mengambil peluang ini untuk berkongsi minatnya yang mendalam bagi kempen #sayno2plastic.

“Setiap tahun kita akan lihat pelbagai jenis makanan dan plastik dibuang dan ini menyumbang kepada jumlah sampah terkumpul yang menjadi sangat banyak. Tahun ini, saya berharap agar rakyat Malaysia dapat menerapkan rasa lebih bertanggungjawab dalam mengurangkan pembaziran makanan serta menolak penggunaan plastik. Saya amat berharap agar lebih banyak organisasi bekerjasama dengan orang ramai untuk melindungi alam sekitar untuk bebas dan bersih dari plastik,” kata Tengku Zatashah. Bagi mengurangkan penggunaan plastik dan mengelakkan pembaziran makanan, orang ramai digalakkan untuk membawa sendiri bekas makanan dan minuman, serta beg kitar semula ketika mengunjungi bazar.



Bazar Ramadan ‘Kashless’ Kampong Bharu dibuka setiap hari bermula jam 3 petang dari 6 Mei hingga 31 Mei 2019. Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat serta senarai aktiviti penuh di bazar, layari http://www.tngd.my/rayasempoi atau kunjungi www.facebook.com/touchngoewallet/ untuk maklumat terkini.

 #rayasempoitng #rayasempoi #tngewallet

Touch ‘n Go eWallet boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store.
Read More

Menderma Cara Mudah Dengan Aplikasi E-Dompet Boost

Korang selalu pakai aplikasi apa untuk buat pembayaran menggunakan telefon?
Kalau Qiss, Qiss suka pakai Boost sebab mudah. Sekarang banyak kedai yang yang dah boleh pakai Boost tau.

Pagi tadi, aplikasi e-dompet Boost telah menganjurkan satu majlis mempamerkan kemampuan ciri e-derma tanpa melibatkan pengunaan tunai dalam kalangan rakyat negara ini yang ingin jalankan tanggungjawab sosial masing-masing.


Yayasan Kebajikan Negara sebuah badan di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diperkenalkan sebagai rakan kongsi terbaharu dan kini menjadi sebahagian daripada keluarga e-derma Boost pada majlis pagi tadi.



Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Turut hadir sama adalah Datin Paduka Che Asmah binti Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid, Pengerusi Kumpulan Axiata Berhad, Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Axiata Berhad dan Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Digital Axiata, syarikat induk Boost.


“Rakyat Malaysia merupakan masyarakat yang penyayang dan pemurah serta sentiasa menghulurkan tangan kepada komuniti yang memerlukan. E-derma memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan peluang mampan buat rakyat untuk memberi kembali kepada komuniti baik secara lokal mahupun seluruh negara,” kata Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri.



Ciri e-derma Boost telah diperkenalkan pada bulan Mei tahun 2018. Sehingga kini terdapat lebih 4 juta pengguna boleh ‘#DoGoodWithBoost’ melalui lebih 30 badan kebajikan & rakan NGO melibatkan pendidikan, alam sekitar, penyelidikan kanser, sosial dan kebajikan haiwan serta lebih daripada 70 institusi keagamaan.

“Kami melancarkan e-derma sebagai salah satu percubaan untuk merapatkan jurang bagaimana badan amal serta NGO dapat berhubung dengan masyarakat dan begitu juga sebaliknya. Kami mendapati ia adalah cara kos rendah dalam mengumpul sumbangan dengan mudah, selamat dan telus. Sehingga ke hari ini, lebih daripada setengah juta ringgit telah dikumpul. Walaupun angka itu masih kecil, namun terdapat penerimaan baharu dalam kalangan masyarakat terhadap derma digital”, kata Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pengawai Eksekutif Perkhidmatan Digital Axiata, syarikat induk Boost.

Encik Mohd Khairil memberi penerangan kepada YAB Dato' Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  


Khairil juga menambah, e-derma boleh menjadi pemangkin untuk memupuk nilai menderma dalam kalangan warga digital dan menyediakan badan amal serta NGO platform baharu untuk meningkatkan kesedaran terhadap organisasi masing-masing dan mengukuhkan lagi usaha mengumpul sumbangan. Ujarnya, Boost sejak itu telah berusaha meningkatkan kerjasama dengan lebih banyak yayasan serta organisasi bagi memperluaskan fungsi itu dan berharap ia boleh memberi kesan langsung kepada keluarga yang memerlukan dalam masa terdekat.



"Pengguna digital di Malaysia semakin meningkat, kami mempunyai keyakinan bahawa aplikasi e-derma berkemampuan memperkasa dan membawa lebih ramai orang untuk menjadi lebih terbuka dan bertanggungjawab ke arah lebih baik dalam komuniti dan negara. Kami berharap untuk menjadikannya lebih mudah untuk rakyat beramal”, kata Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Axiata Berhad.


Qiss berkesempatan menemuramah Kak Faizah, Founder Rumah Mesra Ampang, katanya Boost telah banyak membantu dari segi menampung perbelanjaan harian untuk membeli keperluan asas. Beban terasa kurang namun tidak ramai pengguna mengenali Rumah Mesra ini.

Jadi kalau korang ada rezeki lebih jangan lupa sumbangkan sedikit kepada badan-badan yang berkenaan serta NGO yang terlibat dalam program derma e-dompet Boost ini.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web https://www.myboost.com.my/

Facebook https://www.facebook.com/myboostapp/
Instagram https://www.instagram.com/myboostapp/
Read More

24 May 2019

HONOR 20 Series Launch In Malaysia

Hi, I am really excited when I heard that Honor 20 series is coming to Malaysia.
It was a best memories when I can be a part of the guest to see Honor 20 series before the other customer.

Just days after its global launch in London, HONOR Malaysia today launched the flagship, HONOR 20 Series in Malaysia. For the first time, the HONOR 20 Series introduces the world’s first Dynamic Holographic Design and is equipped with 48 MP AI Quad Camera, greatly improving the overall photography capability from both hardware and software perspective to offer exceptional user experience. The all-powerful quad camera has earned the HONOR 20 Series an impressive DxOMark score of 111.

From Left to Right: Mr. AK Tee, Group General Manager of ECS, Ms. Lydia Foo, Sales Director of HONOR Malaysia, Mira Filzah, HONOR 20 Series Wonder Girl, Mr. Zhao Zhiwei, Head of HONOR Malaysia, Mr. Janson Kwan, General Manager of Teletel Corporation


At RM 1,699, the HONOR 20 will come in two colour variants; Sapphire Blue and Midnight Black. To celebrate the occasion, HONOR 20 Series Wonder Girl, Mira Filzah made a special appearance to walk through the superior design and photography capabilities. HONOR also announced a collaboration with Moschino for the HONOR 20 Series.

Mira Filzah the ambassador for Honor 20 series


“The arrival of the first quad-camera smartphone by HONOR symbolizes another milestone and we’re excited for the HONOR 20 Series to allow our users to capture wonderful moments anywhere, anytime, offering versatilities to make a completely new work of art” said Zhao Zhiwei, Head of HONOR Malaysia. “HONOR continues to tirelessly be on a quest to combine functionality and pure aesthetics by giving users a chance to capture their wonder through the wonders of 48MP AI Quad Camera, cutting-edge dynamic holographic design and all-round user experience”.
Key features of the HONOR 20 Series
The Wonder of 48MP AI Quad Camera with Flagship Features




The flagship quad camera leads with a Sony IMX586 48MP Main Camera, featuring the advanced AI Ultra Clarity mode and AIS Super Night mode to empower users to capture clearer. The quad camera is also packed with the 16MP Super Wide Angle Camera, 8MP Telephoto Camera, and the 2MP Macro Camera, which allows users to capture wider and closer with Optical Image Stabilisation (OIS).

The HONOR 20 Series also sends shock-waves across the industry by the innovation of AIS Super Night mode and the industry’s largest F1.4 aperture. Powered by the AI multi-frame stabilisation technology and an enhanced algorithm, the mode creates ultra-clear night shots with heightened brightness, lower noise, and better color preservation. With more light passing through the lens owing to the F1.4 aperture, users can record their magical moments in greater detail even in dimly-lit environments. The AI-enabled cameras and the industry-leading features altogether contribute to a DxOMark score of [111].




The 48MP AI Quad Camera enables users to capture photos with extreme clarity during the day, especially with the AI Ultra Clarity mode. After that, the Dual-NPU and the Dual-ISP of the 7nm Kirin 980 AI chipset collate the best details from each of these photos into one “Super 48MP Photo” with its quality surpassing normal 48MP pictures. The details and colours are adjusted for enhanced vividness.



With the 16MP Super Wide Angle Camera, users can capture more with an extensive 117° viewing angle. The Optical Image Stabilisation (OIS) prompts the tiny gyro-sensors to quickly shift pieces of the lens glass to the off-set motion before the image is converted into a digital format, creating a sharper image even with shaky hands.
2MP Macro lens can give users a creative edge by offering new perspectives that the naked eye would never be able to see.

It allows users to capture incredible details as close as 4cm, ideal for photographers who enjoy shooting flora and fauna. Similarly, the ability to zoom in on a subject at 3X lossless optical zoom, 5X hybrid zoom, 30X digital zoom, means that users can shoot minute details with absolute discretion - a useful feature for nature-loving photographers who are looking to photograph elusive wildlife or street photographers who portray the hustle and bustle of city life.

The Wonder of Cutting-Edge Dynamic Holographic Design

The HONOR 20 Series redefines the user experience by becoming the first product in HONOR’s history to introduce a multi-dimensional, Dynamic Holographic glassback.


Meticulously crafted through HONOR’s industry-first Triple 3D Mesh technique, the two-stage process first creates a depth layer using nanotechnology to engrave millions of miniature prisms.

Upon completion of this intricate process, the engineers continue with the assembly of 3D curved glass, colour layer, and depth layer. As light passes through the prisms in the depth layer, light is reflected and refracted in all directions.

Coated in either Phantom Black, Phantom Blue, Midnight Black or Sapphire Blue, the colour layer of HONOR 20 Series is combined with the glass and depth layer in a vacuum environment under the precise control of temperature and pressure. The outcome is a depth-inducing optical effect that makes the HONOR 20 Series stand out from its predecessors. Due to the complex process, for every 100 back covers, only 20 meet the stringent standards.


Honor 20 Selfie picture


The Wonder of an All-Round User Experience

HONOR’s “Always Better” ethos drives the brand to go beyond the textural and colour design of the Dynamic Holographic glassback. HONOR 20 Series boasts a 6.26" all-view display with a 91.7% screen-to-body ratio. With a 4.5mm in-screen camera, the all-view display allows an even more enthralling visual experience without compromising on aesthetics.

The fingerprint sensor on the right side of its aluminium frame has been positioned to complement the natural placement of fingers when one picks up a phone. The asymmetrical “L-shaped” positioning of the four camera lenses allows for a 4,000 mAh battery that can support a full-day uninterrupted use.

Meanwhile, the HONOR 20 Series adopts a Graphene cooling sheet technology, a new thermal solution that can efficiently dissipate heat and thus maintaining the optimal performance.


In terms of mobile gaming, the HONOR 20 Series is equipped with the industry-leading GPU Turbo 3.0 – a feature that boosts the device’s gaming capabilities by offering users an enhanced visual and tactile experience.

Backed by consumer demands, HONOR 20 Series has teamed up with approximately 25 most sought-after mobile games right now including Fortnite, PUBG Mobile, and Arena of Valor.

Apart from the viewing and gaming experiences, users can indulge in an immersive audio experience through the Virtual 9.1 Surround Sound feature powered by Histen 6.0. This is the first time that this cutting-edge technology is applied to smartphones. The Virtual 9.1 surround sound supports most earphones and packs an in-built dual microphone with noise reduction – a system tailored according to the specific needs of technophiles and audiophiles.

Honor 20 selfie night shot


The HONOR 20 Series will be available in Malaysia soon. For more information on the HONOR 20 Series, head over to HONOR’s official e-commerce website and information portal at http://hihonor.com/my.
Updates can be found at the official Facebook page at https://www.facebook.com/HonorMY/.
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com