20-22 September New Taipei City Travel Fair berlangsung di Nu Sentral |
Menariknya dekat sini ada replika Shen'ao Rail Bike untuk korang bergambar kenangan. Acah-acah macam dah sampai ke New Taipei City gitu.
Kat sini juga korang boleh dapatkan cenderahati berbentuk makanan kegemaran orang New Taipei City seperti Kek Nenas dan Eggrolls.
Egg rolls |
Kalau korang bertuah, korang akan dapat rasa air bubble milk tea yang dibuat sendiri oleh Komisiner Chang Chi-Chiang dan Senior Vice President Charlie Pan.
Tiket penerbangan PERCUMA
Syarat nak dapat tiket penerbangan ni ialah dengan mengambil gambar di booth yang di sediakan dan muat naik ke Instagram dengan #newtaipeitour
#evaair . Mana tahu rezeki korang menang tiket ni nanti.
Bagi yang telah membeli mana-mana pakej dari EVA Air akan dapat New Taipei City Tour Guide Wallet dan set alat tulis EVA Air serta peluang memenangi kupon minum petang Sweetheart di RSL Hotel Taipei Zhonghe dan voucher untuk 2 orang 2 Hari 1 Malam di F Hotel untuk hari biasa, tiket memorial Taoyuan Airport MRT, iPass dengan rekaan istimewa serta banyak lagi. Jadi korang kena luangkan masa untuk ke Nu Sentral dari 20-22 September 2019 ni.
Bagi menarik pelancong Malaysia ke New Taipei City, pihak kerajaan New Taipei City telah melancarkan gift pack berjumlah RM2500 yang merangkumi telekomunikasi, pengangkutan, cenderahati, tempat menarik, muzium dan kilang pelancongan.
1. 5 pek kek Nenas Shou Shin Bou
2. Baucar data rangkaian Chunghwa Telecom
3. Kupon servis charter oleh Taiwan Taxi Tour
4. Diskaun sehingga 20% untuk pelbagai 1 hari perjalanan di New Taipei City oleh KKday
Majlis pelancaran New Taipei City, New Adventure telah diadakan di JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur. Sehingga tahun 2018 lebih 520,000 pelancong Malaysia ke Taiwan.
Terdapat 8 tempat menarik yang mesti anda pergi jika ke New Taipei City:
1. Tamsui-Kavalan Trails
2. Shen'ao Rail Bike
3. Shen'ao Fishing Village
4. Laomei Green Reef
5. Baoshi Mountain Platform
6. Sanxia Old Street
7. Christmas Land in New Taipei City
8. New Taipei City Ho-Hai-Yan Gongliao Rock Festival
Sejak 2009, New Taipei City dan EVA Air telab bekerjasama dan sekarang EVA Air beroperasi 7 penerbangan mingguan dari Taipei ke Kuala Lumpur.
Sempena festival ni, EVA Air melancarkan dua diskaun produk iaitu 4 Hari 3 Malam pakej pelancongan untuk seorang bermula dari RM1329 manakala untuk berkumpulan bermula dari RM2599 untuk 7 Hari 6 Malam. Untuk memenuhi permintaan pelanggan Muslim, EVA Air menyediakan makanan Halal sewaktu penerbangan dan tempahan awal diperlukan sebelum tarikh penerbangan.
Untuk pelancong Muslim, New Taipei City telah menyediakan kemudahan untuk beribadah dan makanan yang Halal. Lebih banyak kemudahan untuk pelancong Muslim akan ditambah dari masa ke semasa.
Untuk maklumat lanjut:
Laman Web : https://tour.ntpc.gov.tw
Facebook : https://www.facebook.com/ntctour
Instagram : https://www.instagram.com/newtaipeitour
Laman Web: https://www.evaair.com
Facebook : https://www.facebook.com/evaairwayscorpen
Instagram : https://www.instagram.com/evaairways
Terima kasih share info ni.. Bolehlah sape yang free hujung minggu ni luangkan masa ke Nu Sentral.
ReplyDeleteJomm gi event ni kat Nu Sentral. Sempat lagi ni
DeleteThis looks interesting and fun. Thank you for sharing.
ReplyDeletePart contest tu memang interesting. Nak pi New Taipei City
DeleteCool. I missed Taipei. I should visit New Taipei City. Thank you for sharing the review. Have a good weekend.
ReplyDeleteWahh dah sampai New Taipei City ye. Mesti best kan?
Deletewaa bestnya. ni kalau dapat join mesti seronok. dapat kenal budaya taipei. mana tahu ada rezeki nanti dapat pergi sana pula.
ReplyDeleteBetul. Makanan dia not bad juga. Teringin sangat nak pi sana
DeleteWah! Menarik ni Qis... mana tahu kut kut awak bertuah dapat hadiah bertuah melancong ke sana. Kak dah sampai Taipei tapi New Taipei City ni belum kut ... ntah la...
ReplyDeleteYe kak. Menarik kan. Aamiin.. nak juga rezeki menang tiket ni
Deletesekarang kalau travel ke luar negara, untuk mencari makanan halal dah mudah kan. bagus juga dapat berkunjung ke booth ni, mana taknya boleh join contest, ada rezeki boleh terbang ke taipei
ReplyDeleteAamiin. Betul2 saja singgah kalau dah dekat sini. Kalau menang tiket tu pun best
DeleteAdeh. Baru perasan harini last event. Tk sempat pulak nak pergi taipei. Baru terbayangkn dpt tiket free terbang ke taipei. Antara tmpt best utk travel sbb negara diorang sgt jagakan kebersihan kan
ReplyDeleteBestnyaaaaa promotion new taipei city ni especially makanan halal semasa penerbangan & kemudahan beribadah & makanan halal. Bagus sgt inisiatif ni mesti masyarakat Malaysia tak ragu2 nak bercuti ke sana
ReplyDeleteSeronoknye pergi taipei. Okla sorang pakej RM1329 untuk pakej berkumpulan. Travel untuk muslim pon ada. Senang nak la nak dapatkan makanan halal
ReplyDeleteEh. Nasib baik sempat baca entry nie. Terus bersiap nak ke sana kelak - harapnya sempat la nak bergambar dan menang contest tu. Doakan la dapat percutian itu ye.
ReplyDeleteWah menarik ni. Sesiapa yang rancang nak bercuti boleh rebut peluang ni. Murah pulak tu pakej yg ditawarkan
ReplyDeleteDapat merasai pergi Taipei City camni seronoknya. Yang bagusnya semua dah siap fikirkan kat mana nak cari makanan halal. Tinggal nak sediakan duit je.
ReplyDeleteAda kwan2 pi Taiwan.. Dia ckp best.. Cantik n bersih mcm jepun.. Teringin gak nak pi
ReplyDeletevelum pernah dengar lagi New Taipei jadi destinasi perlancongan pilihan rakyat Malaysia, bila ada ekspo macamni baru la rasa nak jejak ke sana
ReplyDeletewahhh bestnya tenogk gambar2 tu Qis. teringin jugak pergi ke Taipei nie. banyak local attractions dekat sana. one fine day nanti nk gi sana lah
ReplyDelete