Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

04 September 2019

Miliki Kediaman Berdekatan Kuala Lumpur dengan Savio Riana Dutamas Segambut

Adakah korang bekerja di Kuala Lumpur dan masih mencari rumah di kawasan sekitar tempat kerja korang?

Qiss berpeluang melihat sendiri unit kediaman yang setinggi 37 tingkat ini yang hampir siap dan sehingga hari ini, ia telah mencatat kadar pengambilan 90%. Dengan harga mampu milik, lokasi, pengangkutan terbaik dan proposisi nilai, tidak hairanlah jika projek ini berjaya menarik minat dari pembeli rumah serta pelabur hartanah.

Pembinaan 1,018 unit Savio yang dijangka siap pada 2021 itu kini mengikut jadual.
IJM Land Berhad dan rakan kerjasamanya, FCW Holdings Berhad, pemaju bersama Savio telah menganjurkan sebuah majlis yang cukup meriah pada hari ini di bumbung bangunan tersebut bagi meraikan penyiapan kerangka bangunan Savio “Multi Generational” Suites.

Acara menuang simen menandakan siapnya kerangka bangunan Savio

Savio merupakan pembangunan pertama daripada tiga fasa pembinaan Riana Dutamas, sebuah menara 37 tingkat yang memiliki nilai pembangunan kasar RM565 juta yang terletak di kawasan Segambut yang pesat membangun.

“Kami sangat teruja untuk mencatat pencapaian ini dengan pembangunan Savio yang bermula sejak Januari 2018. Selari dengan komitmen dan rangka masa, kami berjaya menyiapkan kerja-kerja struktur Savio sehingga ke tingkat yang teratas dalam tempoh 19 bulan. Perkembangan projek yang positif ini disumbang oleh kerjasama rapat di antara pasukan IJM Land dan FCW Holdings serta Setiakon Builders yang bertungkus-lumus untuk membawa kami hingga ke tahap ini,” kata Pengarah Urusan IJM Land Berhad, Encik Edward Chong.




Turut hadir di majlis meriah ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif IJM Corporation Berhad, Dato’ Soam Heng Choon; Pengerusi FCW Holdings Berhad, Tan Sri Robert Tan; Pengarah Ekskutif FCW Holdings Berhad, Dato’ Anderson Thor Poh Seng dan Pengarah Urusan Setiakon Builders Sdn. Bhd., Dato’ Kuan Ah Hock.

Untungnya, Savio ni terletak di lokasi strategik iaitu di tengah-tengah segi tiga Emas Kiara Utara dan mempunyai akses melalui banyak jalan dan lebuh raya berdekatan. Ini termasuklah Lebuh Raya DUKE, Lebuh Raya SPRINT, Lebuh Raya PLUS, Lebuh Raya NKVE, Jalan Segambut dan Jalan Kuching, sekali gus menjadikan  kawasan ini mudah diakses dari lokasi lain di Lembah Klang.

Savio Riana Dutamas menghubungkan jalan raya utama serta berdekatan dengan susur ke luar lebuh raya.

Pelbagai kemudahan akan disediakan termasuklah ruang pejalan kaki ke Stesen KTM Segambut yang menghubungkannya dengan KL Sentral. Sangat praktikal buat korang yang nak jimatkan minyak dan duit parking ni.

Bangunan replika Savio Riana Dutamas

Setiap unit direka  agar sesuai dengan setiap generasi pembeli rumah, dari pembeli rumah kali pertama hingga pembeli matang, pembeli individu hinggalah multi-generasi, pelabur novis dan berpengalaman, Savio merupakan realiti terbaik tentang hidup, bekerja dan bermain di kawasan bandar.

“Riana Dutamas adalah ikon daripada kerjasama kami yang membolehkan kumpulan IJM Land bersama-sama rakan kerjasama kami, membangunkan kawasan Segambut. Selain menambah nilai ke atas landskap Segambut dengan menawarkan kediaman yang mampu milik, praktikal dan selesa bersama kemudahannya sendiri dalam satu lokasi yang tidak dapat ditandingi dari segi pengangkutan dan kemudahan- kemudahannya.

Dengan pembangunan Savio, kami yakin ia akan meningkatkan lagi aspek  kepelbagaian kawasan ini. Sekali gus mencipta satu gaya hidup yang lebih holistik kepada penduduk dari pelbagai generasi,” jelas Dato’ Anderson mengenai masa depan Segambut.

The Directors of 368 Segambut Sdn Bhd and Setiakon Builders Sdn Bhd on site at Riana Dutamas.
(Left to right) Dato' Kuan Ah Hock, Mr. Edward Chong Sin Kiat, Dato' Anderson Thor Poh Seng, Tan Sri Robert Tan Hua Choon, Dato' Soam Heng Choon, Mr. Foh Meng Wha, Mr. Tan Tong Kwee

“Kami sangat gembira dengan jumlah jualan Savio dan ia menjadi bukti terhadap nilai serta potensi projek ini. Melihat kepada kadar pengambilan hingga ke hari ini, kami menjangkakan Riana Dutamas mampu meningkatkan pemintaan ke atas hartanah kediaman di Segambut,” kata Encik Edward.

Pembangunan itu dikelilingi oleh kejiranan terkenal seperti KL Metropolis, Bukit Tunku, Mont’ Kiara, Sri Hartamas dan Dutamas.



Terdapat juga pelbagai kemudahan seperti institusi pendidikan yang terdiri daripada sekolah kerajaan dan sekolah antarabangsa termasuklah pusat membeli-belah seperti Publika, Hartamas Shopping Centre, Sunway Putra Mall, Suria KLCC dan Pavilion. Pusat bandar Kuala Lumpur hanyalah sejauh 7km. Kiranya memang agak dekat untuk korang yang bekerja di Kuala Lumpur.

Savio Riana Dutamas menawarkan beberapa jenis susun atur bermula dari unit pangsapuri satu hingga tiga bilik tidur dengan keluasan 653 hingga 1,177 kaki persegi bagi memenuhi keperluan setiap peringkat kehidupan.

Kemudahan yang ada termasuklah kolam renang infiniti, taman berlandskap lengkap bersama “cabana”, bilik gim, dek “lounge”, ruang jakuzi, gelanggang futsal dan dewan serba guna. Savio juga menyediakan kemudahan lot parkir berbumbung bertingkat dan rondaan keselamatan sepanjang masa. Jadi korang tak perlu risau tentang keselamatan korang dan anak-anak.

Qiss berpeluang melihat sendiri unit kediaman Savio

Riana Dutamas ialah sebuah pembangunan bersepadu bercampur di atas sekeping tanah pegangan bebas seluas 16 ekar di Segambut yang pesat membangun. Ia terdiri daripada enam buah blok kediaman servis, ruang pejabat dan kedai. Keseluruhan GDV projek ini adalah sekitar RM1.5 bilion.

Untuk maklumat lanjut mengenai Savio @ Riana Dutamas, kunjungi Galeri Jualan Riana Dutamas di Jalan Segambut atau layari laman web: www.rianadutamas.com

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com