Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

06 September 2019

Pengasas Financial Genius Group Terima Anugerah The Jewels of Muslim World 2019

TAHNIAH Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman, pengasas Financial Genius Group (FGG) kerana telah menerima satu anugerah yang cukup bermakna dan membanggakan iaitu Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 daripada Majalah The OIC Today.  Anugerah tersebut telah disampaikan kepada penerima di satu majlis gilang gemilang sempena 9th Muslim World Biz 2019.

Qiss berpeluang bergambar bersama Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman

Qiss berkesempatan bertemu dengan beliau sempena 9th Muslim World Biz 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre, Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman juga merupakan salah seorang seorang speaker di Majlis 9th Muslim World Biz. Sangat membanggakan bila penerima anugerah itu adalah rakyat Malaysia sendiri dan ini akan menjadi contoh buat anak muda yang ingin berjaya dalam hidup.


Di dalam sesi tersebut, beliau berkongsi pelbagai perkara serta pengalamannya dengan memilik tajuk "Fundamental Components to Forge 21st Century Leaders" di hadapan lebih 100 peserta dari 57 buah negara Islam.


Antara perkongsian menarik dari Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman ialah rahsia membentuk pemimpin Abad ke 21 yang kental, berdaya saing dan mampu mengharungi cabaran dunia hari ini.



Sesi penyampaian tersebut telah berlangsung selama satu jam bermula jam 3.45 petang dan berakhir pada jam 4.45 petang.

Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman mengambil inisiatif dan peluang memperkenalkan Financial Genius Group (FGG) kepada umum melalui pameran Muslim World Biz ini. Kebanyakan pelawat ke sini mencari peluang bisnes baru dan pameran ini banyak membantu perniagaan peniaga Muslim di Malaysia tau.



Qiss pun dah mula rasa nak tahu dengan lebih mendalam tentang kewangan Islam ni supaya Qiss pun dapat jadi jutawan dan dermawan untuk membantu orang yang susah di luar sana. Kalau korang nak tahu lebih lanjut,p bolehlah datang ke pameran ini yang diadakan pada 4 hingga 6 September 2019.

Untuk maklumat lanjut, lawati Instagram
@mahadibz dan @financialgeniusgroup
#GoForwardConfidently
#mahadibz

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com