Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

02 August 2019

Pesta Futsal Rakyat 2019 Piala Tun Dr Mahathir Mohamad

Hai korang, dah sedia untuk perlawanan futsal yang akan datang ni? Qiss tak sabar tau nak tengok perlawanan futsal yang pertama kali dianjurkan secara digital ni.

Melalui penganjuran kali pertama di bawah naungan Perdana Menteri
Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pesta Futsal Rakyat 2019 – Piala Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menjadi sebuah fenomena terbaru Malaysia dengan sasaran merevolusikan penganjuran melalui pelaksanaan secara digital.




Melalui penganjuran oleh Futsal.Asia, jelajah Piala ke setiap zon di seluruh Semenanjung Malaysia – Pahang, Kedah, Selangor dan Johor – yang dipertandingkan menerusi tiga kategori Bawah 12 Tahun, Bawah 16 Tahun dan Kategori Terbuka Lelaki manakala Kategori TerbukaWanita akan dipertandingkan di “Grand Final”.

Dengan tawaran hadiah dan wang tunai melebihi RM200,000 untuk dimenangi, dianggarkan lebih 10,000 orang peserta dijangka hadir. Pertandingan yang berlangsung sepanjang dua bulan
itu mendapat sokongan padu daripada Kementerian Belia dan Sukan dan MYE.G. Services Berhad (MYEG) selaku penaja utama.


“Acara sukan seperti ini merupakan cara terbaik mempromosikan sukan seperti futsal dan dalam masa yang sama memberi ruang kepada bakat-bakat baru menonjolkan potensi mereka. 

Dari pihak MYEG, kami gembira kerana dapat memberikan sokongan kepada usaha memupuk semangat kesukanan yang akan melahirkan pemimpin muda yang berpotensi dan menyumbang secara positif kepada masyarakat,” kata Pengarah Eksekutif MYE.G. Services Berhad, Y.H.M
Dato’ Haji Raja Munir Shah Raja Mustapha.



Pesta ini akan melibatkan beberapa siri aktiviti dan pertandingan yang berakhir di acara kemuncak Grand Final bertempat di Uptown Sports, Bangi pada 31 Ogos dan 1 September 2019 bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-62.

“Kami percaya, sudah tiba masanya untuk sukan Futsal, ‘Freestyle’, ‘Panna’ dan E-Sukan wajar mendapat pengiktirafan. Walaupun begitu popular dalam kalangan rakyat, namun ia kurang diberi perhatian oleh media arus perdana. Kami berharap melalui penganjuran pertandingan ini,
kita dapat membantu meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia di samping menghimpunkan rakyat bersama memeriahkan pesta yang berlangsung selama dua bulan ini,” kata Pengarah
Eksekutif Futsal.Asia, Pravin Nair.


Selain penganjuran kejohanan futsal sebagai acara utama, Pesta Futsal Rakyat 2019 akan menganjurkan Kejohanan MY E-Games dan juga Kejohanan Panna.
Untuk meningkatkan lagi pengalaman menarik di pesta, kejohanan ini akan memperkenalkan proses pendaftaran berasaskan aplikasi sepenuhnya melalui aplikasi mudah alih “Tournamentor”
Futsal.Asia, memberikan kemaskini secara langsung kepada peserta mengenai keputusan pertandingan dan kedudukan semasa pasukan.

Setiap pasukan akan diberikan kod QR dan setiap pemain akan dibekalkan gelang tangan RFID yang mempunyai maklumat profil pemain yang lengkap, mengesan kehadiran dan pergerakan pemain dan keluar masuk pemain di setiap gelanggang dan juga turut digunakan untuk peserta
menebus barangan melalui pembaca kod.



Pesta Futsal Rakyat 2019 – Piala Tun Dr Mahathir Mohamad dianjurkan oleh Futsal.Asia bersama penaja rasmi MYE.G. Services Berhad dan hurr.tv sebagai rakan media rasmi. Acara ini disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Pesta Futsal Rakyat 2019 - Piala Tun Dr Mahathir Mohamad turut ditaja oleh Ekovest Berhad, Berjaya Corporation Bhd, Conquest, aL-ikhsaN Sports, 100PLUS, Ice Mountain, dengan kerjasama bersama Malaysian Football Freestylers & Gamesbond dan Picasso Media Sdn. Bhd.
sebagai agensi media rasmi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pesta Futsal Rakyat 2019 - Piala Tun Dr. Mahathir Mohamad 2019, sila layari www.pestafutsalrakyat.com
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com