Beauty. Lifestyle. Review. Collaboration.

05 August 2019

Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose Baharu Dari NIVEA

Hai semua, ok Qiss memang dah lama guna Nivea Deodoran ni sebab selain memutihkan bawah lengan ia juga membantu Qiss kekal segar sepanjang hari tau.

Baru-baru ni Qiss berpeluang ke Majlis Pelancaran Nivea Deodoran Serum Ros Hokkaido terbaru dari NIVEA. Tak sabar sebenarnya nak tahu lebih lanjut pasal deodoran baru ni.

Bergambar bersama Akma dan Farah Nabilah


Keindahan Ros Hokkaido, yang mekar hanya setahun sekali, adalah tumpuan utama dalam Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose yang baharu, menawarkan cara yang baru untuk pengguna menikmati wangian yang mewah ini setiap hari!

Deodoran ini menggunakan formula inovatif dengan gabungan Vitamin C pekat dan esen Ros Hokkaido yang memulihara kulit bawah lengan, untuk memberikan pengguna 3x tindakan iaitu, ia memulih dari dalam, menjadikan kulit bawah lengan yang lebih cerah dan licin, serta mempunyai wangian Ros Hokkaido untuk keyakinan menyerlah sepanjang hari.



"Sebagai jenama dan peneraju nombor satu dalam pasaran deodoran, NIVEA dengan bangganya memperkenalkan produk baru ini yang mengandungi esen Ros Hokkaido yang sangat unik dan berharga kepada wanita Malaysia. Dalam kehidupan seharian sebagai seorang wanita yang sibuk dan aktif, formula eksklusif ini memulihara dan mencerahkan kulit, dan pada masa yang sama menawarkan haruman yang mewah lembut. Dengan Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose yang baharu ini, wanita akan menikmati wangian yang tahan lama untuk kesegaran dan keyakinan sepanjang hari," kata Encik Ng Hock Guan, Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia dan Singapura.


Dari kiri, Cheong Wai Lun, Head of Marketing, Ng Hock Guan, Country Manager Malaysia dan Singapore dan Jessica Kan dari Beiersdorf Malaysia


Keunikan Ros Hokkaido ini bersertakan rangkaian produknya yang mengujakan telah memberikan inspirasi kepada pereka fesyen terkenal Malaysia, Melinda Looi untuk merekakan koleksi ‘bespoke’ eksklusif yang merangkumi enam busana menawan.


Rekaan busana menawan dari Melinda Looi 


“Kisah Ros Hokkaido yang menarik telah memperhalusi visi saya untuk koleksi istimewa ini dengan menangkap keunikkan serta kemewahan intipati bunga tersebut. Yang pasti, saya mahu setiap wanita untuk merasai keunikan dan kecantikan bak bunga Ros Hokkaido sebaik saja menyarung salah satu rekaan saya”, jelas beliau.


Sesi sidang media bersama Joey, Farah Nabilah dan Jessica Kan


Artis tempatan Farah Nabilah turut menyerikan majlis pelancaran dengan mengabungkan busana yang dipakai bersama inspirasi utamanya, Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose.

“Saya amat menyukai cara pakaian saya menonjolkan yang terbaik pada diri saya, sementara Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose menyerlahkan keyakinan saya dengan aroma mewahnya. Ia amat mengujakan untuk meraikan kekuatan dalaman yang ada dalam setiap wanita; kita semua berhak untuk merasai sentuhan kemewahan dalam kehidupan, sama ada menerusi pakaian dari pereka fesyen untuk acara istimewa mahupun sentuhan wangian Ros Hokkaido yang menawan dan boleh membantu kita mengharungi setiap hari dengan penuh keyakinan”, jelas Farah.

Turut hadir menyerikan majlis pelancaran adalah penyanyi popular Joey Chua, pengguna dan peminat rangkaian terbaru Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum.


Dapat bergambar bersama Joey

"Selepas menggunakan Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose, saya mendapati kulit bawah lengan saya kelihatan lebih licin dan berseri. Ini sangat penting bagi saya sebagai penghibur yang sentiasa berada di atas pentas, kerana menggunakan deodoran NIVEA memberikan saya keyakinan dan kesegaran setiap kali saya membuat persembahan atau berada di atas pentas. Tambahan pula, saya suka sangat wangiannya! "jelas Joey.


Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose and Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Sakura kini boleh didapati di semua kedai dan farmasi utama di seluruh negara dalam roll-on 50ml dan botol semburan 150ml pada harga runcit yang disyorkan iaitu RM12.50 dan RM17.50.

Ikuti www.facebook.com/mynivea untuk informasi terkini atau untuk maklumat lanjut mengenai produk NIVEA, sila layari https://www.nivea.com.my/

Reactions:

1 comment:

  1. I really like it whenever people get together and share ideas.
    Great site, keep it up!

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Categories

11.11 11street aabc Ads aesthetic airasia Althea Anchor Android aplikasi Apparel apps Arabic Artis automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review bid Biskut Raya Bisnes Blogger Blogger review boost Borneo brownies Buffet Buka puasa Business Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car Carsome cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat computer Conference contest cookies Cozena damansara dewan domain Domino's Domino's pizza Dominos Dr Wu Duit e wallet electronic review etw etw6 Event facial Fashion Fernleaf festival fesyen food food review Foodreview forex free product review Futsal gadget Game gayatravel giveaway Glamogenic gold Guardian gula hair removal handphone happyfresh Haqqi Harriston health Hiburan Honor hotel review ikan bakar Income Innphonim blockchain Inspirasi IPSB Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor Jual kereta kasut sekolah kelas jahit kembara kembarabloggersjohor Klang klcc klfw Korean Kuih Raya lapetales laser launch lazada Lenovo lifestyle Lipstick Lulu Hypermarket maiwp mak siti makan makanan arab make up Malaysia masakan matic McCormick McDonald's media Menara Kuala Lumpur Merdeka Microsoft MMSOS mobile modelling motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi Museum Music myvi myvi2018 NASDAQ nestle ngeteh Nimpmos Nivea Online onlineshopping onlinetraining Oppo pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia pengantin Pensonic perkahwinan perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz Primark product product review Projek57 proparangers property Putrajaya railway Ramadan Raya realme rempah review Richworks Safi sale Seni Shah Alam shell out Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia sukan summit Sunfeet tambah pendapatan Teater technical techno Technology teknologi tengkubutang Terkini thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer transport travel TVC Ubat Gigi ukays unity unity ribbon upen Waterpark Wedding World zakat zoo

Followers

BTemplates.com

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com