Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

21 August 2019

McDonald's Rai Hari Kebangsaan dengan Nasi Lemak McD

McDonald's merupakan salah satu makanan kegemaran Qiss bila keluar ke shopping mall. Walaupun tak selalu makan dan makan bila teringin je tapi Qiss tetap suka McDonald's ni.

Sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, McDonald's Malaysia meraikan 37 tahunnya sebagai syarikat Malaysia dengan menerima pakai nama panggilannya, Mekdi. Papan tanda yang tertera Mekdi – panggilan tempatan bagi  'McD', iaitu kependekan bagi McDonald's – kini jelas terpampang di restoran McDonald's Bukit Bintang, lokasi pertama McDonald's di Malaysia yang dibuka pada tahun 1982.

McDonald's menerima pakai perkataan Mekdi dan diletakkan di papan tanda di restoran pertama mereka.


"Sepanjang 37 tahun lalu, rakyat Malaysia telah membantu membangunkan jenama McDonald's Malaysia seperti yang dikenali hari ini. Sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan mereka, kami telah memutuskan untuk menerima pakai nama panggilan mesra Mekdi yang diberikan kepada kami, di mana ianya kini sinonim dengan jenama kami," kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai.

Dalam meraikan Bulan Kebangsaan, McDonald's Malaysia menyambut segala yang berkaitan Malaysia dengan memperkenalkan Nasi Lemak McD, hidangan kegemaran ramai rakyat Malaysia dalam versinya tersendiri. Hidangan itu disajikan lengkap dengan nasi bersantan yang wangi, ikan bilis rangup, timun segar dan telur goreng, berserta sambal pedas. Pelanggan juga boleh merangsang selera mereka dengan menambah Ayam Goreng McD dan secawan Teh Ais Limau.


McDonald's Malaysia juga memulakan petisyen di seluruh negara di laman web Change.org supaya Nasi Lemak diiktiraf secara rasmi sebagai hidangan kebangsaan Malaysia, dengan sasaran mengumpul 1 juta tandatangan menjelang Hari Malaysia (16 September). Untuk turut serta dalam petisyen ini, sila layari
http://chng.it/LDfjGDJsQs.

Petisyen untuk menjadikan Nasi Lemak sebagai juadah nombor satu negara


McDonald’s Malaysia – Berjiwa Malaysia

Sejak pembukaan restoran pertamanya di Bukit Bintang pada tahun 1982, hampir keseluruhan perniagaan McDonald's Malaysia dikendalikan mengikut kehendak tempatan – daripada menu, pembekal, pemegang francais, komuniti dan inisiatif amal.


McDonald's Malaysia turut memperkenalkan menu mengikut selera rakyat Malaysia dan citarasa tempatan, seperti menu terbaru, Nasi Lemak McD dan Extra Spicy Ayam Goreng McD. Malah, Malaysia adalah salah satu pasaran pertama di dunia yang mempunyai hidangan Ayam Goreng dalam menunya. Citarasa tempatan turut diserapkan ke dalam menu pencuci mulut, seperti McFlurry Cempedak, Pai Jagung dan Kon Cendol, di mana semua ini terdapat di restoran McDonald's di seluruh negara pada masa ini.

Eugene Lee, Direktor Pemasaran McDonald’s Malaysia dan Melati Abdul Hai, Naib Presiden Dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia


Penggunaan bahan-bahan tempatan

80 peratus daripada bahan-bahan McDonald's Malaysia diperolehi di Malaysia sendiri. Segala-galanya daripada ayam, sayur-sayuran, dan sos – termasuk Sos Cili kegemaran rakyat Malaysia – dihasilkan atau diperolehi di dalam negara. Hanya bahan-bahan tempatan yang paling segar dan berkualiti tinggi digunakan dalam semua menu menarik yang ditawarkan.

Kalau korang nak tahu, McDonald's Malaysia kini menggaji seramai 14,000 rakyat Malaysia, dan syarikat itu komited untuk menyediakan pekerja tempatan dengan peluang yang saksama dan berkualiti bagi pembangunan, latihan dan kemajuan kerjaya di setiap peringkat.

Pemegang francais 100 peratus warga Malaysia

McDonald's Malaysia terus bekerjasama rapat dengan usahawan tempatan Malaysia untuk mengembangkan jenama itu di tempat-tempat seperti Sabah dan Sarawak. Kesemua 21 pemegang francais tempatan kami adalah warga Malaysia, yang mengendalikan lebih daripada 30 restoran di seluruh Malaysia.


Inisiatif amal untuk kanak-kanak Malaysia

Menerusi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McDonald's Malaysia terus menyokong program yang secara langsung meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Satu lagi inisiatif yang dekat dengan McDonald's adalah program ‘Kembali ke Sekolah’, yang telah memanfaatkan seramai 23,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.


Nasi Lemak McD kini boleh didapati di semua restoran McDonald's Malaysia di seluruh negara dan akan menjadi menu tetap di McDonald's, 24 jam sehari.

Menu baru McDonald's iaitu Nasi Lemak McD


Set Nasi Lemak McD berharga hanya   untuk sarapan pagi dan disajikan dengan Milo Ais. Pada waktu lain, harga yang ditetapkan adalah RM12.99 untuk set bersama 1 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau, manakala RM15.99 untuk set bersama 2 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menu McDonald's yang menarik bulan ini, sila layari, www.mcdonalds.com.my.

1 comment:

  1. Signboard Mekdi tu sampai bila2 la kan...nak bawak anak dara pi situ la ..

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com