Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

02 August 2019

Restoran Sisik Ikan Bakar Klang Sajikan Makanan Laut Yang Segar Dengan Citarasa Masakan Melayu

Mencari ikan bakar di tengah Bandar Klang kini tidak lagi menjadi masalah kerana berhadapan dengan GM Klang ada satu restoran Masakan Melayu yang menghidangkan pelbagai masakan Melayu khususnya masakan dari Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

Qiss bersama keluarga dan rakan-rakan berkumpul untuk menjamu selera di Restoran Sisik

Korang teringin nak makan gulai tempoyak? Datang je sini. Korang boleh pilih ikan apa yang korang suka dan semua ikan-ikannya segar belaka. Kat sini Bakar Tempoyak menjadi menu utama dan sangat sedap. Qiss sempat juga merasa bakar tempoyak malam tu.

Pelbagai pilihan ikan segar

Antara makanan laut yang disediakan

Terdapat beberapa pilihan set untuk korang pilih dan anggaran harga pula bergantung kepada jenis ikan dan jumlah timbangan beratnya.

Pelbagai masakan yang disediakan

Antara menu yang ada di sini ialah bakar berempah, stim hijau, bakar tempoyak dan tiga rasa. Korang boleh pilih cara memasak ikut selera korang.

Kat sini juga disediakan pepahat dan lala masak berlada, rasa dia memang sedap sangat-sangat.  Sayuran pula ada kangkung goreng belacan dan ulam-ulaman. Tak lupa juga tomyam.




Untuk asam pedas ada beberapa pilihan seperti telur ikan mayong, telur sotong & siakap.



Sotong bakar madu ni Qiss cadangkan kat korang sebab isi dia lembut dan hasil perapan rempah dia memang sedap.



Nasi Lemak Buluh Perindu. Nasi Lemak ini diisi dalam daun pisang dan diletakkan didalam buluh. Korang nak makan nasi lemak ni dengan apa? Haaa makan je dengan ikan bakar. Rasa dia? Memang tip top. Kalau tak percaya, datang sini cuba tau.



Bagi orang yang tak makan pedas, masakan kat sini agak pedas untuk korang. Tapi kesemuanya sedap-sedap.

Selain masakan lauk pauk, ada juga disediakan set steamboat jika pelanggan memilih untuk menikmati hidangan itu.




Inilah restoran ikan bakar kat Klang yang menjadi tempat kegemaran Qiss untuk menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan.

Lama tak jumpa, memang bergambar je semuanya

Bergambar kenangan seisi keluarga


Masakan Melayu Asli boleh didapati dari pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang manakala dari 5.00 petang hingga 12.30 malam ialah masakan berasaskan makanan laut.

Keterangan lanjut boleh layari pada pautan sosial media Restoran Sisik di:-
www.facebook.com/restoransisik

Untuk tempahan dan pertanyaan:-
019-2263004 ataupun 016-2240474

Alamat: No. 32, Jalan Kasuarina 1/ks7, Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor.

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com