Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

07 September 2019

Menangi Hadiah Menarik Berjumlah RM40,000 Dengan Menyertai MVB Hunt Guardian 2019

Kempen anugerah apresiasi jenama yang kini memasuki tahun ke-20, telah bermula hari ini (5 September) dan bakal berakhir pada 29 September 2019.

Jutaan pelanggan GUARDIAN MALAYSIA akan berpeluang untuk mengundi jenama kesihatan dan kecantikan mereka, sekali lagi, dan memenangi pelbagai hadiah menarik berjumlah RM40,000.

Qiss dapat voucher sebab dapat tempat kedua dalam MVB HUNT

Terdapat satu tambahan menarik tahun ini dimana pelanggan Guardian juga boleh menyertai MVB Hunt di semua stor Guardian melalui telefon pintar mereka. MVB Hunt Guardian adalah satu permainan pencarian harta karun yang dikendalikan di semua stor Guardian dimana pelanggan boleh memenangi baucar produk untuk lebih penjimatan.






Ms Wong Vai Chi, Ketua Pemasaran dan Promosi, Guardian Malaysia, berucap di majlis perlancaran kempen itu berkata: “Kami sangat berbangga dan teruja untuk memaklumkan kepada anda bahawa Most Voted Brands tahun ini akan menampilkan 313 produk daripada rangkaian pelbagai jenama yang ditawarkan di stor kami!”

“Sebenarnya, 313 produk dan 139 jenama bakal bertanding untuk 73 kategori anugerah tahun ini, menjadikan pesaingan kali ini begitu sengit. Dan oleh kerana undian adalah daripada para pelanggan kami, iaitu pembeli dan pengguna sebenar produk-produk ini, ia memberikan penilaian yang adil kepada pemilik-pemilik jenama terhadap kedudukan jenama mereka dikalangan pengguna.

Undian secara keseluruhannya, akan menunjukkan gambaran yang tidak berat sebelah ke atas jenama-jenama yang telah berjaya menambat hati dan memberi kesan kepada para pelanggan kami,” tambah beliau.

Menjelaskan lebih lanjut tentang Anugerah tersebut, Ms Wong menambah: “Ketika Guardian Malaysia mengkonsepsikan anugerah ini pada tahun 2000, objektif kami adalah untuk menghubungkan jutaan pelanggan kami dengan semua rakan-rakan perniagaan serta pemilik jenama, dengan memberi peluang kepada mereka untuk memilih jenama kegemaran mereka. Hari ini, anugerah ini lebih relevan kerana kami didorong untuk berhubung dan memahami keperluan gaya hidup pelanggan kami, pilihan dan trend yang sentiasa berubah.”

“Saya yakin Most Voted Brands Guardian Malaysia merupakan salah satu acara anugerah yang paling definitif dan berprestij di negara ini, dengan mengambil kira kesan dan populariti produk, jenama dan kategori yang terlibat,” tambah beliau.

Mencerminkan gaya hidup digital kebanyakan pengguna sekarang, proses undian  secara keseluruhannya akan terus dijalankan dalam bentuk digital. Ini bermakna, semua undian akan dibuat secara dalam talian.

Ms Wong Vai Chi, Ketua Pemasaran dan Promosi, Guardian Malaysia bersama pengamal media mencuba MVB Hunt

Pelanggan boleh memulakan pencarian harta karun dengan mengimbas kod QR  yang dipaparkan di stor Guardian atau dengan melayari mvb19.guardian.com.my. Setelah mengundi, mereka akan memperolehi baucar produk untuk kategori  yang mereka pilih. Untuk mara ke tahap seterusnya dan mendapatkan baucar produk, pelanggan perlu memuat naik resit pembelian mereka.

Pelanggan yang telah mengundi sebanyak 3 kali, layak untuk menyertai peringkat undian dalam talian yang seterusnya, yang menawarkan peluang yang lebih besar untuk memenangi Hadiah Utama.

Jadi para pelanggan Guardian digalakkan untuk menyertai MVB Hunt terlebih dahulu sebelum melakukan undian dalam talian untuk lebih peluang untuk mendapatkan baucar produk.

Untuk layak ke undian dalam talian, pelanggan perlu berbelanja minimum RM10 dalam satu resit di stor Guardian atau dalam talian. Kemudian layari https://mvb19.guardian.com.my/#/onlinevoting. Undian boleh dibuat pada bila-bila masa di antara 5 September dan 29 September 2019

Semua pelanggan yang menghantar undian mereka dengan resit yang sah akan berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 68 Hadiah Mega, berjumlah RM40,000 yang berupa baucar Guardian.



Hadiah Mega adalah seperti berikut:
Satu (1) hadiah utama iaitu baucar Guardian bernilai RM12,000

Dua (2) hadiah pertama iaitu baucar Guardian bernilai RM5,500

Lima (5) Hadiah kedua iaitu baucar Guardian bernilai RM1,000

Enam puluh (60) hadiah saguhati iaitu baucar Guardian bernilai RM200

Peraduan ini adalah terbuka untuk semua pelanggan yang berumur 18 tahun dan ke atas. Sebagai bukti pembelian, pelanggan perlu menyimpan resit Guardian yang asli.

Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat MVB dan cara-cara mengundi, sila layari https://mvb19.guardian.com.my/#/term

Jadi mulakan undian anda dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat September ini!
Reactions:

4 comments:

  1. Wah best nya!! Too bad I couldn't join that day, klau tak, bolehlah kita jumpa!!

    ReplyDelete
  2. Ye saya sudah. Anda sudah? I love Guardian~

    ReplyDelete
  3. Bestnya hadiah yang ditawarkan tu. Nanti nak cuba masuk la mana tahu ada rezeki boleh menang kan?. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?

    ReplyDelete
  4. Terus membuatkan Rawlins teruja nak join gak - mana tahu rezeki kan. Tuah manusia nie tak kelihatan, doakan ye. TQ Qiss

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Categories

11.11 11street aabc Acara Ads aesthetic airasia Althea Anchor Android aplikasi Apparel apps Arabic Artis automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review bid Biskut Raya Bisnes Blogger Blogger review boost Borneo brownies Buffet Buka puasa Business Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car Carsome cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat computer Conference contest cookies Cozena damansara dewan domain Domino's Domino's pizza Dominos Dr Wu Duit e wallet electronic review etw etw6 Event facial Fashion Fernleaf festival fesyen food food review Foodreview forex free product review Futsal gadget Game gayatravel giveaway Glamogenic gold Guardian gula hair removal handphone happyfresh Haqqi Harriston health Hiburan Honor hotel review ikan bakar Income Innphonim blockchain Inspirasi IPSB Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor Jual kereta kasut sekolah kelas jahit kembara kembarabloggersjohor Klang klcc klfw Korean kosmetik Kuih Raya lapetales laser launch lazada Lenovo lifestyle Lipstick Lulu Hypermarket maiwp mak siti makan makanan arab make up Malaysia masakan matic McCormick McDonald's media Menara Kuala Lumpur Merdeka Microsoft MMSOS mobile modelling motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi Museum Music myvi myvi2018 NASDAQ nestle ngeteh Nimpmos Nivea Online onlineshopping onlinetraining Oppo pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia pengantin Pensonic perkahwinan perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz Primark product product review Projek57 proparangers property Putrajaya railway Ramadan Raya realme rempah review Richworks Safi sale Seni Shah Alam shell out Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia sukan summit Sunfeet tambah pendapatan Teater technical techno Technology teknologi tengkubutang Terkini thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer transport travel TVC Ubat Gigi ukays unity unity ribbon upen Waterpark Wedding World zakat zoo

Followers

BTemplates.com

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com