Cuti sekolah yang tak lama lagi mengundang ibu bapa untuk membuat persiapan dan perancangan untuk bercuti bersama anak-anak.
Jika anak-anak anda yang perempuan sukakan Barbie dan anak-anak lelaki anda sukakan permainan Hot Wheels, jom datang ke Lost World of Tambun bermula dari 23 November sehingga 31 Disember 2019.
Sempena cuti sekolah ini, Lost World Of Tambun menjadi taman tema yang pertama untuk bekerjasama dengan Hot Wheels dan Barbie bagi menyambut kedatangan para pengunjung untuk meneroka kembali zaman kanak-kanak. Menarik kan..
Barbie – “You Can Be Anything”.
Barbie dah 60 tahun tau dan pada tahun ini, Mattel mengumumkan Jelajah Barbie ‘You Can Be Anything’ dengan memberikan inspirasi kerjaya dan fesyen tanpa batasan kepada setiap gadis yang diadakan di Lost World of Tambun.
Bagi peminat Barbie, antara aktiviti menarik ialah:
1. Mengambil gambar di rumah impian kerjaya Barbie
Anak-anak anda berpeluang meneroka kerjaya yang berbeza dalam zon ‘You Can Be Anything’ untuk berdandan.
“Selama 60 tahun, Barbie adalah gadis yang berjaya, memberi inspirasi kepada pelbagai generasi untuk mempercayai dan memberikan mereka dengan pelbagai pilihan. Lebih daripada 200 kerjaya, bertanding sebanyak 6 kali untuk presiden dan angkasawati pertama ke Bulan sebelum Neil Armstrong, Barbie terus berkembang menjadi contoh moden serta relevan untuk semua peringkat umur.” Kata Lisa McKnight, Pengurus Besar dan Naib Presiden Kanan Barbie
2. Mengetahui dengan lebih lanjut tentang kerjaya yang paling ikonik Barbie telah dipegang sejak 60 tahun yang lalu.
Dah 60 tahun tapi Qiss pun tak tahu apa kerjaya Barbie ni sebetulnya....rupa-rupanya Barbie ni ialah.... (kalau nak tahu, anda kena datang sendiri ke sini).
Kanak-kanak akan terpesona dan merasa kagum dengan ruang seni dan juga kawasan almari Barbie. Selain itu ada juga ‘Meet and Greet’ bersama Barbie dan anda juga berpeluang untuk menikmati parti minum petang bersama Barbie!
Hot Wheels – Challenge Accepted
Perhatian kepada pelumba, ada cabaran baru di bandar untuk anda ! Lost World Of Tambun membina trek lumba untuk Hot Wheels untuk para peminat Hot Wheels.
Jelajah Lagenda Hot Wheels yang pertama yang diadakan pada 2018 telah menerima kunjungan lebih 3,600 buah kereta dan 65,000 orang peminat daripada semua lapisan umur dan seluruh pelusuk dunia.
Anak-anak anda boleh bermain dan berlumba bersama rakan-rakan di trek setiap hari. Anda juga boleh melawati zon Challege Accepted dan menonton perlumbaan terakhir yang diadakan pada jam 4 petang setiap hari dan berpeluang memenangi hadiah premium dari Hot Wheels.
"Hot Wheels telah menyemarakkan semangat pencabar dalam generasi kanak-kanak selama lebih daripada 50 tahun, dan kini kami memperjuang belia dalam pelbagai sukan yang menguji kemampuan ke tahap maksimum dan memperbaiki kemahiran mereka," kata Ricardo Briceno, Pengarah Kanan Hot Wheels Global Pemasaran Jenama di Mattel.
"Barbie dan Hot Wheels adalah dua jenama mainan yang paling ikonik di dunia dengan peminat setia mereka sendiri dan gabungan kedua-dua jenama ini sangat istimewa. Kami teruja untuk menjemput kedua-dua jenama ini bagi kempen ‘Awesome Holidays, Time To Play’.
Setiap tahun ketika cuti sekolah, taman tema kami menjadi lokasi percutian yang ideal untuk keluarga menikmati percutian menggembirakan serta memuaskan. Kerjasama dengan kedua-dua jenama yang paling dikenali ini bersama dengan taman tema kami dijamin merupakan percutian yang sempurna untuk semua peringkat umur", kata Nurul Nuzairi, Pengurus Besar Sunway Lost World Of Tambun.
Pengunjung akan mendapat akses ke acara eksklusif ini pada RM 77 (MyKad rate) dan akan mendapat barangan premium percuma untuk 3 tiket dan ke atas bagi setiap transaksi di mana ia terhad kepada 4000 unit sahaja.
Aktiviti dan permainan menarik di Lost World of Tambun
Park Tour by Train
Taman Tema Air
Hot springs
Petting Zoo
Qiss ingatkan dah tak boleh masuk malam-malam. Rupanya boleh. Best juga masuk petting zoo malam-malam. Pengalaman baru ni.
Luminous Forest
Qiss sempat naik satu permainan je kat sini. Next time nak datang lagi bawa family dan bercuti bersama kawan-kawan kat sini
Maklumat lebih lanjut mengenai Lost World Of Tambun Waterpark dan tunggangan terbarunya boleh didapati di sunwaylostworldoftambun.com

![]() |
| Rumah impian kerjaya Barbie |
![]() |
| Anak-anak perempuan boleh bermain bersama patung Barbie kegemaran mereka di sini |
“Selama 60 tahun, Barbie adalah gadis yang berjaya, memberi inspirasi kepada pelbagai generasi untuk mempercayai dan memberikan mereka dengan pelbagai pilihan. Lebih daripada 200 kerjaya, bertanding sebanyak 6 kali untuk presiden dan angkasawati pertama ke Bulan sebelum Neil Armstrong, Barbie terus berkembang menjadi contoh moden serta relevan untuk semua peringkat umur.” Kata Lisa McKnight, Pengurus Besar dan Naib Presiden Kanan Barbie
![]() |
| Happy juga dapat bergambar dengan Barbie gini |
2. Mengetahui dengan lebih lanjut tentang kerjaya yang paling ikonik Barbie telah dipegang sejak 60 tahun yang lalu.
Dah 60 tahun tapi Qiss pun tak tahu apa kerjaya Barbie ni sebetulnya....rupa-rupanya Barbie ni ialah.... (kalau nak tahu, anda kena datang sendiri ke sini).
| Minum petang bersama Barbie |
Kanak-kanak akan terpesona dan merasa kagum dengan ruang seni dan juga kawasan almari Barbie. Selain itu ada juga ‘Meet and Greet’ bersama Barbie dan anda juga berpeluang untuk menikmati parti minum petang bersama Barbie!
| Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Encik Nurul Nuzairi, Pengurus Besar Sunway Lost World Of Tambun. |
Hot Wheels – Challenge Accepted
Perhatian kepada pelumba, ada cabaran baru di bandar untuk anda ! Lost World Of Tambun membina trek lumba untuk Hot Wheels untuk para peminat Hot Wheels.
Jelajah Lagenda Hot Wheels yang pertama yang diadakan pada 2018 telah menerima kunjungan lebih 3,600 buah kereta dan 65,000 orang peminat daripada semua lapisan umur dan seluruh pelusuk dunia.
Anak-anak anda boleh bermain dan berlumba bersama rakan-rakan di trek setiap hari. Anda juga boleh melawati zon Challege Accepted dan menonton perlumbaan terakhir yang diadakan pada jam 4 petang setiap hari dan berpeluang memenangi hadiah premium dari Hot Wheels.
![]() |
| Kanak-kanak pasti teruja untuk mencuba trek ini |
![]() |
| Comel kan berlumba naik basikal ni |
![]() |
| Antara rintangan yang perlu dilalui oleh pelumba |
| Aksi menarik ketika perlumbaan |
"Hot Wheels telah menyemarakkan semangat pencabar dalam generasi kanak-kanak selama lebih daripada 50 tahun, dan kini kami memperjuang belia dalam pelbagai sukan yang menguji kemampuan ke tahap maksimum dan memperbaiki kemahiran mereka," kata Ricardo Briceno, Pengarah Kanan Hot Wheels Global Pemasaran Jenama di Mattel.
![]() |
| Sudut bermain kereta Hot Wheels |
"Barbie dan Hot Wheels adalah dua jenama mainan yang paling ikonik di dunia dengan peminat setia mereka sendiri dan gabungan kedua-dua jenama ini sangat istimewa. Kami teruja untuk menjemput kedua-dua jenama ini bagi kempen ‘Awesome Holidays, Time To Play’.
Setiap tahun ketika cuti sekolah, taman tema kami menjadi lokasi percutian yang ideal untuk keluarga menikmati percutian menggembirakan serta memuaskan. Kerjasama dengan kedua-dua jenama yang paling dikenali ini bersama dengan taman tema kami dijamin merupakan percutian yang sempurna untuk semua peringkat umur", kata Nurul Nuzairi, Pengurus Besar Sunway Lost World Of Tambun.
![]() |
| Terlebih happy sebab dah tahu kerjaya impian Barbie |
Pengunjung akan mendapat akses ke acara eksklusif ini pada RM 77 (MyKad rate) dan akan mendapat barangan premium percuma untuk 3 tiket dan ke atas bagi setiap transaksi di mana ia terhad kepada 4000 unit sahaja.
Aktiviti dan permainan menarik di Lost World of Tambun
Park Tour by Train
![]() |
| Tak sabar nak melawat taman tema ni. Kalau berjalan satu pusingan dekat 9-10 kilometer jugak. |
![]() |
| Qiss cadangkan korang naik train ni jelah. |
![]() |
| Bosan jalan-jalan boleh main permainan kat sini. |
![]() |
| Menarik Merry Go Round dia. |
Taman Tema Air
![]() |
| Ada ombak... baru best kan. |
![]() |
| Seronok semuanya. |
Hot springs
![]() |
| Dengan Hanis.. lawa-lawa dia tangkap gambar kita. |
![]() |
| Happy terlebih la ni.... |
![]() |
| Kolam sebelah kanan tu 40 darjah celcius. Seronok berendam malam-malam. |
![]() |
| Tak risau anak-anak bosan sebab ada gelongsor air juga kat sini. |
Qiss ingatkan dah tak boleh masuk malam-malam. Rupanya boleh. Best juga masuk petting zoo malam-malam. Pengalaman baru ni.
![]() |
| Uuuu..ular.. |
![]() |
| Tapir ni malam-malam baru nak makan. |
![]() |
| Berat ular tu 100kg |
![]() |
| Suasana malam. Ada gerai makanan. Korang tak perlu risau kalau lapar. |
Luminous Forest
![]() |
| Terperanjat dengan Mother Sophea ni. Korang kena jaga-jaga.. hahaha |
![]() |
| Cantik hutan dia.. ada lampu, ada binatang gergasi dan ada puak asli. |
![]() |
| Ikut kreativiti korang lah nak tangkap gambar macam mana kat sini. Tapi macam ni pun cantik kan. |