Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

10 November 2022

Tawaran 11.11 Untuk Rakyat Malaysia Menikmati Penjimatan Besar ShopeeFood dan ShopeePay

Lima Sebab untuk Mulakan Countdown Tawaran 11.11 Anda


Tawaran ShopeeFood 11.11

1. Penghantaran Percuma TANPA PERBELANJAAN MINIMUM

Ramai pengguna mengetahui perasaan teruja apabila terjumpa tawaran hebat, tetapi kemudian rasa kecewa bila mendapat tahu harga penghantaran ialah dua kali ganda. Jangan bimbang, kerana ShopeeFood akan menawarkan Penghantaran Percumatanpa perbelanjaan minimum SETIAP HARI bermula sekarang sehingga 11 November untuk anda menikmati hidangan-hidangan enak dengan harga berpatutan. Ayuh kita makan!  

Dapatkan Penghantaran Percuma dengan pesanan dari kedai-kedai berikut: Restoran Meng Kee (Petaling Jaya), Restoran Mariya Maju (Taman Bunga Raya), Restoran Mun Hin, Restoran Fatty Sang (Kepong Baru), Nasi Kukus Gulai D’Cempaka (Tampoi), JD Wantan Mee Johor Bahru  

2. Diskaun 50% hingga RM10

Makan bersendirian di meja? Atau kerap terfikirkan hidangan dari restoran baru? Mungkin mahu belanja rakan-rakan? Anda kini boleh melakukan semua itu dan menikmati potongan sebanyak 50% dan sehingga RM10 apabila menggunakan tawaran 11.11 ShopeeFood bermula sekarang hingga 11 November. 

ShopeeFood boleh didapati di enam lokasi, jadi pastikan untuk menyemak tawaran-tawaran yang hebat dari pelbagai perniagaan. Antara kegemaran kami ialah:  

Little KL Food Hall, Anmour Cafe, BubbleBee, Uncle Lim Delivery  

3. Shocking Sale RM11

Adakan anda seorang yang bijak berbelanja? Jika ya, tawaran ini ialah untuk anda. Dan kami mempunyai senarai tempat makan yang sedap untuk dicuba: Mangobox, Liho Tea, MarryBrown, Kings Bakery, Hotpot Kitchen, Black Whale, ZUS Coffee, PenyetPenyet.com, Street Churros

4. Tawaran Nilai (Value Deals) ShopeePay

Dapatkan potongan hingga 20% dengan e-baucar khas daripada ShopeePay. Ini pilihan kami:

Baucar Tunai RM10 Tealive @ RM8

Aiskrim Handpacked Pint Baskin Robbins @ RM26.80 (Harga Biasa: RM 33.50)

Baucar Tunai RM30 Salad Atelier @ RM25

Untuk maklumat lanjut tentang baucar dan cara-cara mendapatkannya, tekan pautan ini:  

https://shopee.com.my/m/shopeepay-near-me

5. Nikmati lebih banyak diskaun bermula 12 – 17 November bersempena Hari ShopeeFood

Sekejap, apa dia? Ya, betul. Masa yang indah tidak berakhir pada 11.11, ia terus bersambung kerana Hari ShopeeFood akan dating dan terasa seperti Hari Natal dengan diskaun hingga 50% dan 99% (pada 14-15Nov sahaja).

Ikuti perkembangan ShopeeFood melalui Instagram ShopeeFoodMY. Dan lepas tekan butang “follow”, jangan lupa untuk menyertai peraduan ekslusif kami dan menang perkakas perumahan bernilai sehingga RM10,000 dan baucar ShopeeFood. Cara untuk memenangi hadiah lumayan:

· Ikuti FB & IG ShopeeFood Malaysia:

FB: https://bit.ly/SFood1111FB  

IG: https://bit.ly/ShopeeFood1111Sale

· Pesan nilai minimum RM25 daripada mana-mana restoran untuk setiap penyertaan.

· Like post ini, tinggalkan komen ID pesanan anda, dan lengkapkan ayat berikut: “Pesanan ShopeeFood kegemaran saya ialah …”

· Ulangi langkah-langkah di atas seberapa kali yang anda mahu. Lebih banyak pesanan, lebih tinggi peluang anda untuk menang.

Read More

08 November 2022

WAWASANITA Lancar Portal Sempena AGM Ke-25

Persatuan WAWASANITA telah mewujudkan sebuah platform untuk usahawan-usahawan bernaung dibawahnya bagi memperkenalkan pasaran produk IKS mereka kepasaran tempatan dan antarabangsa dibawah platform WAWASANITA MALAYSIA. 

Ahli Jawatan Kuasa Wawasanita bagi penggal 2022

Mesyuarat Agung Wawasanita Ke-25 telah diadakan pada 5 November 2022 di Restoran Rebung Chef Ismail Jalan Bukit Aman Kuala Lumpur. Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia (WAWASANITA) merupakan sebuah badan NGO yang ditubuhkan pada 13 Februari 1996 yang diasaskan oleh Yang Berusaha Puan Hjh Noor Hayati Bte Ab Rahman dan kini dipimpin oleh Datin Norli Binti Hj Alias selaku Presiden WAWASANITA MALAYSIA yang telah memimpin WAWASANITA selama 6 penggal.

Datin Norli Binti Hj. Alias, Presiden Wawasanita Malaysia

WAWASANITA juga telah mewujudkan jaringan kerjasama bersama rakan-rakan diluar negara bagi memperkenalkan produk ke Global dalam usaha memberikan pulangan yang baik kepada usahawan-usahawan WAWASANITA serta menjadi sebagai penyumbang utama ekonomi negara serta menstabilkan ekonomi negara agar produk Malaysia ini dapat dikenali dengan menembusi pasaran tempatan dan luar negara. 

Program B2B (Business to Business) dan beberapa MOU telah berjaya diadakan antara WAWASANITA dan Persatuan-persatuan di luar negara dengan jayanya.

WAWASANITA telah menganjurkan seminar perniagaan, sesi perbincangan dan misi perniagaan di peringkat domestik dan antarabangsa dengan jayanya. Disamping itu, juga WAWASANITA juga telah menganjurkan pelbagai acara kebajikan dan sosial membantu masyarakat.

Wawasanita di Trade Expo Indonesia

WAWASANITA juga telah menyediakan platform SME Go Global dengan menganjurkan Trade mission membawa ahli-ahli ke pelbagai negara seperti London United Kingdom, Indonesia, Korea, Mynmar, Arab Saudi dan banyak lagi. WAWASANITA juga telah merangka, merancang perjalanan utnuk usahawannya bagi tahun 2023 bukan sahaja di peringkat global malah juga di peringkat tempatan dimana Trade Matching yang akan diadakan disetiap negeri-negeri yang akan dilancarkan tidak lama lagi insyallah.

Wawasanita di Korea

Perjalanan WAWASANITA yang berjaya menandakan 25 tahun penubuhannya: Hubungan Antarabangsa dan Inisiatif Khas telah dimulakan oleh presiden, Datin Norli Hj Alias dengan tuntutan keterangkuman pasaran berskala besar sehingga kini. Sebagai Presiden yang dilantik Datin Norli @ Norlaili Hj. Alias sejak 5 tahun yang lalu, pengalaman beliau banyak terlibat dalam struktur Pembangunan Keusahawanan yang berkesan. Dibawah pimpinan dan bimbingan beliau, kini telah berjaya mengembangkan perniagaan dari permulaan hingga berjuta-juta dalam jualan tahunan melalui pelan perniagaannya yang berkesan dan perancangan strategik yang sangat baik, komunikasi yang berkesan, teknik jualan kreatif dan pemasaran yang inovatif. 

Datin Norli, Presiden Wawasanita Malaysia

Pengalaman, kemahiran serta kepakaran beliau dalam Sektor Kewangan dan Pemulihan Kredit, Mix Marketing, Komunikasi Berkesan dan Pakar dalam Analisis Kredit banyak membantu usahawan-usahawan dalam memahami perniagaan masing-masing dengan lebih baik lagi. Beliau merupakan pemangkin usahawan mikro dan mempunyai pengalaman perbankan dan pembiayaan selama lebih 23 tahun (HYBRID).

AGM ini telah dihadiri oleh 70 ahli dan turut hadir Agensi seperti CGC, SME Bank Bahagian Pembiayaan , Exim Bank dan Maxis dari unit Transformasi Digital. Sesi pembentangan oleh Majlis Tertinggi dan Exco 2021/2023, aktiviti sepanjang 2021/2022, pembentangan Kewangan dan keahlian.

Pelancaran Portal Wawasanita Malaysia

WAWASANITA juga telah melancarkan Portal Wawasanita (Soft launch) oleh Exco Digital Transformasi. 

Pelancaran Portal Wawasanita

WAWASANITA juga mengalukan para usahawan-usahawan diluar yang ingin mencari peluang untuk memasarkan produk keluar negara dan tempatan bersama WAWASANITA dan mencari platform untuk bernaung, kini usahawan-usahawan boleh merujuk ke laman sesawang www.wawasanitamalaysia.org.com.my.

Wawasanita Bantu Usahawan Memperkenalkan Produk di Pasaran Tempatan dan Antarabangsa




Beruntung jadi ahli Wawasanita, bagi usahawan yang menjadi ahli Wawasanita pelbagai kemudahan dan platform perniagaan disediakan bagi membantu usahawan memasarkan produk mereka dan mencapai keuntungan lebih besar. Pelbagai inisiatif turut dijalankan seperti harga rendah untuk membina laman web tersendiri dan juga memberi tunjuk ajar serta nasihat pembungkusan produk yang lebih menarik.



Inshaa Allah dengan kepakaran dan kekuatan ahli-ahli WAWASANITA dan barisan AJK nya yang berpengalaman WAWASANITA mampu melangkah dan menerokai pasaran Antarabangsa.

Tidak dilupakan bantuan buat ahli yang terkesan akibat kebakaran yang melanda semasa perayaan Deepavali baru-baru ini. Derma kilat dijalankan semasa AGM tersebut dan sumbangan diberikan kepada Puan Hasyimah bagi meringankan beban beliau sedikit sebanyak.

Puan Hasyimah menerima sumbangan daripada ahli Wawasanita Malaysia


Read More

Ekstravaganza ‘Beauty Around The World’ | Guardian Bawa Trend Kecantikan Terkini Dan Produk Dari Seluruh Dunia Untuk Para Pelanggan

Kuala Lumpur, 7 November 2022: Mulai sekarang hingga 28 November 2022, dapatkan pelbagai tawaran menakjubkan daripada ratusan jenama dan produk baru yang menampilkan trend kesihatan dan kecantikan terkini dari seluruh dunia termasuk Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Sepanyol, Singapura, Malaysia, Thailand dan banyak lagi di ekstravaganza ‘Beauty Around The World’ (BATW) Guardian 2022.

Beauty Around The World (BATW) Guardian 2022

Nikmati potongan harga sehingga 50% untuk produk dan banyak lagi tawaran lain daripada jenama popular termasuk peraduan menarik, hadiah percuma dengan belian, kupon penjagaan kulit percuma dan kalendar 2023 percuma dengan kupon bernilai lebih RM140.

Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata, “Guardian telah meraih reputasi yang mantap dalam membawa masuk jenama-jenama yang mewakili kecemerlangan teknologi terkini dan trend kecantikan pengguna untuk para pelanggan kami. Reputasi ini diperolehi menerusi kajian dan penyelidikan yang kami lakukan untuk memastikan kami dapat membawa jenama dan produk global terbaik kepada mereka pada nilai yang hebat. Ini adalah apa yang diharapkan oleh pelanggan kami dan telah menjadikan Guardian destinasi pilihan untuk produk Kesihatan dan Kecantikan mereka. BATW 2022 membawakan trend kecantikan dunia kepada pelanggan kami.”

Dengan tumpuan khusus pada kecantikan dan penjagaan kulit, ekstravaganza BATW tahun ini telah membawa masuk celak mata dan penjagaan rambut kalis air terkini dari Jepun, produk rambut dan kecantikan terkini Korea Selatan, produk penjagaan kulit dan solekan dari Sepanyol, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, United Kingdom, Indonesia, Singapura dan Malaysia. 

“Sebagai hadiah istimewa tahun ini, kami akan mengadakan acara ruang legar Beauty Around the World Guardian yang bakal dianjurkan pada 9 November hingga 13 November 2022 di Blue Atrium, LG2, Pusat Membeli-Belah Sunway Pyramid di Subang Jaya supaya pelanggan dapat menyaksikan SEMUA jenama dan produk baru itu dan menikmati pelbagai aktiviti menyeronokkan serta menerima hadiah percuma.

Antara aktiviti menarik yang dijadualkan berlangsung termasuk ceramah masterclass oleh pakar-pakar mengenai pelbagai topik menarik seperti; 

· Kepentingan rutin penjagaan kulit yang baik oleh pakar penjagaan kulit Guardian

· Kesihatan rambut untuk mereka yang berhijab

· Mata yang mempesona untuk dirimu yang cantik

· Mencari wangian terbaik untuk anda

· Kepentingan hidrasi untuk kulit anda

· Penjagaan kulit untuk rakyat Malaysia

· Menjaga kulit yang cenderung kepada ekzema

· Solekan Jepun lawan solekan Korea

· Menangani Diabetes oleh Dr Nur Ishani (13 November dari 3.00ptg hingga 3.30ptg)

“Pelanggan juga boleh mendapatkan makeover dan dandanan rambut PERCUMA dengan pembelian tiket bernilai RM30 yang boleh dibeli secara dalam talian di saluran E-dagang Guardian dan App Store.


Setiap tiket akan melayakkan pelanggan mendapat satu makeover dan dandanan rambut percuma, video 360° percuma dan beg berisi hadiah bernilai lebih RM80. Tempah sesi solekan anda dalam talian sebelum 10 November 2022. Selain itu, kami juga menawarkan diskaun 20% untuk setiap pembelian 2 tiket dan 30% untuk setiap pembelian 3 tiket. Masukan kod ini GDNMK391 untuk mendapatkan potongan RM5 untuk pembelian tiket makeover tersebut.

Tiket makeover boleh dibeli disini:

https://guardian.com.my/promotions/on-makeover.html?page=1

Jadi, kumpulkan rakan-rakan anda untuk temasya hujung minggu, berseronok dan kelihatan cantik bersama-sama.

“Makeover itu, walau bagaimanapun, hanya berlangsung pada 11 November  hingga 13 November 2022 dari 10 pagi hingga 8 malam. Bagi peminat Francisca Lubong, Miss Malaysia 2020 dan Jestinna Kuan, Pencipta Kandungan popular, temui mereka secara langsung pada 12 November untuk sesi temu mesra eksklusif,” jelas Teo.

Untuk menambahkan lagi kemeriahan, sebuah Apple iPhone 14 ditawarkan sebagai Hadiah Utama dalam Peraduan Cabaran Video Tarian dengan hadiah bernilai RM15,000 untuk dimenangi. Anda boleh menyertai Cabaran Video Tarian ini bermula 4 November hingga 28 November 2022. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari dan memilih efek skrin hijau pada telefon pintar anda, pilih negara kegemaran sebagai latar belakang dan rakam tarian anda, seterusnya siarkan video anda di IG Reels atau TikTok dan tag @guardianmy beserta tanda pagar  #BeautyAroundTheWorld dan #GuardianMY.

“Inilah masa terbaik untuk membeli dan mendapatkan barangan keperluan kesihatan dan kecantikan anda di Guardian kerana kami percaya kami menawarkan produk berkualiti terbaik pada harga terbaik untuk nilai terbaik,” tambah Teo.  

Untuk maklumat lanjut tentang produk kegemaran anda dengan diskaun hebat sepanjang Jualan Beauty Around The World ini, sila layari www.guardian.com.my, www.guardiancatalogue.com.my,  #guardianMY atau layari https://bit.ly/3AfhGhm


Read More

06 November 2022

Siri Huawei Mate50 Lebih Unggul Dengan Kamera Ultra Aperture XMAGE dan "Kunlun Glass"

Siri HUAWEI Mate50 menetapkan penanda aras baharu untuk peranti flagship dengan teknologi canggih dan terkini  

KUALA LUMPUR, 3 NOVEMBER 2022 –  Kini melangkah ulang tahun ke-10 sejak pelancaran pertama siri Mate pada tahun 2012, HUAWEI Malaysia hari ini secara rasminya mengumumkan pelancaran peranti terbaharunya sebagai tambahan kepada barisan produk Mate iaitu, Siri HUAWEI Mate50, berharga bermula dari RM3,699 dan seterusnya. Terdapat dalam tiga varian, HUAWEI Mate50, HUAWEI Mate50 Pro dan HUAWEI Mate50 Pro Orange Vegan Leather, peranti flagship tersebut adalah telefon pintar yang dipacu prestasi terkini merangkumi teknologi terkini dan inovasi yang lebih berkuasa berbanding sebelum ini.

Siri HUAWEI Mate50 melambangkan langkah utama ke hadapan dalam estetika telefon pintar, terutamanya pada reka bentuk simetri Space Ring dan reka bentuknya yang halus.  Telefon Mate50 Series mengandungi Kamera Ultra Aperture XMAGE, yang mempunyai apertur fizikal boleh laras skala-10 yang pertama dengan keupayaan fotografi versatil yang pernah dilihat pada telefon pintar Mate. Begitu juga dengan kaca sekuat batu "Kunlun Glass", yang meningkatkan  rintangan jatuh telefon sebanyak 10 kali . 

Ciri-ciri mantap ini dipertingkatkan lagi oleh sistem operasi EMUI 13, yang akan diperkenalkan pada Siri Mate50 untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan pintar secara lancar. Ciri SuperHub,  misalnya, memudahkan pemindahan data dan fail yang mudah antara aplikasi dan peranti, memecahkan sebarang halangan yang  telah memisahkan pelbagai platform yang berbeza antara satu sama lain.

Richard Yu, Pengarah Eksekutif Lembaga Pengarah HUAWEI, Ketua Pegawai Eksekutif Consumer BG, dan Ketua Pegawai Eksekutif Intelligent Automotive BU, menitikkan kepentingan pelancaran tersebut dengan menyatakan: "Selepas sedekad yang lalu, Siri Mate secara konsisten mendorong kemajuan untuk mencipta inovasi yang di luar jangkaan yang boleh diakses secara meluas.

Setiap generasi baharu telefon pintar Mate telah mengumpulkan pelbagai teknologi HUAWEI yang canggih. Siri HUAWEI Mate50 ini meneruskan legasi yang ini, dengan mempelopori inovasi berterusan dan memberikan nafas yang baharu kepada Siri Mate."

Reka Bentuk Berkualiti dan Klasik

Di samping reka bentuk Mate Series yang terkenal dengan simetri ikonik dan reka bentuk Space Ring, Siri HUAWEI Mate 50 juga menggunakan reka bentuk elegan bercorak Clous de Paris buat pertama kalinya, mempamerkan kecantikan baru yang direka hingga ke perincian terakhir.

Peranti Siri HUAWEI Mate50 hadir dengan dua jenis penutup belakang, kaca dan kulit vegan yang berbeza. Penutup kaca boleh didapati dalam dua warna, Perak dan Hitam, yang mempunyai kemasan yang berbeza dan elegan. Versi kulit vegan pula hadir dalam warna Oren, diinspirasikan oleh sinaran oren berseri matahari.

HUAWEI "Kunlun Glass" terdiri daripada 10 kuadrilion-level nanokristal, hasil pengukuhan ion komposit, yang menjadikannya lebih kuat dan tahan jatuh, seperti yang disahkan oleh pensijilan tahan jatuh kaca lima bintang dari SGS Switzerland. Ini menjadikan model Siri Mate50 telefon pertama yang pernah mencapai pensijilan ini. Telefon Siri HUAWEI Mate50  juga menyokong rintangan air pada IP68 sehingga 6 meter di bawah air , membolehkan peranti tersebut digunakan dengan mudah pada persekitaran basah dan berdebu.

Kamera Ultra Aperture XMAGE yang Mengagumkan

HUAWEI melancarkan jenama pengimejan mudah alihnya sendiri "XMAGE" pada Julai 2022, dengan matlamat untuk menawarkan pengguna paradigma penggambaran baharu yang menggabungkan sains dengan budaya, dan estetika dengan teknologi dari segi gaya pengimejan dan pengalaman menangkap gambar.

HUAWEI Mate50 Series mempunyai Kamera Ultra Aperture XMAGE yang canggih dengan apertur fizikal boleh laras saiz-10, yang menggabungkan kemajuan utama kepada sistem optik, struktur mekanikal, teknologi pengimejan dan pemprosesan imej. Smart Aperture laras secara automatik untuk untuk sepadan dengan saiz apertur melalui senario adegan dan penggambaran yang dikenal pasti dalam mod Auto. Alih ke mod Profesional membolehkan anda untuk melaras kedalaman dan tahap kabur secara manual.

Hardware dan algoritma canggih yang dibina dalam untuk meningkatkan penggambaran imej statik. Kamera Ultra Aperture dilengkapi dengan apertur besar F1.4, beroperasi dengan enjin imej XD Fusion Pro dan pengambilan cahaya yang tinggi, untuk melaraskan kecerahan imej, butiran cahaya dan bayang-bayang, serta perbandingan sejuk dan hangat dengan sempurna. Mod malam menangkap foto dengan kawasan terang dan gelap secara berbeza, walaupun dalam persekitaran yang terang. Mod potret menggunakan latar belakang semula jadi kabur untuk menjadikan subjek menonjol dari persekitaran mereka. Kamera telefoto periskop menyokong julat zum  sehingga 200x, membawa gambaran dari nun jauh ke hadapan mata anda.

Kamera makro sudut lebar memperbesarkan butiran dari dunia kecil, mempersembahkan helai dan titisan embun pada tahap millimetre dengan kejelasan yang luar biasa. HUAWEI Mate50 Series juga menyokong rakaman video makro dan gambar dalam gambar makro (PiP) untuk menyampaikan adegan bergerak dengan tepat.

Interaksi yang diperkemas dan prestasi yang hebat

HUAWEI Mate 50 Series adalah yang pertama dijalankan pada EMUI 13, yang menyelaraskan interaksi harian dengan navigasi satu sentuhan yang mudah. 

SuperStorage mengalih keluar fail pendua dengan cara yang tidak dapat dilihat dan memampatkan aplikasi yang jarang digunakan. Mengekalkan storan sehingga 20 GB  (pada telefon 256 GB ROM) - meninggalkan lebih banyak storan untuk foto dan video yang ditangkap oleh pengguna hari ini. SuperHub membolehkan pengguna menyimpan imej, dokumen dan teks  buat sementara waktu, sambil berkongsi secara berkumpulan dengan pemindahan percuma dan mudah antara aplikasi dan peranti.

Siri HUAWEI Mate50 mempunyai teknologi canggih yang meningkatkan prestasi dengan ketara. Mod Kecemasan bateri rendah yang inovatif akan diaktifkan sebaik sahaja tahap bateri jatuh ke 1%; di mana SuperEnergy Boosting akan membolehkan siri HUAWEI Mate50 memanjangkan masa standby selama tiga jam, atau 12 minit masa panggilan . 

Ciri privasi yang komprehensif membolehkan ketenangan fikiran. Siri HUAWEI Mate50 juga menyokong Perlindungan Privasi Imej, bermakna telefon akan memadamkan maklumat sensitif secara automatik seperti lokasi dan masa apabila pengguna berkongsi imej antara lain. 

Inovasi yang tiada henti. Siri HUAWEI Mate50 adalah kemuncak yang sesuai selepas sedekad inovasi Mate, dengan reka bentuk yang menakjubkan, komunikasi yang kuat, teknologi pengimejan, dan interaksi pintar yang lancar.

Harga dan Tarikh Keluaran

Siri HUAWEI Mate50 boleh dipra-tempah mulai 3 November - 11 November 2022 di  semua HUAWEI Experience Store, Laman Web Rasmi HUAWEI, Stor Rasmi HUAWEI di Shopee, HUAWEI  Flagship Store di Lazada dan rakan rasmi HUAWEI seperti SenHeng, senQ, Harvey Norman dan Urban Republic. 

Model flagship terkini didatangkan dalam tiga varian: HUAWEI Mate50 (8 GB RAM + 256 GB ROM), berharga RM3,699, tersedia dalam pilihan warna Hitam dan Perak;  HUAWEI Mate50 Pro (8 GB RAM + 256 GB ROM), berharga RM4,499 dan HUAWEI Mate50 Pro Orange Vegan Leather (8GB RAM + 512 GB ROM), berharga RM5,299. 

Pra-tempah sekarang dan anda boleh mendapatkan hadiah percuma eksklusif bernilai sehingga RM1,450. Pengguna boleh menikmati pelan  ansuran sehingga 24 bulan 0% dengan Maybank, UOB, CIMB, HLB, RHB, Atome, dan Paylater*. Selain itu, pengguna boleh tukar kepada siri HUAWEI Mate50 dengan menukar 5 peranti lama termasuk telefon pintar, tablet dan jam pintar.

*Tertakluk kepada bank yang mengambil bahagian di setiap kedai

Untuk mendapatkan Siri HUAWEI Mate50 adalah mudah jika anda seorang pelanggan Maxis Postpaid kerana anda boleh memilikinya dengan harga serendah RM65/bulan dengan Zerolution melalui ansuran sehingga 36 bulan.  Selain daripada hadiah percuma, Maxis juga menawarkan perlindungan kecurian telefon percuma selama 3 bulan bernilai sehingga RM129.

Selain daripada Siri Mate50, HUAWEI juga memperkenalkan Siri nova 10, Watch GT 3 SE dan Siri Matepad.
Huawei Nova 10SE

Huawei Nova 10

HUAWEI MatePad SE 10.4"

Huawei Matepad


Watch GT 3 SE

Untuk maklumat lanjut, perkembangan terkini atau promosi mengenai Siri Mate50, sila layari Laman Web Rasmi HUAWEI, laman Facebook Rasmi HUAWEI  atau Instagram.

#HUAWEI #HUAWEIMY #Mate50 #Mate50Pro #EverOnwards #Smartphone


Read More

04 November 2022

Infinix HOT 20 Series Rolls Into The Malaysian Market To Offer A #FastAndFun Lifestyle with Their 5OMP Super Nightscape Camera

KUALA LUMPUR, 3rd NOVEMBER 2022 - One of the fastest up and coming international smartphone brands, Infinix, has launched the all-new HOT 20, offering upgraded features and significant performance that exudes an enhanced lifestyle for users. Implemented with a 50MP Super Nightscape, MediaTek Helio G85 upgraded processor for a sublime performance, 6.82-inch Punch Hole Fluid Immersive Display, up to 11GB Extended RAM + 128GB ROM and powered by XOS 12.0 for only RM599 and now available offline across Malaysia. 

Infinix HOT 20

“Infinix always has their fans' needs and desires at heart when developing new products as we wish to keep up with their ever-evolving lifestyle trends. Hence, the HOT 20 series aims to exceed expectations not just in terms of gaming but in overall performance, and we believe that this phone will cater to all young consumers at a price point that's affordable,” said Richard Tang, Country Manager for Infinix Malaysia. 

Richard Tang, Country Manager for Infinix Malaysia

Infinix HOT 20 

1. #FastAndFun Performance 

The HOT 20 Is powered by the MediaTek Helio G85, featuring two powerful Arm Cortex-A75 CPUs clocked up to 2GHz and six Cortex-A55 processors operating up to 1.8GH2, plus a GPU with peak speeds of 1GHz. The G85 is built for smooth sailing browsing as it gives the HOT 20 enhancements for rapid response times, higher frame rates, and reliable networking. The HOT 20 was made to make overall smartphone usage easy and sublime. 


The HOT 20's powerful Extended RAM technology enables the device to unlock extra RAM when required, providing the ability to run multiple applications all at once with ease and thus providing a seamless experience even under heavy load. The HOT 20 (6GB RAM*128GB ROM) offers an extended RAM of 6GB*5GB (equivalent to 11GB) without any additional cost, supporting up to 11 background apps running lag-free at the same time. This storage capacity of up to 11GB RAM*128GB ROM Next-Level Storage allows users to enjoy more storage for large files, games and apps. 

For a #FastAndFun gaming experience, the HOT 20 Is geared up with a Full Speed Connectivity Enhancement Gaming Turbo, which includes XArena, Dar-Link 2.0, and LinkPlus 1.0. XArena enhances the graphics and movement capabilities in various gaming settings utilising enhanced gaming system features which improves stability in-game. Dar-link 2.0 provides intelligent dynamic management of the CPU and GPU that ensures smooth & reliable performance in graphically demanding games as well as effective temperature control and power consumption. Furthermore, Dar-link 2.0 enhances the picture quality with brightness, contrast, and saturation through AVSYNC technology for an immersive gaming experience. LinkPlus 1.0 technology minimises lag and reduces power consumption by Intelligently distributing wireless network and data traffic. 


2. Smooth To The Touch & Refined Experience 

The HOT 20 presents itself as a smartphone which aligns itself with the fast paced and fun lifestyle adopted by young consumers in Malaysia m this day and age. Thanks to its 6.82-inch Punch Hole Fluid Immersive Display, 90Hz refresh rate, and 180H2 touch sampling rate users will be able to enjoy greater responsiveness, smoother browsing, and rapid gaming controls. The HOT 20's super-narrow bezels and punch hole display delivers an Impressive 9096 screen-to-body ratio for jmmersive viewing. In addition, the HOT 20 has an Ultra Touch mode, which quickens responsiveness, providing almost instant visual feedback to touch inputs. 

The new Dark Region Enhancement Technology integrated with an Al resolution algorithm refines screen contrast, and improves clarity when on the go and in areas with beating sunlight. Plus, expect an Improvement of network stability with The HOT 20's Infinix's Erdal Engine 3.0 Technology when consuming online media like TikTok. 

The HOT 20 also comes with DTS Stereo Surround Sound, creating deep bass, strong highs and clear midranges for an immersive audio experience with every use. Paired with an intelligent Al voice algorithm, in-game footsteps are more precise and clear, giving players an unprecedented advantage over their rivals in-game. 

3. Influencer of the Nightlife 

The main upgrade of the HOT 20 is its 50MP camera unit, giving it a significant edge over its previous generations. Featuring a SOMP Super Nightscape Camera with a large F1.6 aperture, delivers crisp snapshots with incredible levels of detail be it day or night. 

Taking photography a notch higher, the HOT 20 comes with Super Night Mode, which improves photo detail at night without overexposing the shot, resulting in truly stunning images when the sun is down. When using portrait mode, subjects are more prominent and photos are more layered, giving users the opportunity to capture their subjects in outstanding detail. In short video mode, users can take advantage of various built-in video templates that give users the option to conveniently edit and stitch videos in a flash to be shared on social media. 

4.Rapid Charging 4 Big Battery 

The HOT 20 features a massive 5000mAh battery that charges up rapidly with its 18W Fast Charge. The Power Marathon technology provides long-lasting power even after a long gaming session, giving users the extra time they need to plug in or finish their session. The 18W charger comes in the box with a Type-C fast charging cable. 

Infinix HOT 20: 

Infinix makes things hotter with an additional device, the Infinix HOT 20i, also launched today in the HOT series. This device highlights its 6.6-inch High-Bright Sunlight Readable Display with a slim design for immersive viewing. Similar to the HOT 20, it includes a 5000mAh Power Monster battery with Power Marathon Technology to enable long-lasting usage. It is also equipped with a 13MP with f/1.8 Wide Aperture Triple Rear camera unit and 8MP Al Portrait front camera to satisfy your photography requirements and capture precious moments stunningly. Not forgetting an extended 4GB RAM*128GB ROM to provide sufficient storage for apps, videos and pictures. Get all these features and more at a price of only RM499 at all offline and online stores nationwide.

Here are the information on the price and availability of the Infinix HOT 20 series: 

Infinix HOT 20 

Nationwide Offline Sales Date - 4th November 2022 

Shopee Online Sales Date - 11th November 2022 

Online Sales Platform - Infinix Official Store on Shopee 

Colours Options - Sonic Black / Legend White / Tempo Blue / Fantasy Purple 

RRP -  RM599 (6GB + 128GB) 

First Day Sale - 4th November 2022 (offline), 11th  November 2022 (Shopee) 

Infinix HOT 20i

Nationwide Offline Sales Date - 4th November 2022 

Shopee Online Sales Date - 11th November 2022 

Online Sales Platform - Infinix Official Store on Shopee 

Colours Options - Wilderness Black / Luna Blue / Energy Green / Sunset Gold 

RRP - RM499 (4GB 4 128GB) 

First Day Sale 4th November 2022 (offline), 11th November 2022 (Shopee) 

Infinix Hot 20 50MP SUPER NIGHTSCAPE Photography Contest 

Infinix Malaysia is holding a photography contest to celebrate the launch of the Infinix HOT 20 and pay tribute to one of its notable features, the 50MP Super Nightscape Camera, from 7th November 2022 to 6th December 2022. Beyond being a gaming focused brand, Infinix wishes to encourage their fans to be #FastandFun and get in touch with their inner photographer by giving six of them a chance to win various Infinix products worth up to RM20,000 in total. This contest will be open to all Malaysians, so stay tuned to Infinix's official Facebook page for more updates on how to grab the prize. 

Fans can also stay up to date with the latest promotions and mobile specifications on Infinix Malaysia's Official Facebook page, Instagram page, YouTube channel, Twitter page, and website

#FastandFun #InfinixMalaysia #Infinix

Read More

02 November 2022

Konsert ‘Agungnya Cinta’ Bakal Berlangsung 30 Disember 2022

Agungnya Cinta merupakan aktiviti kebajikan kelolaan Yayasan UNITI yang kini menjalin kerjasama dengan Afocus Media Ventures (AMV), produser media Islamik kontemporari menganjurkan inisiatif kutipan dana amal bagi melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan yang telah dirancang.

Antara aktiviti kebajikan yang dijangka akan mendapat manfaat daripada inisiatif Agungnya Cinta ini termasuklah:

• Feet 4 Life

Pemberian kaki palsu percuma kepada lebih 700 OKU Asnaf di seluruh Malaysia, dengan kerjasama Uniti Waqi Sdn. Bhd. dan Kedidi Global Sdn. Bhd.


• 1 Keluarga 1 Graduan

Siri program pendidikan yang membantu memastikan sekurang-kurangnya seorang ahli daripada golongan keluarga B40 untuk layak melanjutkan pelajaran ke IPT

• Tuisyen Percuma

Program tuisyen percuma yang telah dijalankan sejak tahun 2010 untuk meringankan bebanan keluarga dengan membiayai sebahagian daripada kos pendidikan serta menjadi penggerak kepada pelajar untuk terus meningkatkan potensi diri dalam bidang akademik

• Waqaf Tunai ASEAN Mall

Pusat membeli-belah yang bukan saja membekalkan makanan halal dan keperluan penggunaan harian untuk masyarakat setempat, malah juga bertindak sebagai gerbang produk halal wilayah ASEAN dan pelbagai lagi aktiviti yang sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa.

Konsert Agungnya Cinta (KAC2022)

Sebagai satu nilai tambah kepada inisiatif ini, sebuah konsert makan malam dengan pengisian yang dinamakan Konsert Agungnya Cinta : Menyusuri Sirah Baginda akan dianjurkan khas untuk meraikan para penyumbang. 

Dalam konsert ini, riwayat hidup Rasulullah akan diceritakan semula dalam bentuk tazkirah oleh Ustaz Don Daniyal dan Imam Muda Megat Mohd Zaid, diselang-selikan dengan alunan nasyid tentang kehidupan dan perjuangan Baginda oleh kumpulan Raihan, UNIC, Mirwana serta Naim Daniel, di samping persembahan sketsa oleh Man Raja Lawak dan dendangan syair tradisi oleh Galuh Cendra Kirana.

Inisiatif Dana Amal dan Konsert Agungnya Cinta bakal berlangsung pada 30 Disember 2022

Konsert Agungnya Cinta akan berlangsung pada 30 Disember 2022 bermula jam 8.00 – 11.30 malam bertempat di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur. Konsert ini juga bertujuan meraikan para penyumbang dana amal Agungnya Cinta.

Konsert yang dijangka bakal berlangsung selama dua jam ini mampu memuatkan kira-kira 800 orang untuk jamuan makan malam. 


Pakej sumbangan yang boleh dipilih mengikut pilihan masing-masing adalah seperti berikut;

  • Pakej individu bernilai RM250, RM500, RM1,100
  • Pakej Bronze (RM10,000)
  • Pakej Silver (RM20,000)
  • Pakej Gold (RM30,000) 
  • Pakej Platinum (RM50,000)

Sebagai memenuhi permintaan para peminat hiburan Islamik, konsert ini juga akan disiarkan secara langsung atas talian.

Sumbangan untuk inisiatif Agungnya Cinta boleh dibuat menerusi laman sesawang https://kac.amv.events/, sama ada mengikut pakej yang telah ditawarkan atau sebarang jumlah bebas mengikut kemampuan.

UPDATE / TERKINI : Atas permintaan ramai, tiket yang lebih mampu milik telah dibuka.

Kepada yang berminat, boleh https://www.ticket2u.com.my/event/29465?r=kacblogger untuk membeli tiket dengan harga serendah RM88.

Jom meriahkan konsert yang bakal diadakan ini.


Read More

01 November 2022

Penantian Anda Sudah Berakhir! Huawei Akan Melancarkan Siri Mate50 Pada 3 November 2022

Rakyat Malaysia akan mendapat kemajuan telefon pintar terkini dan banyak lagi melalui pelancaran Siri HUAWEI MATE50, dan banyak lagi! 

Huawei Mate50 Series

KUALA LUMPUR, 31 OKTOBER 2022 – TIDAK LAMA LAGI! HUAWEI Consumer Business Group (CBG) Malaysia, peneraju infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global dan peranti pintar akan melancarkan barisan produk yang dinanti-nantikan pada tahun ini, Siri Mate50 pada 3 November 2022 - membolehkan rakyat Malaysia merasai rekaan elegan dan teknologi inovatif yang ditawarkan HUAWEI. 

Memperkenalkan King of Flagship, HUAWEI Mate50 PRO, yang akan menggunakan sistem operasi EMUI terkini daripada HUAWEI. Peranti flagship ini dilengkapi teknologi kamera mudah alih berprestasi yang lebih baik daripada pendahulunya untuk memberikan rakyat Malaysia pengalaman mengagumkan sambil mengekalkan reka bentuk space ring klasik dengan sentuhan halus corak Clous de Paris.

TUNGGU JAP! ADA BANYAK LAGI NI!

Selain daripada Siri Mate50, HUAWEI juga akan memperkenalkan Siri nova 10, Watch GT 3 SE dan Siri Matepad! HUAWEI berhasrat untuk memenuhi setiap keperluan rakyat Malaysia untuk gaya hidup yang lancar dan produktif dengan menggabungkan yang terbaik antara fesyen dan praktikal. Siri nova 10, Siri Watch GT 3 SE  dan Siri MatePad membuat penampilan julung kalinya pada hari yang sama dan akan membolehkan pengguna melakukan lebih banyak lagi dengan peneman digital yang unggul ini.

Sebagai tambahan kepada barisan produk baharu, HUAWEI juga akan memperkenalkan EMUI 13 baharu untuk Siri Mate50. Wajah baharu Perkhidmatan Mudah Alih Huawei (HMS) direka untuk mewujudkan pengalaman pengguna yang lancar serta melengkapkan pengalaman menggunakan peranti flagship menyeluruh ini - membolehkan HUAWEI melompat jauh ke arah kepenggunaan terutamanya untuk Huawei AppGallery. Untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna, 'Sophia',  pembantu AppGallery juga akan tersedia untuk menyelesaikan sebarang kebimbangan mengenai isu berkaitan aplikasi HMS  dengan berkesan.

Untuk memastikan anda tidak terlepas sebarang berita atau promosi menarik seperti Pra-pesanan Eksklusif RM1 mereka, layari Laman Web Rasmi HUAWEI untuk membuat pra-pesanan sekarang dan berpeluang memenangi hadiah hebat daripada jumlah hadiah keseluruhan yang bernilai sehingga RM15,000!

Selain itu, jangan ketinggalan pelancaran Siri HUAWEI Mate50 dan Produk HUAWEI lain yang menarik pada 3 November 2022, melalui Laman Facebook Rasmi HUAWEI atau klik di sini untuk turut serta pada hari pelancaran nanti!

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com