Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

05 September 2019

Label Baru Minyak Masak Alif dan Program Alif Mastaclass Goreng Bermula

Memasak dan menggoreng menjadi rutin waktu memasak. Kalau tanya Qiss time masak pakai minyak apa, Qiss pakai je minyak kat dapur tu sebab tak ambil tau pun jenis minyak. Bila balik rumah tengok bungkusan minyak yang dipakai, rupanya minyak Alif. Tapi label lama lah. Oh setia jugak mak Qiss dengan minyak masak Alif ni.

Syarikat Sime Darby Oils kini memperkenalkan label terbaharu minyak masak jenama ‘ALIF’ dengan penampilan yang lebih dinamik dan berinformatif untuk para pengguna pasaran tempatan.

Label baru minyak masak Alif

Pelancaran rasmi label baru jenama tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Industri Utama, Yang Berhormat Teresa Kok di majlis yang turut mempertontonkan tayangan perdana iklan minyak masak ‘ALIF’ yang bertajuk ‘Ladang ke Dapur’.
Melalui konsep ‘Ladang ke Dapur’ (farm-to-table), Sime Darby Oils memastikan agar setiap proses penghasilan minyak masak ‘ALIF’, dari penuaian buah kelapa sawit di ladang sehinggalah ke proses penapisan minyak sawit dan pembotolan produk di kilang, diurus dan dikawal rapi mengikut tahap piawaian yang tinggi.

Perasmian label baru minyak masak Alif telah disempurnakan oleh YB Puan Teresa Kok, Menteri Industri Utama.

“Minyak masak ‘ALIF’ dihasilkan daripada minyak sawit mentah bermutu tinggi yang diuji untuk menentukan kualitinya terlebih dahulu dan kemudian disuling untuk menghasilkan minyak masak. Secara semula jadinya, minyak sawit amat kaya dengan karotenoid dan Vitamin E, iaitu sumber antioksidan yang memberi manfaat kepada kesihatan jantung serta pengurangan kadar kolesterol tidak baik.

Menurut Pengarah Urusan Sime Darby Oils, Mohd Haris Mohd Arshad, ’Ladang ke Dapur’ merupakan salah satu identiti minyak masak ‘ALIF’ yang melambangkan jaminan syarikat tersebut dalam memastikan hanya produk minyak masak yang terbaik dapat dinikmati oleh
para pelanggan ‘ALIF’.



Minyak sawit itu sendiri adalah produk bebas kolesterol dan lemak trans, serta sesuai digunakan untuk menggoreng berulang kali. Semua kebaikan dan keistimewaan ini terdapat dalam minyak masak ‘ALIF’,” menurut Mohd Haris.

Sime Darby Oils, yang merupakan anak syarikat milik penuh Sime Darby Plantation Berhad, iaitu pengeluar minyak sawit diperakui lestari terbesar dunia, turut memberi jaminan bahawa minyak masak ‘ALIF’ dihasilkan sepenuhnya secara mampan atau lestari.

Jaminan tersebut disahkan dengan penampilan logo pensijilan ’Roundtable on Sustainable Palm Oil’ (RSPO) pada label minyak masak ‘ALIF’. Selain daripada itu, minyak masak ALIF juga mempunyai pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


“Kesedaran untuk memastikan alam sekitar dan hidupan liar sentiasa terpelihara semakin meningkat di kalangan masyarakat kita. Perakuan pensijilan RSPO memberi jaminan kepada pelanggan bahawa minyak masak ‘ALIF’ dihasilkan tanpa mengakibatkan kerosakan
kepada alam sekitar dan biodiversiti. Sime Darby Oils turut memastikan agar suasana kerja serta hak para pekerja terpelihara, dan kepentingan masyarakat di sekeliling operasinya sama sekali tidak terjejas dalam proses menghasilkan minyak masak ini,” jelas Mohd Haris.

“Adalah menjadi harapan kami agar pelancaran label baharu ini akan dapat merancakkan lagi permintaan terhadap produk minyak sawit Malaysia. Semoga masyarakat akan terus teruja dengan penampilan terbaharu minyak masak ‘ALIF’, serta jaminan kualiti dan
kelestariannya pada harga yang berpatutan,” ujar Mohd Haris lagi.

Bersempena pelancaran label baharu ‘ALIF’, Sime Darby Oils turut mengumumkan Pertandingan ‘Mastaclass Goreng’ yang akan diperkenalkan oleh syarikat tersebut pada suku keempat tahun 2019.

Chef Nik Michael Imran bersama hos rancangan Alif Mastaclass Goreng, Alif Satar

Pertandingan secara atas talian ini menawarkan hadiah kepada
20 pemenang bertuah untuk muncul di program ‘ALIF MastaClass Goreng’ bersama dua selebriti terkenal, Chef Nik Michael Imran serta pelakon dan penyanyi terkenal Alif Satar, sebagai hos program tersebut. Program ‘ALIF MastaClass Goreng’ ditayangkan secara eksklusif di Laman Facebook Minyak Masak ‘ALIF’ yang bermula 16 September ini.


Label baru ‘ALIF’ turut menampilkan logo ‘Sayangi Sawitku’ sebagai tanda sokongan Sime Darby Oils kepada aspirasi kempen tersebut yang diperkenalkan oleh kerajaan. Kempen yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada bulan Mac 2019 tersebut bertujuan untuk meningkatkan rasa bangga dan penghargaan masyarakat terhadap sumbangan minyak sawit Malaysia kepada negara dan dunia, sekaligus memperkukuhkan lagi sokongan rakyat tempatan kepada industri sawit Malaysia.
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Categories

11.11 11street aabc Acara Ads aesthetic airasia Althea Anchor Android aplikasi Apparel apps Arabic Artis automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review bid Biskut Raya Bisnes Blogger Blogger review boost Borneo brownies Buffet Buka puasa Business Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car Carsome cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat computer Conference contest cookies Cozena damansara dewan domain Domino's Domino's pizza Dominos Dr Wu Duit e wallet electronic review etw etw6 Event facial Fashion Fernleaf festival fesyen food food review Foodreview forex free product review Futsal gadget Game gayatravel giveaway Glamogenic gold Guardian gula hair removal handphone happyfresh Haqqi Harriston health Hiburan Honor hotel review ikan bakar Income Innphonim blockchain Inspirasi IPSB Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor Jual kereta kasut sekolah kelas jahit kembara kembarabloggersjohor Klang klcc klfw Korean kosmetik Kuih Raya lapetales laser launch lazada Lenovo lifestyle Lipstick Lulu Hypermarket maiwp mak siti makan makanan arab make up Malaysia masakan matic McCormick McDonald's media Menara Kuala Lumpur Merdeka Microsoft MMSOS mobile modelling motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi Museum Music myvi myvi2018 NASDAQ nestle ngeteh Nimpmos Nivea Online onlineshopping onlinetraining Oppo pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia pengantin Pensonic perkahwinan perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz Primark product product review Projek57 proparangers property Putrajaya railway Ramadan Raya realme rempah review Richworks Safi sale Seni Shah Alam shell out Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia sukan summit Sunfeet tambah pendapatan Teater technical techno Technology teknologi tengkubutang Terkini thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer transport travel TVC Ubat Gigi ukays unity unity ribbon upen Waterpark Wedding World zakat zoo

Followers

BTemplates.com

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com