Dalam menghitung detik untuk menyambut Hari Malaysia dan sebagai sebahagian daripada kempen #MAGGIgorengMYstail, rakyat Malaysia dari seluruh pelusuk negara dan pelbagai lapisan masyarakat telah menghantar resipi Mi MAGGI® Goreng terbaik mereka. Ia membuktikan mi popular yang biasanya dihidangkan sebagai Mi Sup itu tetap enak apabila disediakan sebagai Mi Goreng.
Dengan lebih 760 penyertaan resipi yang diterima oleh MAGGI® hanya dalam masa 5 minggu, kebanyakannya unik mengikut selera negeri-negeri yang berbeza. Sepuluh peserta terpilih untuk mengambil bahagian dalam acara memasak yang diadakan di pusat beli-belah MyTOWN, Kuala Lumpur yang mana tiga hidangan Mi MAGGI® Goreng terbaik bakal dinobatkan sebagai pemenang.
Hadir pada acara itu, Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Melihat bagaimana MAGGI® menyatukan rakyat Malaysia dalam minat mereka untuk mi kegemaran Malaysia yang tidak dinafikan mudah dan lazat ini memberi kami semua inspirasi. Proses memasak MAGGI® 2-Minute Noodles yang mudah, digabungkan dengan kemahiran tukang masak telah menghasilkan ciptaan luar biasa yang mencerminkan kepelbagaian Malaysia. Kempen ini juga selaras dengan matlamat korporat kami untuk menggalakkan tabiat masakan yang seimbang seperti menggunakan bahan segar dan keseimbangan dan keenakan dalam masakan”.
Cabaran MAGGI® 2-Minute Noodles menyaksikan rakyat Malaysia mengubah perisa berbeza termasuk Kari, Tomyam, Ayam dan Assam Laksa menjadi Mi MAGGI® Goreng yang memikat selera, dan menambah baik resipi dengan ramuan segar untuk mencipta hidangan kegemaran keluarga masing-masing.
Cik Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Hari ini kami mendapat ilham apabila melihat bagaimana tukang masak dari lain-lain negeri boleh menghasilkan semula hidangan Mi Sup kepada Mi Goreng yang menyerlah untuk dicatat dalam buku masakan. Berbekalkan imaginasi dan MAGGI® 2-Minute Noodles, rakyat Malaysia telah menonjolkan bakat mereka untuk berkongsi bersama kita beberapa hidangan Mi Goreng terbaik dalam negara ini, yang disiapkan dengan tiga langkah mudah: Rebus, Rencah, Goreng. Kempen ini merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk menggalakkan pengguna menyediakan lebih banyak hidangan di rumah masing-masing.”
- Tambahnya, “MAGGI 2-Minute Noodles bukan sahaja lebih baik dari segi rasa dan aroma, ia juga versatil! Mi yang keriting itu boleh diubah untuk hidangan sup atau goreng, sekali gus memenuhi pelbagai cita rasa dan boleh dimakan pada bila-bila masa.”
Acara masakan dinilai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Mr. Juan Aranols, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestlé (Malaysia) Berhad, Cik Geetha Balakrishna, duta Mi MAGGI®, Sheila Rusly dan Cef Korporat Nestlé Malaysia, Abdul Muluk.
Menurut Sheila, “Hari ini saya merasai sendiri bagaimana MAGGI® mampu menonjolkan rasa cinta dalam masakan. Para peserta menunjukkan minat yang mendalam semasa memasak. Hidangan dibawa kepada para juri bukan sahaja enak, tetapi bercirikan Malaysia.
Pemenang tempat pertama Raja Ratu Mi MAGGI® Goreng Malaysia membawa pulang baucar beli-belah bernilai RM3000 dan hamper MAGGI®. Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing memenangi baucar beli-belah bernilai RM2000 dan RM1000 beserta hamper MAGGI®.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen-kempen terkini, layari www.maggi.com.my/maggi-happenings/maggi-dua-cara.
nak tryla join contest maggi ni..kot ada rezeki menang
ReplyDelete