Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

08 September 2019

Mi Maggi Goreng Bunga Telang Resepi Terbaik Raja Ratu Mi MAGGI® Goreng Malaysia

Jelajah #MAGGIgorengmystail bertempat di pusat beli-belah MyTOWN pada 6 hingga 8 September 2019 membolehkan pengguna mencuba citarasa Mi MAGGI® Goreng Malaysia dari tujuh negeri termasuk Mi MAGGI® Goreng Kerabu Makanan Laut dari Kelantan, Mi MAGGI® Goreng Banjir Muar dari Johor dan Mi MAGGI® Goreng Ayam Tuhau dari Sabah, serta banyak lagi. Aktiviti menarik seperti pertandingan memasak dan persembahan turut diadakan untuk orang ramai.

Dalam menghitung detik untuk menyambut Hari Malaysia dan sebagai sebahagian daripada kempen #MAGGIgorengMYstail, rakyat Malaysia dari seluruh pelusuk negara dan pelbagai lapisan masyarakat telah menghantar resipi Mi MAGGI® Goreng terbaik mereka. Ia membuktikan mi popular yang biasanya dihidangkan sebagai Mi Sup itu tetap enak apabila disediakan sebagai Mi Goreng.



Dengan lebih 760 penyertaan resipi yang diterima oleh MAGGI® hanya dalam masa 5 minggu, kebanyakannya unik mengikut selera negeri-negeri yang berbeza. Sepuluh peserta terpilih untuk mengambil bahagian dalam acara memasak yang diadakan di pusat beli-belah MyTOWN, Kuala Lumpur yang mana tiga hidangan Mi MAGGI® Goreng terbaik bakal dinobatkan sebagai pemenang.



Hadir pada acara itu, Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Melihat bagaimana MAGGI® menyatukan rakyat Malaysia dalam minat mereka untuk mi kegemaran Malaysia yang tidak dinafikan mudah dan lazat ini memberi kami semua inspirasi. Proses memasak MAGGI® 2-Minute Noodles yang mudah, digabungkan dengan kemahiran tukang masak telah menghasilkan ciptaan luar biasa yang mencerminkan kepelbagaian Malaysia. Kempen ini juga selaras dengan matlamat korporat kami untuk menggalakkan tabiat masakan yang seimbang seperti menggunakan bahan segar dan keseimbangan dan keenakan dalam masakan”.



Cabaran MAGGI® 2-Minute Noodles menyaksikan rakyat Malaysia mengubah perisa berbeza termasuk Kari, Tomyam, Ayam dan Assam Laksa menjadi Mi MAGGI® Goreng yang memikat selera, dan menambah baik resipi dengan ramuan segar untuk mencipta hidangan kegemaran keluarga masing-masing.



Cik Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Hari ini kami mendapat ilham apabila melihat bagaimana tukang masak dari lain-lain negeri boleh menghasilkan semula hidangan Mi Sup kepada Mi Goreng yang menyerlah untuk dicatat dalam buku masakan. Berbekalkan imaginasi dan MAGGI® 2-Minute Noodles, rakyat Malaysia telah menonjolkan bakat mereka untuk berkongsi bersama kita beberapa hidangan Mi Goreng terbaik dalam negara ini, yang disiapkan dengan tiga langkah mudah: Rebus, Rencah, Goreng. Kempen ini merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk menggalakkan pengguna menyediakan lebih banyak hidangan di rumah masing-masing.”



  • Tambahnya, “MAGGI 2-Minute Noodles bukan sahaja lebih baik dari segi rasa dan aroma, ia juga versatil! Mi yang keriting itu boleh diubah untuk hidangan sup atau goreng, sekali gus memenuhi pelbagai cita rasa dan boleh dimakan pada bila-bila masa.”


Acara masakan dinilai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Mr. Juan Aranols, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestlé (Malaysia) Berhad, Cik Geetha Balakrishna, duta Mi MAGGI®, Sheila Rusly dan Cef Korporat Nestlé Malaysia, Abdul Muluk.

Menurut Sheila, “Hari ini saya merasai sendiri bagaimana MAGGI® mampu menonjolkan rasa cinta dalam masakan. Para peserta menunjukkan minat yang mendalam semasa memasak. Hidangan dibawa kepada para juri bukan sahaja enak, tetapi bercirikan Malaysia.

Pemenang tempat pertama Raja Ratu Mi MAGGI® Goreng Malaysia membawa pulang baucar beli-belah bernilai RM3000 dan hamper MAGGI®. Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing memenangi baucar beli-belah bernilai RM2000 dan RM1000 beserta hamper MAGGI®.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen-kempen terkini, layari www.maggi.com.my/maggi-happenings/maggi-dua-cara.
Reactions:

1 comment:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Categories

11.11 11street aabc Acara Ads aesthetic airasia Althea Anchor Android aplikasi Apparel apps Arabic Artis automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review bid Biskut Raya Bisnes Blogger Blogger review boost Borneo brownies Buffet Buka puasa Business Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car Carsome cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat computer Conference contest cookies Cozena damansara dewan domain Domino's Domino's pizza Dominos Dr Wu Duit e wallet electronic review etw etw6 Event facial Fashion Fernleaf festival fesyen food food review Foodreview forex free product review Futsal gadget Game gayatravel giveaway Glamogenic gold Guardian gula hair removal handphone happyfresh Haqqi Harriston health Hiburan Honor hotel review ikan bakar Income Innphonim blockchain Inspirasi IPSB Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor Jual kereta kasut sekolah kelas jahit kembara kembarabloggersjohor Klang klcc klfw Korean kosmetik Kuih Raya lapetales laser launch lazada Lenovo lifestyle Lipstick Lulu Hypermarket maiwp mak siti makan makanan arab make up Malaysia masakan matic McCormick McDonald's media Menara Kuala Lumpur Merdeka Microsoft MMSOS mobile modelling motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi Museum Music myvi myvi2018 NASDAQ nestle ngeteh Nimpmos Nivea Online onlineshopping onlinetraining Oppo pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia pengantin Pensonic perkahwinan perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz Primark product product review Projek57 proparangers property Putrajaya railway Ramadan Raya realme rempah review Richworks Safi sale Seni Shah Alam shell out Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia sukan summit Sunfeet tambah pendapatan Teater technical techno Technology teknologi tengkubutang Terkini thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer transport travel TVC Ubat Gigi ukays unity unity ribbon upen Waterpark Wedding World zakat zoo

Followers

BTemplates.com

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com